Assalamualaikum,
Ini cerita semalam. Eh bila ingat balik rasa nak terajang jer tempat scan card Touch N go tu. Bila ingat balik jugak, lupa nak nak tangkap gambar. Kisahnye macam ni. Semalam i ada meeting kat bangsar. Perjalanan semua smooth jer. Dari tol Sungai Besi ke Bangsar best giler tak der jam. I sampai dengan jayanya tak der sesat apa pun (walaupun i lahir kat KL, sepatah haram pun i tak tau jalan KL ni) dengan bantuan GPS.
Masa I pergi, I pakai Smart Tag. Ok jer tak der masalah apa-apa pun. Yang menjadi masalah nyer bila time balik PD. Kejadian berlaku di Tol Mambau. Masa I exit Ke Port Dickson dari Plus Highway dengan Smart Tag semua ok. I Ingat lagi baki dalam RM25 something. I tak taulah, bila i lalu kat smart tag ni macam berdebar org nak masuk minang ececeh gitewwww. Kalau org lain ok jer i tengok. Laju jer dorang bawak. Confident Level tinggi. I kalau masuk mesti slow. Kalau ade kereta depan, i'll make sure dorang lepas dulu. Then tunggu palang tu jatuh baru i lalu.
So masa nak lalu kat laluan smart tag di Tol Mambau tu. Dari jauh i dah nampak kat screen tu terpapar "TIADA SMART TAG". Masa tu kereta i belum masuk laluan tu lagi. Dalam hati i, arggghh sudah! boleh ke lalu ni. Tapi kereta i dah terlalu.Bila lalu tak der pun bunyi "tett tett". Nampak kat screen sila imbas card anda pada scan reader (bunyi dia macam tulah sebab i baca sekali imbas). Dah lah i kena turun sebab jauh jarak die. Lepas tu ade pulak kereta satu kat belakang. Bila i scan ok die ade bunyi tett tett dan baki dah di tolak. I tengok dalam RM21 something cam tu. Dan palang pun cun jer naik.
So the best part ni, bila i dah masuk dalam kereta. i tekan minyak tiba-tiba my sister kat sebelah menjerit. I pun automotik terus tekan brek. Syabas otak bagi signal dengan cemerlang sekali. Nasib i tekan brek kalau i tekan minyak lagi. Saadakallahhulazim. U guys tak dapat baca cerita i ni. kahhhhhh! U know what PALANG TOL tu betul2 depan cermin kereta I! jarak lebih kurang 4 inci cam tu. Giler tak Giler!
Kereta belakang yang nampak kejadian, pergi lorong sebelah guna Touch N Go. Dan dekat situ seorang umat tak der pun. Selalunye mesti ada standby sorang. Siren berbunyi ni. Mustahil orang pejabat tak nampak. Ker buat-buat tak nampak. Pandai-pandailah korang settle gitewwwww
I terus undur pergi laluan sebelah. Pakai kad n tolak lagi baki. Masalah baki ni i tak kisah sangat, masalah kalau i terlanggar palang tu acaner? dah jadi 1 kes nak settle kan semua. Dan sekarang ni i dah fobia. Buat sementara i tak pakai smart tag. Pakai kad jer.
So PLUS, klu u nak implement semua pakai card, apa kata u upgrade sistem or sensor ker apa yang patut. Make sure semuanya ok. I mean betul2 ok. I tak dapat imagine kalau i langgar palang tu guys...huhuhuhuh nangis!
P/s: Bile semua dah pakai elektronik, apa cerita dengan pekerja-pekerja tol eeek?
P/s 2: I pernah lalu smart tag, palang tak bukak dekat Screen tulis baki tak mencukupi. padahal dah telan Rm17. Padahal lagi Masuk tol Pd exit tol senawang 50 sen jer. Lepas tu baru i ingat masa masuk tol i ambik tiket, masa nak bayar i pakai smart tag. Ntah apa yang aku berangan ntah. Ok tu my bad k. Dah bye!
Nyaris Kena ketuk palang Tol!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
0 Comments:
Post a Comment