Assalamualaikum,
Gigih tak I? nampaknya momentum nak update blog masih menaik
lagi ni. Ececeh 2 entry jer baru. Takper kita tengok sejauh mana dia
pergi…hahaha..
Ini cerita 2 minggu sudah. Tiba-tiba di suatu pagi isnin
yang hening, I rasa gigi rahang belah bawah kanan rasa denyut2. Kalau I makan,
I jarang kunyah pakai gigi sebelah ni. Sebab bila makan terkena benda keras
zuuuppppp berdesup rasa ngilu yang amat lepas tu berdenyut. Terus terbantut nak
makan. Tapi tak lamalah dalam 2 minit macam tu I sambung jer makan balik. Tu
yang gemuk jer memanjang. I ni demam pun berselera jer. Hahahah
Jadi bila berdenyut mestilah rasa tak selesa kan. Bila I minum air
lalu jer kat kawasan tu mesti rasa ngilu. Yang peliknya, tak der pun lubang.
Tak boleh jadi ni. I pun pergi farmasi. Dia bagi I ubat ni
Katanya tahan sakit. Tapi I rasa tak hilang pun denyut tu, Cuma
minor denyut. Tak lama lepas tu rasa sakit balik. Makan pun cam tak berani.
Dalam hati I cakap, kalau esok tak elok juga I nak pergi klinik. Tapi esoknya
nan hado tak pergi pun. Sebab I is takut. Hoi horror hoi jumpa dentist. I ni
walaupun kadang2 nampak macho dalam hati ada taman giteww.Dah minah ni bagi aku ubat aperlah kan. tak baik2 pung. Bila I google
What The fish!!..i sakit gigi tau tak?? T____T |
Last I pergi klinik gigi 2 tahun sudah. I pergi buat
scalling. I rasakan cabut tu tak sakit lansung. Seriusssssss! I pernah sakit
gigi berdenyut denyut. Bila I tengok gigi tu elok jer pun. Lubang tak ada,
bengkak tak ada, nanah pun tak ada. I makan ubat sakit gigi. Dah ok I pun
senyap jelah. Tak lama lebih kurang 6 bulan cam tu gigi yang sakit tu tiba2
retak. I pun ok jer tak der rasa sakit apa. Bila tak rasa sakit tak derlah I
nak jumpa doctor. Tapi tak selesalah. Bila makan kacang ker termasuk dalam yang
retak tu jenuh gaklah nak keluarkan. Sampailah gusi tu bernanah I still lagi
relax tak pergi jumpa doctor. Punyalah takutkan. I kan imagine macam-macam. Dengar pulak org
bercerita sakitla gigi tu dicabut. Nanti doctor tu bius jarum besar cucuk kat
gusi..hoiiiii sakitlah hoi!
Pentipu ok. Dorang semua pentipu, masa doctor bius tu tak
terasa langsung. Tau2 doktor suruh tunggu jap bagi gusi terasa kebas. Lepas tu
doctor panggil balik. Yang doctor pun satu, siap cakap sabar k mungkin rasa
sakit sikit. Yang I pun terus pegang kerusi macam kan nak beranak (padahal tak pernah beranak
pung..huhuhu)apa yang doctor cakap I tak nak dengar. Mengucap, selawat, doa
semua. Tak sampai 5 minit ok!! Doctor cakap ok dah. Yang I pelik dah ker?. Bukak
mata doctor tunjuk gigi tu. Doctor ketuk sikit jer terus terbelah 2 gigi tu. I
tak dapat imagine kaluu gigi tu terbelah dua kat dalam gusi i. Ohemmmgeeeeee
kena operate ker hape??!
Tapi kalau scalling, I memang tak suka. Sakit kot. Last time
I buat, I suspect doctor tu mesti gaduh ngan boyfriend die. Beria ria dia cuci
gigi i. dahlah bunyi tu nyilu sampai I berharap I pengsan jer. Ecehhhhh
punyalah dramatic sangat kan
I heheheh.
Berbalik pada cerita tadi (laaaaa ni cerita yang sakit gigi
mana pulak ni..?) hahahah Korang jangan nak macam2, jangan kompius…yang I
sembang kencang tadi 2 tahun punya sudah cerita. Ni kesinambungan yang sakit
masa hari isnin membawa ke rabu. I rasa gigi I dah ok dah tiba-tiba hari khamis
pagi gigi I belah atas pulak buat hal!!yang kali ni memang sakit tak boleh
main2 punye. Memang kena jumpa doctor juga. Sampai tahap dia nak cabut pun I
redha jer.
Tapi bila pergi doctor kata gigi tak ada apa2. elok jer.
Cuma gusi bengkak sikit sebab karang gigi banyak. Jadi kita cuci dulu. Kalau
minggu depan sakit lagi. datang ke klinik sekali lagi kita check. OhhhMaiiiii
cuci wei, scalling wei..sakit kot….tapi…tapi..kali ni doctor scalling tak
sakit. Mungkin ngilu skit2 tapi tak sakit. Eh sukalah ngan doctor ni!!terus
senyum lebar!
nak tunggu turn pun dup dap dup dap macam nak menikah..eh? |
Rupanya ku sangkakan panas sampi ke petang, sakit gigi ku
kembali. I tak tau nak cakap apahallah ngan gigi I ni. Nak sabotaj I ker acaner
ni. Tak ada bengkak lansung, tak ada nanah, tak ada darah, tak ada lubang. Tapi
kenapa ko sakit!!why why!!. Hari jumaat tu I dah tak tahan I pergi klinik
swasta. Tu pun I berbelah bagi nak pergi farmasi ker nak pergi klinik. Sempat
lagikan seboleh boleh tak nak jumpa doctor huhuhuhu. I pikir kalau I pergi
farmasi ntah apa2 ubat dia bagi lagi. Kadang2 pergi farmasi bukan org yang betul2
pharmacist. Tapi org sales.bila kita cakap sakit ni dia bagi ubat yang paling
mahal sambil2 tu promote supplement ni supplement tu…kalau murah tak per jugak..ni
makan ratus2 huh! Pernah sekali I nak beli ubat gout abah I, budak tu dia
suggest makan supplement ni bagus untuk sakit gout. Sekotak Rm90. I pun sound
lah budak tu. Abah saya ni dah bengkak kaki, nak jalan pun tak boleh pijak simen. U
nak bagi supplement ape lagi. supplement untuk mencegah bukan nak merawat.
Terus dia bagi ubat gout. Haaaa boleh pulakkan. Tengok I corner citer lain
lagi..hahaha
Sampai kat doctor tu I ceritalah kronologi dari hari isnin
sampai ke hari kejadian. Doctor tu pun cakap, saya tengok gigi awak ni tak ada apa
pun. Tak ada bengkak, gigi pun elok tak ada lubang. Mungkin kat sini gusi ada
masalah. Saya bagi awak ubat antibiotic dan ubat tahan sakit. Cukup seminggu,
datang balik buat scalling. Nak cuci sekarang tak boleh sebab gigi sakit.
belah atas ubat tahan sakit belah bawah antibiotik, surah yassin untuk muhasabah diri...gitewwww |
I pun ok jer, tapi I berharap sangat kalau cabut pun I dah
tak kisah. Balik jer terus I makan antibiotic dan ubat tahan sakit. Rasa
berkuranglah sikit. Malam tu, rasa berdenyut balik. I suspect mesti askar2
antibiotik tu tengah berperang ngan bakteria2 dalam tu. Hari-hari yang
seterusnya dah beransur pulih. Alhamdullilah, tak der lagi drama queen kat
rumah ni mengadu sakit. Tapi seriously guyssss, sakit ni tak boleh blah. Sakit
gigi pergilah jumpa dentist memang agak mengerunkan tapi sakit sekejap jer dari
uolls tanggung sakit lama-lama. Doctor-doktor pun semua baik. Salah satu azam I
tahun ni, I nak jaga gigi I baik2. I nak buat check up 6 bulan sekali. I
suspect I sakit ni sebab bacteria dari karang gigi dah masuk dalam gusi. Jadi u
olls rajin2 lah scalling gigi. Jangan di bela karang tu bukan dapat pearls pun
ahakks!
Ok, Kalau still takut jugak nak jumpa doctor, uols pergi farmasi cari ubat ni. Dekat PD ni I pergi Klinik Pergigian Haziq dekat sebelah atas Produa showroom. Dia charge i murah jer RM35. Doktor pun baik tak garang.
Ok, Kalau still takut jugak nak jumpa doctor, uols pergi farmasi cari ubat ni. Dekat PD ni I pergi Klinik Pergigian Haziq dekat sebelah atas Produa showroom. Dia charge i murah jer RM35. Doktor pun baik tak garang.
Metronidazole. Antibiotik mematikan bakteria yang dah masuk dalam gusi. |
Mefenamic. Ubat Tahan sakit |
Oh yer yang doctor suruh datang balik untuk scalling tu kan?
I tak pergi pun. Sekian. Hahahaha sembang!!!
I tak pergi pun. Sekian. Hahahaha sembang!!!
K bye.
Edited: Baru i tau, nak beli antibiotik tak boleh beli kat farmasi. Kena dapatkan prescription dari doktor eyy? alaaaaa kena jumpa doktor gak lahhh..alaaaahhhhhhh!
same la sakit kite...dpt jgk antibiotik..tp.x.mkn pn..pttla sakit ni x kurang²..hahahaa
ReplyDelete