Assalamualaaiiiikummmmmmm,
Tau tak tahun depan kita dah nak masuk tahun 2020? Dulu i ingat ada nampak lukisan yang membayangkan wawasan 2020 ni nanti ada kereta terbang, walhal internet jalur lebar still lembap macam siput ni apa cerita?
I subscribe Tm streamyx ni tahun 2016. Since then memang merana hazabedah jugaklah nak dapatkan coverage tu. Bila seorang user pun dah lemah lembut jer kelajuan dia, ni kan pula bila dah 2 orang userkan. So we decide nak terminate jer. Pergilah membawa diri ke Tm Point. I think dalam bln 8 ke bln 9 cam tulah in 2017. Masa tu memang dah hangin sangat lah..sebab report banyak kali, memang technician datang tapi eloknya adalah dalam seminggu dua jer. Lepas tu wat hal. Bayar full amount RM 200 lebih gakk ahhh.Tambah lagi office i dua tingkat. So modem tu dah di bawa ker tingkat bawah. I yang tingkat atas ni nak pakai wifi tak dapat weh...padahal bukan jauh pun. dah i terpaksa pakai hp data i sendiri. Mana aci cam ni kan. Dahlah bayar full amount yang boleh pakai sorang jer. Lepas tu pelik pulak bila kita orang saja bayar lambat2 eh elok pulak internet dia. Bila bayar on time lembap nak mampss..sekarang ni apa yang ko nak sebenarnya?
So bila sampai sana, dorang cakap tak boleh sebab under contract 2 tahun. Kalau nak potong gak kena bayar penalty tak silap i dalam RM600 lebih gak ahhh. Kita orang punye contract sampai bulan 4 tahun lepas rasanya. Sedangkan yang bayar full amount tiap2 bulan pun menyakitkan hati. Ini nak bayar lagi penalty. MEmang takkkk arrrr!
So pulanglah membawa diri. Pakailah jugak Streamx. I pakai data hp i jer. Sampailah bulan 4 tahun lepas, i dah start survey telco lain,memang nak terminate sangat2. My sis pulak kata takperlah pakai jer dulu..takut nanti lepas ni jadi apa2 pulak and bla bla..dia oklah sebab modem tu direct ker desktop dia T____T
Sampailah awal bulan ni dia bukak mulut nak tukar, tanpa berlengah lagi i survey telco lain. Buat perbandingan and terus pergi telco centre tu sekarang dengan happynya pakai......haaaa yang ni i cerita entry lain. Dahlah boleh pakai trial sebulan freeee weiiiiii..nanti i share eek
Di sebabkan streamx ni pakai nama abah i, so i heret dia sekali. Oh yer cara pertama make sure bawa owner sebenar ok? nama orang yang dalam bil tu. Kalu pakai wakil2 ni i'm not sure. Tapi i strongly advice bawa owner unless koranglah owner kan bawa diri sendiri dan juga jari sendiri. Sebab no form needed. Dorang akan scan ibu jari kita.
Sebelum pergi i ada survey kat internet cara nak potong streamyx ni. Ada yang cakap kena bagi notis 30 hari lah. So lepas 30 hari kena inform TM. Pening pulak i baca, last2 i pergi jer TM Point .Urusan adalah dalam 10 minit jer.
Masa pergi TM point, tekan nombor. i pilih "customer service" sebab tak der pulak pilihan nak terminate account kan. Lepas tu tunggulah giliran korang di panggil. Bila nombor dah naik tu pergi kat kaunter. Sebelum tu hati kena kental. Cakap dekat pegawai tu saya nak terminate streamyx. Dia akan cakap kenapa. Korang explain lah kenapa. Tak yah gaduh2 perkara boleh bawak bincang.hahahah (manalah tau korang tetiba hangin tak puas hati pasal servis kan dah amukan kat situ). Lepas tu dia akan pujuk korang. Haaaaa kat sinilah i cakap hati kena kental. Kalau awek tu cun. Maybe korang tak jadi potong malah akan upgrade lebih besar pulak kelajuan dia. Macam kes i tadi, i memang dah tekad. Bukan sebab pegawai tu tak cun...cun tapi i kan perempuan gak kannn i bukan gay..tiberrrrrr!
So pegawai tu akan process permohonan korang dan mintak scan ibu jari and Done! Senangkan.? Tak payah nak isi borang bagai. Oh yaa I bawak jugak modem. Tapi dorang cakap tak perlu pulangkan sebab dah habis kontrak. Boleh lah bawa balik modem tu. I tanya juga boleh ker jual modem ni. Dia cakap boleh itu pun kalu laku....hahahahaha
Pasal bil, in my case i tak der tunggakan. Cuma ada 1 bil i kena bayar before 9th feb. And i punya bil starting 19 every month. Di sebabkan i terminate hari ni. So bil yang baru 19 dah berjalan. Jadi i still kena bayar. Tapi bil akan di kira sehingga hari terminate tu. Tadi masa terminate i tak di kenakan apa2 bayaran pun. Bil yang bulan lepas pun tak der pulak dia mention kena bayar dulu sebelum terminate ker ape. Maybe sebab i ada tempoh sampai 9th feb.
So itulah kronologi macam mana i potong streamyx i. so you guys if ada2 musykil pun terus jer pergi TM point ok. Kadang2 baca kat internet boleh pening jugak.
So good luck!
Cara nak potong TM Streamx
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
Terima kasih kak share kisah ni. Saya pun cari2 gak reference untuk dijadikan sumber nak terminate streamyx ni . HAHAHAHA
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi share pengalaman.Problem saya sama macam cik. So niat nak terminate je.. tapi tak da idea macamana cara...
ReplyDeleteMaaf tanya. Terminate streamyx (internet) shj. Phone rumah masih pakai kan?
ReplyDeleteMasih lagi =)
DeleteLately memang staff TM call suh tukar Unifi. Ada ka mcm tu? Prosedur byk ka kalau terminate streamyx ni. Ntah la saya rasa mcm TM sengaja sabotaj line. Line fon pun selalu tenggelam timbul, internet tak payah cakap la... Pening customer
ReplyDeleteterima kasih, info.. stedi you..
ReplyDelete