Macam mana nak bayar bil umobile pakai maybank2u!

Assalamualaikum,

Sekarang ni kan duk umah kunun-kunun duit savelah sebab tak payah keluarkan. Nanti keluar nampak yang berkenan di hati, dari tak der budget tetiba jer macam ada peruntukan. Jadi, lebih baik duk umah diam-diam, duit kat wallet pun diam2 tido dalam tu. Tapi dengan teknologi sekarang ni, duit dalam wallet sedap tido, duit dalam bank kena jaga-jaga.

Tambah sekarang ya ampun, nak hujung-hujung tahun ni, bertabahlah hati tengok dekat internet sales sana sini. Duhai hati mohon simpati dekat diri sendiri, tengok tak per add to cart jangan! hahahaha

Tapi yang bagusnya, nak bayar bill pun sekarang senang. Tak payah lagi nak pergi tempat bayar bil yang jarak jauh-jauh, kena turun naik kereta. Masalah parking lagi, lepas tu tak boleh bayar ngam2 ikut bil kena bayar lebih. Bayar kat pos office nak tunggu turm pun hazabedah jugakkan.

So, bulan sudah i configure macam mana lah nak bayar loan MARA ni. I malas nak pergi Pejabat MARA sebab kedekuit nak gores kupon boleh? hahahaha sebab 1 kupon 30 sen untuk 1 jam, urusan adalah tak sampai 5 minit jadi agak membazir. Dahlah bab parking ni i selalu kena saman. Ko jangan MPPD punya penguatkuasa siap ambik gambar kereta macam kan penjenayah lak i tengok. Pernah sekali i kena saman sebab terlupa letak kupon. Penguatkuasa tangkap gambar kereta i dah macam kereta curi pulak dengan 2 3 tiga orang berhurung dekat kereta tu. I parking dekat situ sebab nak makan cendol. Bayar saman lagi mahal dari makan cendol T____T

Tengah cari cara nak bayar loan MARA, baru i tau nak bayar umobile pun boleh pakai maybank2u. Sonang laie lah kojo den kan.

Cara-cara dia:



Macam biasa log in ke maybank2u dulu.

Click ke Bill Payment

Click pula ke Make a one-off payment

Ok sampai sini, scroll bawah and cari Broadcasting & Telecommunication

Bila dah sampai page Broadcasting & Telecommunication, scroll cari Umobile atau sesiapa yang pakai telco lain sila tengok ada tak line u olls

Masukkan amaun bill korang. Masukkan juga Account Num sila rujuk bil dan no telefon sekali. Dah masukkan semua click continue. Nanti akan keluar page request TAC number. Masukkan TAC Number and walllaaa. Selamat dah bill korang bulan tu sudah dibayar

Selamat Mencuba!


0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.