Baru nak ade Facebook. Marilah berhuhuhu!

Assalamualaikum,

I baru jer baik dari demam, selsema, batuk. I amik pakej semua included gst. Sekarang tinggal batuk. Itu pun dia ada mood. Kalau tetiba bila sampai tekak kering, dia punya batuk siap macam nak termuntah berair-air biji mata. Dia punye feeling tu memang tak best. Nak cakap pun malas. Bila cakap banyak udara kan masuk lalu tekak kan, tu yang dia punye batuk rasa macam nak lempang org sebelah sapa suruh ajak borakkan. gitewwwww. Baru 2 minggu sudah i sakit gusi, elok dalam seminggu mendapat pulak demamkan. Takperlah sakit ni penghapus dosa.

Oklah back to topic. Sebenarnya sebelum ni i dah ada Facebook. Masa tu semua tergila-gilakan facebook. I haruslah ikut flow. Nanti di katakan tak mengikuti aliran semasa pulak. Dikatakan orang kampung sangat. Padahal i memang orang kampung pun and i suka jer duduk kampung. Tambah lagi, masa tu zaman baru habis study. Senanglah kita nak contact nak tau perkembangan kawan2 kita. Nak jemput kenduri kahwin pun senang jer kan.

I kenal ex bf pun i dari FB jugekkk. Tapi apakan daya ku sangka panas sampai ker petang rupanya hujan di tengah hari. Tambah2 lepas lunch, tarik selimut dapat bantal pun sedapkan..eh?hahahah. Kita hanya berjodoh untuk berkenalan sahaja. Tak sampai jinjang pelamin ke anak cucu pun. So, betitik tolak dari situlah i terus delete my accoount FB. Frust punya pasallah tueww...hahahaha..dari i stalk dia, tiap-tiap hari pendam perasaan kan sampaikan i pun geram dengan diri i..acaner? hahaha.

Now i dah move on. Amboi, move on sampai makan 5 tahun jugaklah. Actually dah lama pun move on, baru sekarang i tergerak nak bukak FB. I selalu bukak my company FB account. Yang tak tergerak hati nak bukak sebab i baca status2 org macam kan dah tak der sempadan antara personal life ngan media sosial. Semuanya nak di bentangkan kat FB. Simpanlah sikit2 tuk diri sendiri. Janganlah sembang sampaikan orang nampak buruk kita balik ok people?

Dan tiba2 i nak bukak balik sebab baru-baru ni i ada attend kursus online marketing. Salah satu syllabus ialah FB adds. Cikgu kata nak promote bisnes kita adalah melalui FB adds. Selain account FB untuk company, account FB personal pun perlu supaya orang kenal kita dan nak dapatkan kepercayaan customer. Sekarang ni kan senang nak menipu, bila orang kenal kita, kita buat bisnes sekian2 jadi orang lebih percaya untuk buat bisnes ngan kita.

Jadi nak mohon kepada semua kenalan blog add lah kita. Sebab kesian, takder friends lagi. Kahhhhhhhhhh!Mehlah berkawan ngan kita. i tak garang pun, jangan ajak i bercinta pulak. nanti break up i tutup lagi account FB. dah satu keje plak i nak nunggu 5 tahun baru bukak balik. Hahahahaha

K bye!




1 Comments:

Powered by Blogger.