Assalamualaikum
Aci tak kalau baru sekarang I nak wish new year?. Dahlah
azam tahun baru nak rajin update blog. Nampak tak belum apa2 dah ada sedikit
kegagalan disitu..Hahahah. Pasal azam tahun lepas malas I nak cerita. What is
past is past..gitewww…padahalllllll ;p
So macam mana sambutan tahun baru korang? I macam biasalah
10.30 jer dah terbongkang atas katil without fail..owangtue memang macam
tulah..hehehe.Oh! ade sekali tu, masa zaman I study dulu. Plan nak sambut kat
KL berkonvoi. I naik kereta dengan my friend punya boyfriend. Kereta kancil.
So on the way, I tak sure
kat area mana. Sampai kat satu simpang traffic light ni, kita org berhenti
sebab lampu merah. Side sebelah kanan mat2 rempit ni serombongan..dengan prettt
prettt press minyaknyer..i peratiiiiiii jer..macam tak sedap hati ni pun ade ni.
So bila side kita org dah lampu hijau, si boyfriend kawan I ni pun
jalanlah..ntah macam mana, sorg mat rempit ni excited bonar lak main press2
minyak ntah dia boleh terlepas meluncur laju kearah kita org. Arghhhh sudah, yg
si boyfriend kawan I pun terkejut tak dapat elak dia..tau2 dah bertembung
sebelah depan bahagian lampu sebelah kanan. Yang si mamat ni plak dah terjatuh
meluncur kedepan, yang kita org plak menjerit berjemaah. Berdebar hoiiiii! Dan2 Allah
balas Cash sebab keluar tak bagi tau mak abah..hahahaha.
Lepas tu kita org berenti kat bahu jalan..yang member2 sekonvoi ni
tgk2 kita org..check kot2 ade yang tercedera. Alhamdullilah semua selamat. Tapi
berenti tak lama, terus blah sebab member2 lain takut mat rempit tu n the geng
tak puas hati ker apakan..jadi end up nya sambut kat mamak jer..order teh tarik
tengok bunga api dalam TV jer..hahahah..tak pasal2 kena keluar 50 ringgit sorg nak
cover si boyfriend kawan I repair kereta dia nasib xbanyak kemek..tapi kesian
dia, dah lah kereta mak dia..dah sudah nak menjawab pulak kan.
Eh jap I rasa cerita ni nak sambut merdeka. Oh yelah sebab I
teringat bawak bendera semua. Hahahahah gasaklah asalkan konsep sama tgk bunga
api..hehehe
Untuk tahun baru 2017 ni I balik kampung blah mak I di
kuching, Sarawak. It was unplanned. My aunty
passed away. Actually dia meninggal masa
krismis. Anak dia ada call seminggu sebelum tu. Bila nak book tix, tix xder
semua sold out. I check MAS, Air Asia, n Malindo..semua sold out. Ada air asia, mahal bak
hang..RM699 one way. Dapat book 31 december plus masa tu anak dia cakap kat mak
I, it’s ok aunty..nothing worry. She’s ok…so kita org expect memang
oklah..malam krismis dapat call she’s gone ;(..RIP aunty best.
On 31st December flight pukul 8.30 pg. Naik MAS,
I balik bertiga..mak n akak I.
dapatlah jumpa semua family sebelah sana.
I rasakan ni penerbangan tambahan, sebab seat dia tak best banyak terkoyak and tak der screen. tak boleh nak layan movie. |
I memang tiap2 tahun balik kuching. Bulan dua ni, insyallah
balik lagi. Yang bulan 2 ni memang dah lama book. kampung I dekat Jln
Astana. Tapi sayangnye kampung dah tak der. Dah jadi taman orked. Kerajaan
negeri ambik. Masa kecik2 kalau cuti sekolah hujung tahun I akan balik dengan
mak I. Sebulan cuti sekolah, sebulan jugaklah I duduk sana. Sangap jugaklah. Masa tu nenek I ada
lagi. Bila nampak I jer “galik na”, “makai na”..i jawab auk jer..tu jelah yang
pandainya..hahah..i paham, tapi bila nak cakap balik dah macam org asli pun
ada..hahahah.
Pagi2 kalau nak ke Pasar, kita org jalan kaki ke pengkalan
naik sampan. Sampailah seberang. Seberang tu lah waterfront. Waterfront tu plak
kalau malam2 ada air pancut. Air pancut tu ikut irama lagu. Kadang2 lagu situ
nurhaliza. Dengar sampai rumah plak tu. Tulah jadi hiburan kita org. Aaaaaa
tetiba rindu kat suasana kampung dulu.
Sekarang kalau balik, selalunya I duduk hotel. Dah kampung tak derkan. Kita org ni plak
memang sejenis xsuka tido rumah org, sebabnya takut menyusahkan org. padahal
org tu tak der apa2kan. Tapi tulah selesa bila duduk hotel ko nak terbongkang
ker hape gasaklah.
Cuma kali ni balik duduk dekat rumah aunty I di Petra Jaya.
My mom berbangsa Iban. My dad askar kena posting ke Kuching.
Tu yang jumpa my mom tu. Macam mana dorg mengurat each other, tak der plak
cerita..huhuhhu..I suka dengan culture kat sini. Dorg respect each other. Taman yang my auntie duduk ni, dalam 200 meter tu jer
surau. Memang kuat speaker. Kalau azan tu tak der plak dorg komplen bising ker
ape.
Masa balik kuching baru ni, on first day kita org solat ikut
kiblat mana pun aku tak tahulah…kakak I cakap ngadap sini..yang I pun ikut
jelah. Tapi ada rasa ragu2..hari kedua I download qiblat app. Rupanya
membelakangkan kiblat T_____T..lepas tu my auntie cakap lah kiblat ikut arah
ni.. tau plak tu kiblat tu ape..tu lah org cakap tak tanya sesat jalan. Nasib
sesat 1 hari jer..huhuuh
Ok I nak share ngan u olls kereta sewa murah kat kuching ni.
Tapi I nak siap pesan awal2 data internet korang biarlah banyak..signboard kat
sini silap2 korang boleh sampai Brunei
pun ada agaknya. Dahlah roundbout banyak. Roundbout besar padang bola pun ada. Ada sekali tu I nak pergi bako. Mula2 ok dah
betul nampak jer signboard bako. Sekali sampai satu roundbout tu terus hilang
bako. dah rasa nak terbako pun ade ni. Masuk ke kawasan kilang mana pun tak tak
tau. Dahlah sunyi. Patah balik, masuk roundbout sekali ikut jalan yang kereta
banyak masuk. Sekali betulllah pulak. Meninggi jer hidung I pandang aunty I, sebab kat sana dia jelah jadi waze I hahahah.
I sewa kereta blm dari syarikat Atmosfera Car Rental. Dah
berapa tahun dah I guna khidmat dorang ni. Rasanya adalah dalam 4 kali jugaklah
I pakai servis dorang. So far I takder komplen lansung pasal kereta.
Alhamdullilah kereta pun tak der wat hal. Dan paling penting harga murah.
Dorang ambik satu hari RM 80. I dah survey mana2 rental company. Paling murah
dorang ambik RM 130 untuk 1 hari. So total I kena RM240 + RM10(delivery to
airport) = RM 250. see murahkan? Ikutkan I pakai 4 hari, I pergi kuching 31 dec
2016 sampai 3 jan2017 jadi sepatutnya RM 330 lah kan termasuk delivery to
airport. So, masa u olls nak sewa bagi exactly time pukul berapa u olls ambil
dan pukul berapa u olls pulangkan kereta tu. Biar dorang kira sendiri. Nombor
company tu 012-944 9499, korang whatsapp jer untuk book. Deposit tak
diperlukan, bila sampai sana
baru bayar. Percaya habis pulak dorang kat kitakan dan kita pun tak yah risau
kot2 tertipu scam kereta sewa.
kereta BLM yang i pakai sepanjang berada di sana. Masa ni nak balik dah. |
korang whatsapp jer, sebab dorang pun prefer whasapp. Masa whatsapp isi detail pukul berapa nak pakai and pukul berapa nak pulang. Biar dorang kira sendiri. |
Nanti next entry, i cerita apa yang i selalu buat kat Kuching. (harap azam i untuk selalu update sentiasa menyala bak api yang membara...gitewww)
Semoga
tahun ini kita lebih sukses, diberi kesihatan yang baik dan semoga ekonomi
negara kita kembali pulih..tetibaaa ekonomi gitewwww.
Bye!
0 Comments:
Post a Comment