Saya "Hantu" Drama Korea!

Assalamualaikum..

Haiiiiii! sapa kat sini macam hakak yang "Hantu" drama-drama korea?? senyum sikitttt (senyum je..ari jumaat kan sedekah..senyum tu kan sedekah, ketawa tu ko giler..eh!)..allaaaaa comelnyer senyum..ok haiii hantu-hantu semua..hehehe..waaaa daebakkkkkkk! kenapa banyak nau drama korea yang best sekarang ni..

Mintak maaf pada fan drama melayu semua..hakak xlayan..ntah pape..xder moral of the story..come on lagi 4 tahun nak masuk 2020..kenapa drama kita makin mundur..balik2 cerita kahwin paksa, lepas tu dapat suami sweeet giler walaupun isteri koang ajar sangatkan..boleh pulak isteri org keluar ngan org lain..lepas tu org tu plak tergila-gilakan isteri org..lepas tu ade plak perempuan gedik2 suka suami ko...lepas tu ex gilfriend nak balik lepas tu..lepas tu...lepas tu  eh emo sangatlah hakak tengok...belum masuk yang pakai make up tebal dengan bulu mata palesu kalah bulu kaki..drama melayu sepanjang zaman hakak rasa drama2 P Ramlee still the best...xde sapa boleh challenge lagi...eh gitukannnn..kan dah marah..ye ye tadi hakak suruh korang senyum...hahahaha

Ok the best korean drama yang hakak tengok..every episode yang xpernah mengecewakan adalah descendent of the sun...song song couple berlakon..memang hakak minat dua2 ni...dekat korea pun hit giler drama ni...dah habis pun episode and it was happy ending..Kemudian berturut-turut korean drama keluar antaranya the doctors, wanted, uncontrollably fond,

doctors dah habis..awal2 episod jer hakak tengok pas tu dah apahel makin merepek lak citer dier kan...Wanted plak mmg best giler..cerita pasal penyiasatan polis + ada komedi sikt + sakit hati sebab susah nau nau nak tangkap hero penjenayah...sebab apa hakak sebut hero penjenayah??muka hensem tapi jahat tapi hensem tapi jahat sangat eh??why??hahahaha

Uncontrollably Fond belum habis lagi...citer dia makan hati skit..melodrama...sedih banyak menyampah pun banyak...hero woo bin, heroin suzy..macam biasalah hero mula2 tangkap cintan ngan heroin, nak tolong heroin, tolong balas dendam untuk heroin, heroin plak mula2 tak suka lepas tu suka, lepas tu bila hero dah reject die(atas sebab tertentu) dah heroin macam tergila-gila kan hero balik, eh complicated sangat cerita ni..tapi sebab hakak dah follow dari episod pertama nak tau ending die terpaksalah hakak nahan sabar tgk nyerrr...huhuuuh

Ok drama korea yang tengah on air lagi memang tak tinggal nak tengok punye adalah:


Scarlet Heart:Ryeo
Mengisahkan Soo (heroin) dari era zaman kita telah terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan seorang budak yang terjatuh  ke dalam tasik tersebut. Entah macam mana selepas dah selamatkan budak tu dia nak naik sama tiba-tiba berlaku gerhana matahari (ker bulan? ahh belasahlah) tiba2 dia bangun dia dah berada dalam zaman 1000 tahun yang lalu..tengoklah dalam gambar tu, lelaki tu semua tu putera raja genteng bangat nih....k lap air liur..sila tengok di channel 393 SBS

Moonlight Drawn by Clouds
Mengisahkan seorang trainer eunuch hong (heroin)di tugaskan untuk menjaga putera raja (yang tengah baring tu)..di zaman sejarah korea dolu-dolu. Pada zaman tu eunuch mesti seorang lelaki..ntah macam mana hong ni mak dia suruh dia jadi lelaki...tak boleh pakai pakaian perempuan...rasanya ada kisah kenapa mak die suruh die jadi lelaki tapi belum sampai ke bab tu lagi sebab baru episod 6. Setakat ni...setiap episod memang best!! Hero handsome bak anggggg! 2nd lead pun hensem...lap air liur lagi jadi sila tengok di saluran 392 KBS

Nextttttt!



Cerita ni mengisahkan dunia kewartawanan...heroin ni sebenarnya dah lama minat ngan hero tapi hero tak layan. Ceritanya masa interview untuk jawatan pembaca berita...heroin dapat 4 calon teratas. bila final interview...hanya 2 orang diperlukan untuk menjadi pembaca berita dan lagi 2 jadi pembaca laporan cuaca. Tapi disebabkan birokrasi heroin ni tak dapat jadi pembaca berita, die diserapkan jadi pembaca laporan cuaca. Yang dapat pembaca berita tu sebabkan dorang anak owanggggg kayeeeee makan 7 keturunan xhabis giteeewwwww...Hero plak wartawan dan bekerja sama jabatan ngan heroin. Dari situ dorang kenal. Macam mana dorang kenal pun kelakar giler...hahahah...Disebabkan 1 laporan dari hero ni menyebabkan keluarga dia pecah belah dan die di tukarkan ke Thailand. Still hero, 2nd hero pun hensemmmmm...huhuhuh
Nak tengok?? Sila ke saluran SBS 393 setiap khamis dan jumaat jam 8.15 mlm.

Fuh fuh dah kenapa hakak gigih sangat review semua cerita niiiii???

Nampak tak taste hakak lelaki mata sepet???eh??anyonggggggg!


 

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.