Assalamualaikummmmmmm, salam sejahtera....kepada anda semua moga bahagiaaaaa....haa gitu hakak siap nasyid bagai almaklumlah tengok lah tajuk tu..mengisafi sangatkan? heheheh..sebenarnya, hakak nak sangat menulis dalam blog ni, tapi tak tau nak tulis apa. Tiap2 hari rutin hakak sama je..bangun pagi, buat benda wajib siap2 pergi kerja. Tempat kerja pun depan rumah jer. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.. nak bakar 5 kalori pun jantung macam segan jer...gitu perumpamaan hidup hakak. Kerja dengan family, duduk dengan family..kawan2 pun dengan family jer...siankan hidup hakak?? Tapi gemuk..acaner??tetiba jerrrr...hahahaha..macamkan lah hidup susah nau kan kan..nak sian bagai...ada org lagii lagiiii lagiiiii susahhhhh hoiiiii... syukur rezeki yang Allah bagi. (Kalau cikgu B.M nampak ni mesti geleng kepala, mana pendahuluan mana isi mana penutup..tapi tetap UPSR dapat A...hahahah tetiba lagi!)
Macam yang kita tahu, dunia ni hanya sementara sahaja...hakak ni bukanlah orang yang baik...banyak salah dan silap...tak terhitung rasanya...bila ingat2 balik napalah aku buat cam tu dulu..rasa cam eh itu bukan aku..itu saka aku tuuu..eh?heheheh...Tapi yelah kita manusia biasa yang mempunyai nafsu, lagi orang cakap tak boleh lagilah kita nakkkkkkk sangatkannnn pas tu padan muka hakuuuu..tapi bila umur dah makin meningkat, kita makin matang, kita makin tau corak permainan di dunia ni. Dan bila kita dah dalam fasa macam ni, kita rasa lebih kecikkan circle kita dan apa yang kita kekalkan adalah yang berkualiti. macam tu hidup lebih tenang gitewwwww...tak per ada masa kita rasa akan sunyi, sunyi tu indah apaaaaa.
Hakak ni orang berniaga, tak der pencen. Kalau tak der kerja tak bergeraklah angka dalam akaun tu. Lepas tu ada lagi pekerja yang perlu di utamakan. Hakak rasa mana2 majikan pun akan lalui benda yang sama. Kadang2 perkara pertama kena ingat tambah2 lagi bila dah hujung2 bulan ni mesti pikir pasal gaji. Harap cukuplah dapat bayar gaji pekerja dulu. Kita takper. Kesian pekerja dorang pun ada komitmen lain. Kadang2 macam nak putus asa pun ada tapi bila tengok muka pekerja, bila dia orang gelak ketawa rasa semangat naik balik. Rasa nak kerja kuat, nak income banyak supaya kita boleh share sama2. Bukan senang nak pikul tanggungjawab jadi bos ni. Orang cakap bos bestlah boleh masuk ikut suka hati, arah2 org...tak yerrr...dalam otak kena sentisa berkerja macam mana nak tingkatkan jualan, tingkatkan income company. Lagi besar company, lagi besar tanggungjawab...senget dah bahu tu. Jadi syukurlah kita ada pekerjaan, ada gaji tetap...kerja lah sebaik-baiknya...sayangilah company anda macam company tu anda punya sendiri..tapi korang jangan masuk ikut suka hati bapak angkat atok tiri korang plak..terus dapat notis 24 hours hakak tak tauuuuuuu.
Nature of business hakak ni bukan hari ni buat kerja, hari ni dapat duit. Takkkkkk...hari ni buat kerja bulan depan, tak pun lagi 2 bulan..tak pun makan tahun pun ada. Ada jer company yang tak bayar. Kadang2 kita dah follow up..pun depan kita haa yelah yelah tapi nan hado...dorang tak pikir ker duit tulah kita nak bayar supplier, kita nak bayar utilities, kita nak bayar gaji, kita nak rolling...makan hati weiiiiii bila berurusan dengan orang macam ni. Tapi takkan nak maki plak kan...kita pikir long term. customer is always right katanyaaaaaaa. Jadi bila kita dah buat habis daya kita...last sekali kita berdoa sahajalah supaya Allah bukakkan pintu hati orang2 ni untuk jelas kan hutang kita. Setiap lepas waktu solat yer, hakak tak berhenti berdoa. walaupun kita rasa macam takder harapan jer lagi niiii . Jangan Jangan Jangan tu semua hasutan syaitan yang memang kerja dia suruh manusia ni cepat berputus asa.
Macam kes hakak ni, kerja ni dah siap tahun 2014 lagi. Follow up tok sah ceritalah...sampai ke HQ dah hakak laporkan. Tapi tak der apa2 tindakan pun. Tapi macam yang hakak cakap hakak tak berenti berdoa. Tup Tap Tup Tap...nak di jadikan cerita. ada kenderaan ni breakdown, bila hakak tengok person in charga adalah pegawai yang sama dengan sebelum ni. Hakak dah berbelah bahagi nak buat ke tidak, tapi yerlah ni rezeki Allah, dan driver tu mintak bantuan sangat, tak sampai hati plak nak hampakan permintaan org. Jadi hakak amik risiko dan hakak mintak bantuan org tu untuk sampaikan kat pegawai dia pasal hutang yang tertangguh selama ini. Dan alhamdullilahhhhhhhh syukur ya Allah..dalam masa 1 minggu pegawai tu dah update kat hakak pasal proses untuk pembayaran. See walaupun kita rasa kita ni macam berdosa sangat dan rasa doa kita takkan di angkat di langitlah tapi kita silap Allah Maha Adil. Dia cuma nak tengok macam mana kesabaran kita, kesungguhan kita. Adakah kita ni berharap pada manusia atau pada DIA. Bila kita berserah pada Allah. Insyallah Allah takkan hampakan hambanya (dah kenapa mata ni macam berpasir)
Dan hakak tak tau kenapa entry ni macam shahdu sangat. Oooooo "bestfriend" hakak datang!
K Bye!
Jangan Putus Berdoa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
0 Comments:
Post a Comment