Next step selepas ambil exam TBE

Assalamualaikum,

Tahun 2016 sudah kita..dah minggu akhir bulan januari pun. Pejam Celik, Pejam Celik nak sebulan dah. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Usia pun makin meningkat, pencapaian nak jadi kaya macam Dato Vida pun tak tercapai lagi. Macam mana nak taja pasukan bola sepak Negeri Sembilan ni. Nak panggil si kembar tu main balik ngan Negeri Sembilan. Kembalikan balik zaman kegemilangan pasukan kita..Hobin Jang Hobin!!!...hahaha tetiba!

Nak cerita pasal next step lepas lulus peperiksaan TBE, melalut ke bola lak ko eek...Amacam exam, susah ker senang?? senang jer kan..ala korang kan pandai..hakak ni terlebih pandai..lalalalal...

Bagi yang dah lulus tu..tahniah di ucapkan. Yang gagal tu takper cuba lagi. Bukan bermakna korang tak pandai cuma korg kurang rajin nak study kan kan kan..hehehe..ala mesti boleh punyerlah! cayokkkk..fighting!

Sapa-sapa yang dah lulus tu bolehlah approach mana2 takaful company. Cakap ngan dia orang sy dah lulus TBE exam, sy nak mohon jadi ejen. Nanti dorg akan jeling ko, muka cam malas nak layan. pandang atas bawah macam x confident jeer tgk korang boleh jadi ejen ker??Hahahahaha..ok tu tipu..dorang very nice person siap wish korang all the best lagi..Dorang akan bagi borang dan korg followlah prosedur dia org macam mana. Ingat TAKAFUL company jer tau... Jangan korang pergi Kurnia Insurance. Sijil TBE ko tak laku. Sebab apa?? Sebab aku dah kena...hahahahah. Macam kurnia tu convensional insurance kena amik exam lain exam PCEIA. Yang Takaful ni Islamic punya. Exam PCEIA aku amik bln depan. Nanti aku cerita plak tips jawab exam tu k. Itu pun klu aku lulus lah..huhuhuhuhu

Ok ni nak cerita pasal minggu lepas. Di sebabkan aku nak jadi ejen bukan secara individu tetapi melalui company. Aku kena pergi SSM untuk Tambah jenis perniagaan. Oh ya, sapa yang nak ambik register atas company sila tambah jenis perniagaan tulis kat situ "ejen insurans AM".

Jadi dengan semangat berkobar kobar aku dah ke SSM seremban. Sebelum pergi aku dah survey website SSM. Dekat situ dia nyatakan:






Sila rujuk kotak yang aku hightlight tu k. So, Bila sampai sana dekat kaunter reception tu lepas, bila kaunter untuk proses tu dia cakap x boleh sebab semua rakan kongsi kena hadir. Untuk makluman aku ada 5 rakan kongsi. kena heret semua rakan kongsi just tunjuk ic jer!..aku pergi berdua lagi tiga malas nk ajak sebab lambat nak tunggu dorang, aku mintak signature dorg jer.

Aku tanyalah kat org kaunter tu..aku tgk kat website boleh jer...cuma nak tambah bidang jer..bukan nak tukar pemilik. Dia cakap apply through online boleh klu walk in semua kena rakan kongsi kena hadir...Whattt! ape diffrence online ngan walk in. bukan online lagi senang ker nak tipu. Pn Kaunter tu pun rujuk aku dengan pegawai die.

Bila aku masuk jumpa pegawai tu dan ceritakan apa yg terjadi, terus marah2 lepas ni Jgn buat macam ni lagi. banyak kali lak tu what i did wrong?? aku rujuk benda ni kat website..SSM pergi betulkan balik info ko tu. Tulis jer kat situ " NAK HANTAR BORANG B NI MELALUI KAUNTER, SEMUA RAKAN KONGSI DI WAJIBKAN HADIR" Full stop. Tak payah ko nak klasifikasikan satu persatu. Sedih i tau, pagi2 kena marah. i dahlah jiwa sensitif. xbaik tau En. Pegawai. I tak marah u En. Pegawai, i faham u laksanakan tugas u. Ckp elok2 dahlah..mencik arr cam ni..tersentap skjp...heheheh..by the way terima kasih sebab luluskan..lepas ni i xbuat lagi. next time i dtg i nak tukar sdn bhd terus..hikhikhik

So, kepada sesiapa yang bukan pemilik tunggal...ade rakan kongsi sila hadir bawak semua rakan kongsi tau. klu ade 20 org rakan kongsi ko sewa bas buat lawatan sambil belajar ke SSM...hahahaha pengsan!

Bye semua..amacam tahun baru..azam tahun lepas dah settle ker?? hakak dah settle..settlekan bwk ke tahun ni..carry forward bak kata org putih..(flip tudung) :)

6 Comments:

  1. Salam.. Perlu tggu dapat sijil tbe or ble dh lulus tu dh boleh pergi at cmpny takaful tu? Sbb sijil ciap sbln lps exam kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam..ni mesti dah lulus kan kan...tahniah =)..kena tunggu sijil siap br bleh apply sebab company nak salinan sijil. yup sijil siap sebulan..nanti masa apply jadi agen pun tunggu sebulan jugak nak dapat kan kod agen...huhuhuh

      Delete
  2. Assalam nak tnya, semua rakan kongsi wajib ada sijil TBE ke? kalau salah seorang je, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, sorang sahaja boleh. 1 sijil boleh wakil untuk 2 company takaful sahaja.

      Delete

Powered by Blogger.