Aliza's House Homestay best di Port Dickson

Assalamualaikum... 

Hai Blog! I'm backkkkkk!

Ya Ampun, dah setahun rupanya i last update..gitukan tetiba buat kemuculan..

Ni pun tetiba update sebab i geram dengan google. Google business i depa p suspension. katanya my business not eligible to list in google. So bila kena suspension i punya homestay tak available dekat google map. Orang duk search takan jumpa. Padahal punya lah berapa banyak homestay dekat area i ni. Ok jer...erghhhhhh... Sementara i nak settle isu ni dengan google, i updatelah dekat sini. Kalau tak orang tak tau kewujudan homestay i ni. Tak tau kalu, tak der yang booking , tak der booking tak derlah sales, tak der sales tak der income. Buat masa ni, this is my full time business...tak kesian ker dekat i? tibakannnn..hiksss!

Ok guyssss...Let me introduce my homestay 

Asalnya i tak der plan nak buat rumah ni sebagai homestay. Tapi semenjak mak dah meninggal, Tak der sapa nak tengokkan bapak i. Adik beradik lain ada kehidupan masing2. So i decide untuk stay kat rumah ni and rumah i di jadikan homestay. Nak bagi sewa rasa sayang oiiii.

Maka terjadilah Aliza's House Homestay. Aliza bukan nama i, tapi nama arwah mak i. Masa rumah ni baru buat, tiap2 petang selalu i ngan arwah mak tengk progress rumah ni. Lepas tu PKP..Lepas tu mak i jatuh sakit. By the time rumah ni siap, arwah dah tak der :(...Jadi i dedikasikan nama homestay ni sempena nama arwah. Al-Fatihah Aliza Binti Ahmad.

So here we go.....

Tadaaaaaaaa..... 


 Tadaaaaaa lagiiii....

 

Sebelah rumah ni tanah lapang...boleh lah parking 3 biji kereta. Sebelah tu kebun. ada pokok durian. Dah 10 tahun tak berbuah sebab tak berjaga. Sebelum ada rumah ni semak samun. Ni baru nak jaga balik. Dah bersih kan area kebun. Tu pun baru perasan ada 1 pokok dah ada buah...dalam 4 biji...jadiklah kan, baru nak belajar2 berbuah balik. Harap2 menjadiklah yer. Aminnnn..

ok sambung balik.....

I dah share bahagian luar rumah..jom kita tengok bahagian dalam pulak..

tadaaaaaaa......


 

Masuk rumah terus nampak living room. Ada TV seketui, Ada sofa and dua ketui bean beg.

Masuk dalam lagi, jumpa dining room pulak....

Dekat dining room ni ada meja makan 4 seater. Tapi 2 kerusi dah patah so i campak buang. Gantikan bangku panjang. Alas meja pun bukan yang macam dalam gambar ni. Asalnyer letak yang ni, lepas tu  i rasa lapik meja ni tak best dia macam licin. Tukar yang lain yang tebal. Lepas tu koyak...i tukar alas lain yang murah. Senang kalau yang tu pun koyak tak rasa ralat sangat. Tak tangkap yang lapik baru sebab eyyy malas..  







Ni pulak bahagian kitchen. 

Okey...jom kita tengok bahagian bilik pulak. Rumah ni ada 3 bilik. Bilik master bedroom attach dengan bilik mandi sekali. I letak katil quuen kat situ.



Bilik no 2 pun i letak katil queen.



Setiap bilik i ada provide towel and sejadah sekali.



Untuk bilik no 3 ni, i letak dua katil single and extra tilam single dua pcs. 

So ni lah layout dalam rumah ni buat masa ni. Mana tau akan datang berubah pulak rupa dia..Rumah ni lebih selesa untuk 8 adult. Jadi semua merasalah tido atas tilam. Kalau lebih tu silalah bawak toto. Sebab tu i buat konsep rumah ni simple and basic supaya ada lebih banyak ruang. Nak bergelimpangan tido ramai2 kat luar pun boleh. Setiap bilik ada aircond. Ada 2 buah bilik air. 1 bilik air ada dalam master bedroom. Yang itu ada water heater. Yang bilik air dekat luar tak der water heater. Kena mandi air sejuk barulah tulang kuat! tibakannnn...

Jadi dah sembang pasal rumah, meh i letak testimonial dari guest sebelum ini sebagai bukti betapa bestnyer homestay ni..ceh ceh ceh (sapa lagi nak pujikan, kalau bukan dari tuan rumahnyer sendiri) dan juga sebagai bukti wujudnya homestay ni. Ada i baca dekat mana, depa p book homestay..bila sampai homestay tak der....mungkin terbook di alam bunian kot..eh?





Ni lah beberapa testimonial yang i terima dari guest. Ada lagi tapi i tak letak banyak2..takut riakkk...tetiba!..Rasa lah sendirikan homestay i..gitewwww

Selain tu i jugak dapat award dari booking.com...



Yeayyyyyy...alhamdullilah...dapat award sebab mostly got high rating dari guest. So amacam..ada rasa nak booking tak????hiksss!

Ni pulak lokasi ke Aliza's House Homestay PD

Alamat: Lot 8562B, Jln Hj Khalid, Kg Baru Si-rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hot Spot: 

  • Muzium Tentera Darat (1.3 km) (2 Minit by Car)
  • PUSASDA (1.5 km) (2 Minit by Car)
  • Pasar Malam Batu 4 (2.9 km) (6 Minit by Car)
  • Pantai Saujana (3.1 km) (5 Minit by Car)
  • Pantai Cahaya Negeri (2.5 km) (4 Minit by Car)
  • Kafe Kampung Kaw (900 m) ( 2 Minit by Car)
  • Pantai Telok Kemang (8.3 km) (12 Minit by Car)
  • Politeknik PD (12 km) (16 Minit by Car)

 Kemudahan di homestay:

  • 3 Bilik (setiap bilik di lengkapi dengan air cond)
  • 2 Katil Queen
  • 2 Katil Single
  • 2 Tilam Single Extra
  • 2 Bilik Mandi (1 bilik ada water heater)
  • Towel di sediakan (8 Pcs)
  • Kettle
  • Rice Cooker
  • Astro
  • Wifi
  • Iron with iron board
  • Gas stove
  • 1 Sejadah setiap bilik

So i dah share lokasi dan kemudahan yang ada pada homestay..jadi kiranya berapa harga untuk 1 malam tu..price per night RM 280 sahaja. 

Kalau berminat bolehlah whatsapp i di 011-6385 5150

Harga RM280 tu dapat if u direct book dekat i tau..kalau u pergi booking.com tak dapatlah harga ni... sebab dorang ada charge fee..yerlah dah guna platform dorangkan...

Ni link booking.com 

https://www.booking.com/hotel/my/alizas-house-3-bedroom-bungalow-with-large-space-area.html

So korang, if ada rasa nak bercuti di PD ni atau ada urusan kerja ker atau ade kenduri kendara ker bolehlah consider homestay i..tapi homestay i ni more area batu 4 ke telok kemang bukan area PD yang dekat town atau area ke lukut tu...yang tu tak sesuai...jauh gak lah..ada jugak yang komen pantai jauh...i dah siap cakap pantai yang dia nak pergi tu dalam 10-15 minit sebelum dia booking...last2 dia booking jugak...lepas tu letak review pantai jauh...dah tu kalau nak dekat bukak tingkap boleh terus terjun ke laut napa tak amik hotel thistle PD yang rm1k lebih 1 malam tuuuuu...haaaa tau pulak berkira...

oh sorry i tergerammm...k bye



                




0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.