Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Ikan Keli Goreng Berlado

Assalamualaikum

Hari sabtu itu ari i teringin nak makan ikan keli goreng berlado. Ikan keli ni one of my favourite lauk (ko semua lauk favourite zarina, semua makan T____T). Teringat masa zaman uni dulu. Setiap kali pergi kafe mesti ambik lauk ni walaupun dalam kepala otak nak makan lain. Tambah lagi bila nampak cili dia merah ang ang. Dahlah murah besar-besar lak ikan tu.

I baru jer belajar resepi ni, i tertengok dalam instagram orang share. Terus i buat, menjadi pulak tu. Masa mula-mula buat i rajin nau tumbuk. Lepas tu next buat, dah tak kuasa i blend jer. Sabtu lepas i terajin pulak nak menumbuk. Tengah menumbuk macam mana terpecik cili terus direct masuk mata. Ko rase? Berlari kejaran i ke sinki buh air, lansung tak boleh buka mata. Mak i pun berkejaran amik garam suruh i makan. Mak i cakap tu petua. I pun tak tau apa kena mengena garam masuk mulut, yang kena matakan.  Tapi dah tak boleh nak pikir sangat sebab pedih giler kot, ambik hujung jari celup garam terus masuk mulut. Eh elok pulak hilang pedih tu. Ingat masuk dalam mulut bukan masuk mata, hilang mata korang i tak tau. Haaa cakap orang tua jangan nak melawan sangat kan.

Bila dah elok, sambung balik kerja yang terbengkalai tadi. Nasib ko sedap. Tapi i rasa tumbuk lagi sedaplah dari blend.

Bahan-Bahan (ikut cara i) untuk 3 ekor ikan keli:

Bawang merah 5 ulas (lebih pun takper)
Cili Merah 2 ulas
Cili Padi berulas-ulas (haaaaa ko ade org bagi resepi macam ni. Maksud i ikut tekak masing-masing nak level pedas macam mana)
Limau nipis/Limau kasturi dalam 2 sudu
Perasakan dengan garam dan secukup rasa

Cara Masak:
Ikan keli buh serbuk kunyit dan garam sikit, Bagi masa goreng jangan letup-letup salut dengan tepung gadum.
Bahan yang di tumbuk tadi tumis dengan sedikit minyak. I suka basah-basah sikit, bubuh air dalam 2 3 sudu.
Perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa. Last sekali perah limau nipis sikit.


See, simple jerkan. Makan dengan nasi panas-panas, lepas tu ambil ulam cicah sambal belacan. Tak payah fancy2 sangat lauk. Kalau dah banyak sangat lauk ko tak tau nak fokus mana yang sedap. Bak kata orang putih less is more gitewwww.

Ikan Keli Goreng Berladomasukkedalammatakubercucuranairmatasepertiditinggalkankekasih...haaaaa syahdu sungguh kan tajuk. Nasib sodap!


K bye.

Nasi tomato mudah, ringkas tapi rasanya membuatkan anda seperti expert memasak 20 tahun gitewwwww.

Assalamualaikum,

Sempena cuti raya deepavali semalam, I merajinkan diri untuk memasak nasi tomato ya Ampun sedap tambah 2 kali nak tambah 3 kali malulah plak terpaksa ku tahan jebat nama di beri. Nampak tak nampak tak? Punyalah sedap sampai nama dah boleh buat drama bersiri dah kan.

I bukanlah pakar memasak, I ingat dulu bila nak masak punyalah I hafal step by step nak masuk apa dulu, lepas tu nak masuk apa. Gabralah jugakkan. Sampaikan sebelum masak pun 2 3 jam tu dalam kepala otak pikir mak ajar dulu cam mana eek. Padahal dia baru ajar 2 hari lepaskan.Lepas tu tanya mak macam mana ari tu mak ajar masak lauk ni eek. Mak I pandang kecik besar besar besar( takleh cakap kecik besar kecik besar sebab I sentiasa membesar jerk kan T____T)Tapi tu dululah, sekarang boleh dah I masak untuk tetamu2 nak datang. Setakat goreng2 lah tapi, cukuplah rasa garam nya di tambah lagi masak dengan penuh kasih sayang kan and so far tak der sapa lagi yang sakit perut lagi. Alhamdullilah. Dah boleh kahwin sangat dah ni. So bila nak masuk meminang? Tetiba sangatkan! Heheheh

Ok nak masak nasi tomato versi I ni senang sangatlah. Bahan2 pun simple tak perlu nak beli tomato, tomato puri, minyak sapi bagai semua ni. Jadi bila tetiba husband bagi tau, “Yang kawan2 opis I nak datang lunch” Masa tu dah pukul 10 pagi. Jangan lah cemas sangat. Kita lek2 kita wat pis. Tapi sekali ni jerlah kalau dah selalu sangat wat cam ni ko tinggalkan jer rumah, biar laki ko masakkan. Amboi dia suka bagi short notice sangatkan hahahaha.

Untuk di jadikan juadah raya pun boleh. Masa ni bolehlah tunjuk betapa tereernya ko kan boleh challenge dengan ipar duai lain. Dari senarai ko tercorot menantu pilihan terusssss zaaappppp! Naik ke atas (eh, macam pernah ku dengar dialog ni). So guys let’s do this!

Ok! THIS IS A MASTERPIECE GUYSSS!

Tadaaaaaa…..
Terima kasih bang brahim u invented benda ni. U memang memahami perasaaan wanita.


Yes u perlukan ini. Walaupun peket kecil ianya bisa mengocangkan perut.

Bahan kedua
Susu sejat bukan sajat eek



Bahan ke tiga

Beras basmathi. I guna beras basmathi faeza. Sebelum ni I pakai beras basmathi tesco jer. Sedap jer rasa jugak nasi tomatonya.

Cara-cara dia, Walaupun dekat paket belakang tu ada tulis caranya ambil mentega 3 sudu then masukkan 1 paket perencah tu tapi macam yang I cakap untuk nampak expert kenalah ada benda sikit untuk di tumis. I akan hiriskan bawang merah dalam 3 ulas, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang bagi rasa tu lebih ummmppphhh jadi bila orang selak2 nasi ko nampak ada bahan2 tu tadi nampak lah ko masak from scratch. Skill perlu ada beb!hahahahaha. matilah nak. I tumis pakai planta. Sebelum ni I pakai mentega, but I rasa pakai planta lagi sedap.

Kemudian masukkan 1 paket perencah nasi tomato, tumis sekejap dan masukkan air 2 tin(2 tin sebab I sukat beras 2 tin) Masukkan sedikit garam. 1 paket ni sesuai untuk 2 pot nasi. Selepas mendidih air tu tadi masukkan beras yang sudah di basuh. Kacau, dan masukkan setengah tin susu sejat. Masukkan juga kismis atau gajus up to u kalau nak letak kacang pis pun boleh. Lepas tu tutup tudung periuk and tunggu jer siap masak. Senangkan? Senang bangat deh!. Sesuai untuk wanita berkerjaya macam kita. Mudah ringkas dan paling penting sedap, suami suka, kita suka, anak2 suka, perut kenyang hati girang.

I masak dalam rice cooker jer senang

Sementara nak tunggu nasi masak, bolehlah goreng ayam untuk lauk nasi tomato.

Ayam masak merah walaweiiiii!




Dah siap!



Lepas masak jer terus i ngap. Tak menahan sangat. Padahal pagi tu breakfast makan cekodok berketul-ketul. Lepas tu pulak siap masak ni pukul 11.30 Pagi. Ko breakfast ker lunch zarina T_____T

Selamat Mencuba!

Bye



resepi rendang ayam omak den!

hehehee...kite smbg resepi kedua yg dimasak di pagi raya..sy suka rendang mak sy..sb die xkering sgt ade berkuah kuah..lembap2 gitu..sy sgt suka sb die menepati selera sy..pang!!!mak ko masak ape yg ko tak suke!!mak ko goreng telur pun ko ckp sodap smpi 7 keterunan T____T...so here we go..the recipe =)

lengkuas, bawang putih, cili padi, bawang merah, halia, kunyit
Mula2 kite tumbuk kesemua bahan2 ni..sape pemalas lehlah blender..aku?? of cozlah rajin..nah butiknyer

kahkahakah...(mak aku yg tumbuk sbnrnyer..yer aku pemalass T____T)...klu lesung batu kecik..tumbuklah satu2 dulu k (eh tu pun nk cte..lalalalala)..jgn lupa campurkan garam dlm sesudu..last tumbuk sekali serai dlm 2 btg..oh yer..mak aku bg petua..klu daging..jgn buh garam dulu..buh garam time last2...klu ms ni ko bubuh nanti daging die liat..klu dh liat baik ko mkn chewing gum..eh!

kemudian kat atas kuali, ko letakkan ayam..dan campurkan bhn yg dh di tumbuk tdk..
masukkan cili boh dlm 2 senduk..gaul-gaulkan ia sehingga kecut..memandangkan die ayam xyahlah lama2..tp klu daging xper lama..sb daging lambat nk empuk
proses kecutkan ayam

ok..klu rendang ayam, santan pekat ngan santan cair xpayahlah di asingkan..satukan jer terus..akan tetapi klu daging perlulah di asingkan..sb mcm aku kata tdk..daging lambat empuk...so masukkan santan cair dulu, masukkan air pun xper..
selepas masukkan santan masukkanlah kerisik..sbnrnyer aku pernah masak rendang ayam ni dh 2 kali tanpa bantuan mak aku..kunun2 aku nk impress mak aku yg anak die ni terrer masak lehlah kawin kennnn..skali kau..1st time masak..aku lupa buh cili boh..2nd time masak aku lupa buh kerisik..blehh?? mmg lah xbleh!!dah pucat jer rupa rendang aku..kahkahakah

masukkan kerisik

Oh yer..jgn lupa buh asam keping 1 keping..garam , gaul2..balik2...tadaaaaaa...siap sudeyyy
rendang mak aku ni stail die xkering sgt..die basah2..sedap colek2 ngan nasi impit..mmg marvelous altala vista...selamat mencuba =) (klu kuah die tu rs cam byk, sedangkan ayam die dh masak..lehlah kuarkan ayam tu..nanti ayam tu over cook lah lak..masakkan kuah die sj )




Hari Raya Aidiladha 2012

Assalamualaikum..

Setelah nak masuk seminggu raya br nk update psal raya haji ni..hehhehe..raya sakan kah?? idaklah teman..pas mandi terus sarung seluar n tshirt umah jer...xder makna nk bergaya sakan...terus tolong mak wat rendang marvelous altalavista...hamboiii...menjilat jari hokeh!!..mlm raya aku sempat belajar dari mak kuah kacang meletop ko!!...heheheh..sambil belajar sambil tangkap gambar sambil jugaklah mak aku mengeluh alah alah katenyer...nak buek cam no omak oii..den ni pelupo..nk wat kuah kacang lagi sekali dah tentu thn depan..hahahaha..so ini resepinya..

leh tak aku terus letak cara2 nak wat terus..sb aku dah ingat2 lupo ni..hahahhaa...tahun depan konpom aku hilang ingatan...kahkahakah...

sebahagian dari bahan2 yg diperlukan..kacang tumbuk, serai, lengkuas
 mula2 ambik 1 batang serai...potong hiris2..pas tu lengkuas amik dalam 2 cm pun hiris gak..then tumis...pas dah naik bau masukkan cili boh dalam 3 senduk atau ikut kepedasan lidah masing2...lagi pedas lagi sodap...masak sampi pecah minyak..kemudian masukkan daging sikit..xyah lah byk sgt wat rencah jer..klu byk baik ko wt rendang terus...hehehe
Tumis cili smpi pecah minyak

 masa tumis cili tu..klu nmpk kering sgt tu lehlah tambah air skit..jgn sampi kering nanti satu umah bersin lak...mcm org tua2 kate klu bersin tu mmg sodaplah..xder maknenyer hokeh..cili ko hanguslak karang..hahaha...eh sebenarnyer langkah seterusnya aku dh lupa..aku sempat g tanyer mak aku tadik..kahkahkah..aku rs aku minum air semut td kot T____T

ok2 dah tanyer..pas dah rs cm masak cili tu..masukkan 2 btg serai yg dh di racik..pas tu lehlah buh air dalam 2 cawan setengah..then masukkan kacang yg ditumbuk tadk..
Masukkan air
masukkan kacang tumbuk

ok bile dah masuk kacang...kacau, masukkan garam, gula dan air asam jawa..perasakan ikut tekak masing2..
Tadaaaaaaa!!..kuah kacang yg sudah siap colek lak ngan nasi himpit...perghhh!

Sekian dari chef wang kelian =)

pic taken sehari sebelum raya, org semua berpusu pusu blk kmpg..aku bersenang lenang camwhore di opis..hahahah..nahhhh bg close up lagik!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kahkahkahakaha..selamat Hari Raya Aidiladha..xkire ape pung pengorbanan yg kite wat...Allah Maha mengetahui yg terbaik utk kite..dan jgn sesekali dikesali ape yg tlh berlaku..jdkan ianya iktibar dan suatu kenangan manis utk kite terus melangkah kehadapan dengan penuh lady gagah! hik =)(sambil libas hujung tudung)


Powered by Blogger.