Movie atau drama genre romantic komedi yang lepas tengok kita akan cakap aaaarrrrrrr so sweeettt!



Assalamualaikum,

Cuti 3 hari tu buat per ape jer?. Meriah betul bulan September ni kan. Huntunggglah siapa kerja makan gaji tu dapat cuti berbayar. Macam kita orang berniaga ni dapat angin jerlah. Nak suruh pekerja kerja kang kena bayar double pulak…huntunggglahhh hahahah

Bagi orang yang belum gaji tu (macam i) atau yang forever alone (macam I jugek T_____T) Mehlah I nak review movie yang I rasa best untuk di tonton yang bila kita tengok apa jadi lepas tu yang sentiasa terbuntang mata tengok jer tak nak kalih2 mata. Kalu orang sebelah tanya kenapa jadi macam tu, siapa dia tu, yang ni siapa pulak nak jer aku ketukkan. Biadap kacau konsentrasi I jer tau hahahaha. Cerita yang I nak review ni dari 4 negara berbeza.

The Leap Year. (America)



Cerita ni mengisahkan seorang perempuan Anna ni nak melamar kekasih dia mengikut adat irish dimana dalam tahun lompat (leap year) iaitu 29 Februari adalah pada hari tersebut wanita yang akan propose dekat boyfriend dia kiranya once in a 4 years jer this could happend. So, mula-mula dia tak percaya benda supersticious ni. yerlah dah in relationship 4 tahun, tunggu boyfriend tak jugak propose2. So dia buat keputusan untuk propose kekasih dia pada leap year. Kebetulan boyfriend dia ada conference di Dublin. Jadi dia amik keputusan nak melamar kekasih dia di sana. Dia pun plan baik punya by the time tarikh 29 sept tu dia dah jumpa boyfriend dialah. Namun, kita hanya merancang tuhan yang menentukan, masa flight tu ada heavy turbelance dan flight tak dapat di teruskan ke Dublin, kena landing dekat wales. Bukan sahaja flight kena cancel, pengangkutan darat and laut pun tak boleh beroperasi. Anna ni boleh tahan degil gak, dia hire 1 bot ni nak pergi Dublin jugak.Masa dalam perjalanan ribut, ombak semua kuat nak tak nak dia kena berlabuh dekat satu island ni. Kalau terus conform dorang akan karam. So, dia jalan terjumpalah 1 kedai ni. dari sini dia jumpa owner kedai nama dia Declan dan bersetuju untuk hantar Anna ni ke Dublin keesokannya harinya. Declan tu pun setuju sebab dia ada masalah hutang dan perlukan duit. Start dari sinilah macam-macam kejadian berlaku dari kereta kena masuk tasik, Anna kena rompak, terlepas train, kena tdo kat satu cottage ni. owner cottage ni dia hanya bagi orang yang dah kawin jer stay situ. Dah terpaksa dorang berlakon as husband and wife, lepas tu hujan batu pulak terpergi ke wedding orang dan so on. Lepas macam2 berlaku kat dorang n this guy still lagi temankan this girl ni ke Dublin, dah ada bibit2 suka. Tapi this guy ni tak ngurat sangat lah this girl ni sebab dia tau tujuan this girl ni nak ke Dublin. Dorang akhirnya sampai jugak ke Dublin. Sampai2 jer kat hotel si boyfriend Anna ni terus melamar dia. The rest korang tengoklah sendiri. Jangan risau it’s happy ever after ending. Sweet!



Teacher’s Diary (Thailand)

(baru tau true story lepas tengok poster ni)

Mengisahkan seorang guru perempuan yang bernama cikgu Anne yang ditugaskan di tempat pedalaman. Dahlah pedalaman, sekolah atas air pulak tu. Sebenarnya cikgu Anne ni di tugaskan kat situ di sebabkan dia ada tatu. Lepas tu degil tak nak buang tatu tu dahlah tak nak buang melawan pulak tu dengan guru besar. Nah tercampak ko di sana. Dah kena pergi sana ego tak nak kalah guru besar suruh g sana ingat dia akan merayu lah tak nak pergikan. Nan hado, terus setuju. Kemain! Dia pergi dengan lagi sorang cikgu perempuan. Sampai sana ternganga jugaklah dia, tak der elektrik kena pakai generator. But she enjoy teaching. Budak2 pun suka dia. Sampailah 1 day ni, cikgu perempuan yang lagi satu tu nak ke toilet. Masa dalam toilet dah habis urusan dia selesaikan nak jirus air. Sekali tengok kat lubang jamban tu ade muka orang yang scary giler. Apa lagi menjeritlah dia. Rupa-ropanya tu mayat. Terus cikgu tu trauma nak balik. Tinggallah cikgu Anne ni sorang mengajar. Jangan risau tak der eleman seram dalam movie ni.

Jadi untuk mengelakkan kesunyian dia tulis satu diary tentang kehidupan dia kat situ dan juga pasal Long distance relationship dengan boyfriend dia. Sampailah habis akhir tahun. Dengan bantuan boyfriend dia (boyfriend dia cikgu jugak) dan di pujuk oleh boyfriend dia, cikgu ni tadi transfer ke sekolah di Bandar.

Tempat cikgu ni diganti oleh guru lelaki kontrak yang baru bernama cikgu Song. Cikgu Song ni dia ahli gusti dan dia tak tau menau sangat pasal mengajar ni. jadi agak susah jugaklah dia nak sesuaikan diri untuk mengajar kat sekolah tu. First day dia sampai sekolah tu, dia dah jumpa pun diary cikgu Anne tu. Diary tulah jadi pendorong dia terus kekal mengajar kat situ dan bersemangat nak ajar anak murid dia tambahan pulak bila dia balik rumah dia sekejap kat Bandar, girlfriend dia curang. Tu yang bila balik kat sekolah tu semula terus lain macam semangat dia.  

Tiap-tiap hari dia baca diary tu sampailah dia boleh terjatuh cinta pada cikgu Anne tu tadi. Bila dia balik Bandar dia cari lah cikgu Anne ni, dia tanya guru besar mana cikgu ni mengajar. Masa tu dia memang tak der clue lansung rupa cikgu tu. Yang ada gambar kat diary tu gambar tatu cikgu tu jer. Jadi, dia pergi sekolah tu cari tatu tu jer. Actually dia dah jumpa dah cikgu Anne tu, tapi cikgu Anne dah buang pun tatu tu sebab boyfriend dia suruh. Bila dia rasa tak jumpa cikgu Anne dia balik ke sekolah tu semula dan teruskan mengajar macam biasa sehinggalah akhir tahun.

Bila keputusan akhir tahun keluar, keputusan tak berapa memuaskan. Kontrak dia tak di sambungkan. Tapi dia berasa puas mengajar budak-budak tu. Anak-anak murid dia sayang kat dia. Ada 1 scene tu buat I nangis jugaklah. Scene anak murid lain semua lulus, ada sorang budak ni, dia tak lulus, menangis-nangislah dia. Dia cakap bukan salah budak ni, salah dia sebab dia tak pandai mengajar. dia jumpa guru besar tu dan dia cakap dia nak sambung belajar dan akan kembali dengan lebih berkeyakinan. Sempat lah dia Tanya pasal cikgu Anne ni. Guru besar tu cakap cikgu Anne dah nak kawin pun. Hancur luluh hati dia. Kesian tau.

Berbalik pulak pada cikgu Anne ni, style dia, dia suka mengajar combinekan teori dan praktikal. Bukan macam duduk dalam kelas jer. Tapi guru besar sekolah tu tak suka cara dia. Bila dia kat sekolah ni, dia tak berapa enjoy mengajar. dia lebih suka mengajar kat sekolah pendalaman tu lagi. one day, sedang dia mengajar ada seorang perempuan jumpa dia and perempuan ni pregnant. Perempuan ni cakap anak yang di kandung tu anak boyfriend cikgu anne ni. bayangkan lagi beberapa hari nak kawin ni, hancur hati dia tok sah nak cakap lah. Lelaki ni mengaku tu anak dia. Apa lagi terus dia berhenti kat sekolah tu dia jumpa guru besar yang bahagian sekolah pendalaman and mohon nak mengajar kat sekolah tu balik.

Bila dia balik kat sekolah pendalaman tu dia terjumpa diary dia balik. Then diary tu sebenarnya dah rosak sebab ada kejadian ribut dan diary tu masuk dalam air. Punyalah gigih cikgu Song ni berenang cari setiap helaian kertas tu cantum balik jdk diary semula. Orang dah jatuh cinta masa tu kan. dalam diary tu apa yang cikgu Anne tulis adalah dia jawab balik kat tulisan cikgu tu. Seolah-olah apa yang cikgu perempuan tu lalui dia pun rasa yang sama. Dan cikgu Anne lama-lama tersuka dekat dikgu Song tu pulak. Masa cuti weekend dia ada balik ke Bandar dan jumpa guru besar Tanya pasal cikgu Song. Guru besar tu pulak ada simpan gambar cikgu Song tu bagilah kat dia ni. dia pun pergi lah carik cikgu lelaki ni kat apartment dia. Yang bukak pintu tu ex girlfriend cikgu lelaki ni. memang tak derlah kan sebab dia dah tak duk situ. Dia pun lost contact.

Cut it short, bila cuti akhir tahun, boyfriend cikgu ni pujuk2 dia. Dia pun naklah balik semula ke Bandar. Sebelum tu cikgu Song ni ada bagi surat kat anak murid dia nak datang melawat. Time dia datang melawat tu lah pompuan ni nak balik ngan boyfriend dia. Semasa perjalanan tu adalah cikgu Anne ni tanya pasal sesuatu kat lelaki ni. jawapan boyfriendi ni barulah dia realize yang sebenarnya Anne dan cikgu Song ni mempunyai persamaan. So dia stop dia pun balik kat sekolah tu. Dan kat sini lah dorang berjumpa. OMG masa ni I tersenyum-senyum jer tengok. Sweet giler kot. U guys should watch this movie memang fully recommanded. Bukan pasal cintan cintun jer banyak elemeen terutama sekali pasal kesungguhan seorang guru nak anak-anak murid dia berjaya dan betapa pentingya ilmu tu walaupun ko hanya bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan. Dan banyak jugak scene kelakar which u guys akan stay sampai habis cerita tu.

Next….Rich man, Poor Woman (Jepun)

 Ok cerita ni drama series k. ada 11 episaod. I agak cerita ni popular jugak sampai dia buat lagi 1 special episode. Cerita ni ala-ala macam mark zulkerberg, steve jobs, Bill Gates yang nerd berjaya dalam IT  dan menjadi jutawan dalam usia muda dan syarikat dia tersenarai dalam bursa saham bersama seorang kawan dia. Punya lah berjaya company dia ni sampai ramai yang nak menjadi pekerja dia.

Heroin dia (Makoto) pulak seorang budak sains kerja dia duk dalam lab dan selalu failed bila interview di sebabkan confident level yang rendah. Satu hari, company hyuga ni bukak peluang pekerjaan dan this girl ni pun pergilah. Punyalah ramai yang apply penuh dalam dewan. Hyuga pun bagi speech tentang company dia semua dan dia ada cakap sesiapa yang pernah gagal dalam interview lebih dari 2 kali, sila tinggalkan dewan tu. And dia ada cakap something yang dekat this girl macam menghina gitulah. This girl ni tak puas hati, dia pun menjawab. Masa scene menjawab ni giler laju minah ni cakap dan this girl ni punye memori bagus sangat. Sekali baca dia boleh hafal semua. Lepas tu guy ni pun macam jawab balik ewahhhh ko kan sampai dia tersentak bila perempuan ni bagi tau nama dia. Actually this guy ni mak dia buang dia. Dan dia di besarkan di rumah anak2 yatim. Bila besar dia cari mak dia. Kebetulan jugak, sebenarnya dia pernah jumpa this girl ni. Jadi this girl ni nak jadikan dia outstanding dari applicant lain, dia guna nama mak laki ni. Jadi bila this girl ni guna nama mak laki ni, laki ni sentiasa ingat sapa dia.

Esoknya dia hire this girl jadi trainer. Di sebabkan this girl ni ada kebolehan menghafal yang sangat cekap, dia jadikan perempuan ni seorang executive untuk menambat hati seorang menteri wanita ni nak dapatkan tender. Cut it short, dorang berjaya dapat tender tu. But 1 hari, menteri tu ada datang Uni this girl ni dan ternampak girl ni dekat U tu pakai lab coat and baru dia tau this girl ni sebenarnya student lagi dan dari situlah kantoi. Oh ya, gurl ni kerja dia menyamar jer, bila tak di perlukan dia tak kerja dengan company lelaki tu.

Bila dah kantoi, tender tu serta merta di tarik. Tapi this girl ni dah rasa serba salah, dia pujuk menteri tu. Menteri tu punyalah sakit hati, sampai tak nak jumpa this girl ni. tapi this girl ni tak putus asa, duk dalam hujan semata nak jumpa menteri ni. lama-lama menteri ni cair. Dan dia bagi balik tender ni dekat that guy dengan syarat dia kena hire this girl ni jadi intern dekat company tu.

Kerja dekat situ macam-macam hallah antara lelaki tu dengan this girl. Kiranya macam love-hate relationship gitu. Selalu jugaklah this girl ni kena buli which lama2 dorang suka sama suka tapi this guy ni macam biasalah ego kan tak nak kalah. I tengok pun sakit jiwa rasa nak ketuk kepala dia lembap sangat kan nak ambik action.
Klimaks cerita ni, bestfriend lelaki ni aka partner dia tikam dia dari belakang dengan menjual database pada musuh lelaki ni yang actually dendam dengan hero tu sehinggalah this guy lost dia punya saham dalam syarikat dia sendiri. Hari dia di buang dari syarikat adalah hari terakhir girl tu punya internship. So memang tinggal sehelai sepinggang lah lelaki tu. Harta semua kena jual sebab dia ada buat perjanjian apa so dia kena bayar.

Masa lelaki ni tak ada apa2, this girl ni tolong lelaki tu bagi semangat, sampai dia turn down offer yang bagus semata-mata nak tolong lelaki ni. lepas tu lelaki ni start up company baru, this girl nilah tolong dia cari customer semua, ajar lelaki ni macam mana nak berkomunikasi dengan customer sebab lelaki ni yerlah dah biasa duk atas, bila cakap dengan customer macam bagus lah. Ego tak nak kalah kan. dari 2 orang jer kerja jadi sampai 5 orang. 3 pekerja dari syarikat lama lelaki tu ikut dia. And they doing very good dengan new company.

Satu hari this girl ni ambik cuti tak datang-datang kerja. Lelaki ni mengelabahlah mana girl ni pergi, macam 1 sayap dia dah hilang. Call tak nak jawab. Sebenarnya this girl ni dia dah kerja lain, dia kerja lab di establish company dia buat macam tu sebab dia rasa dia tak boleh lagi bersama dengan this guy ni lagi sebab hati dia sakit dia rasa macam cinta dia tak berbalas. Akhirnya lelaki ni dapat jumpa perempuan ni. dia Tanya kenapa perempuan ni buat macam ni dekat dia. Dan this girl explain perkara sebenar. This guy ni bongok nya dia rasa benda yang sama kat this girl tapi tak nak ngaku.

Dia pun biarkan girl ni pergi macam tu jer. Lepas tu tau pulak rindu tapi still ego EGOO!. Sehinggalah keluar 1 berita pasal company lama dia. Bestfriend dia dulu kena tangkap leak pasal database tu kan. jadi dia kena take over balik company tu, sebab company tu dah hamper muflis.

That girl tu atas sebab bijak sangat, majikan dia nak hantar dia kat luar negera kerja dekat sana. Masa lelaki ni dapat tau girl ni kena kerja luar negara dia marahlah dekat girl ni kenapa sampai kena kerja dekat oversea punyalah marah samapi dia ada hina pekerjaan perempuan nilah. Perempuan ni pun marahlah dia balik kutuk this guy jugak.

Masa nak berlepas, this girl ni tak cakap pun bila dia nak pergi, this guy call banyak kali tak berangkat sampai jumpa dekat airport. Masa scene ni kelakar giler, this guy ni pun confess perasaan dia kat this girl ni. tapi this girl kerja jugak dekat luar negara. This guy ni lepaskan jugak girl ni kerja kat oversees, dan dia cakap tak per walaupun dia berjauhan adalah 1 tugas dia untuk mendekatkan hubungan dorang tu. Yer ar lelaki ni terror programming. Dia ciptalah 1 program online untuk dekat dengan girl ni. cerita ni dah lama, masa tu tak der whatsapp lagi k.

Penat pulak I review..ok yang ni last. I janji.

Next one is My PS partner.

 (sebenarnya I minat dekat jisung ni sebab dia berlakon best and dia super handsome, search lagi movie pasal dia. Tengok dia berlakon ingat cerita apa..rupa-rupanya T____T aci tak reason i tengok cerita ni? sumpah i tak tipu!)

Yang ni errrrrrmmm adult movie. Apa tu PS? Korang tengoklah. Although cerita ni ada unsure-unsur sensor but that’s not the point. Scene tu pun tak berapa banyak korang tutup jelah mata. Cerita dia mengisahkan tersilap dail phone nombor boyfriend dia dengan stranger. Lama-lama dia dengan stranger ni boleh jadi kawan baik. Selalu masing-masing cerita masalah masing-masing and then 1 hari atas satu kejadian dia ambil keputusan nak jumpa this guy ni. sebelum ni this guy nak jumpa dia tapi dia tak nak sebab this girl ni dah ada boyfriend. Bila dah jumpa hubungan dorang jadi serius, macam this guy ni dah jadi kekasih gelap and this guy ni sebenarnya lagi caring dari boyfriend dia. One day, this girl ni ambil keputusan untuk hentikan semua ni dan dia nak balik dengan boyfriend dia sehinggalah boyfriend dia propose dia. Lelaki tu kecewalah this girl ni buat keputusan macam tu tetiba tak nak dah kawan dengan dia.

Bila this girl ni bertunang, dia tak happy padahal sebelum ni, ini lah saat yang ditunggu-tunggu sebab dia dah couple dengan boyfriend dia lama. Dia pun rasa tak best, dia pergi ke rumah that guy I rasa dia nak confess dekat guy tu, bila sampai that guy keluar dengan ex girlfriend dia. Ex girlfriend tu nak dekat guy tu balik. Terus that girl tadi tak jadi nak bagi tau. Jadi konon2 dia nak cover kenapa dia jumpa lelaki tu, dia bagi kad jemputan kat that guy. They pretend macam tak der apa2.

Bila that girl dah blah dia keluar dengan ex girlfriend dia, dia berjalan dengan ex dia tapi dalam otak dia duk pikir pasal that girl. End up dia cakap sorry dekat ex dia, dia dah tak der perasaan pada dekat ex dia.

Masa pun berlalu, on the wedding day girl tu, ada 1 kejadian yang buatkan dia sedar actually dorang cinta 1 sama lain tapi this guy ni tak confess dekat girl ni yang dia cintakan this girl ni terus dia pergi wedding that girl. Masa scene ni kelakar giler. Dia boleh pergi dekat wedding tu pergi nyanyi lagu panties. Lagu tu pasal hubungan dia dengan girl tu. Mau tak ngamuk boyfriend girl tu. Boyfriend tu marah2 sampai this girl ni terus naik angin jugalah. Dia kantoi kan boyfriend dia, actually boyfriend dia pernah curang ngan this girl. Tapi dia diam jer. Perempaun yang boyfriend dia curang tu pun attend wedding dorang jugak. Habis rosak majlis dia. Last2 that girl lari dari majlis tu, lelaki tu sempat tahan dan dia cakap dia cintakan perempuan tu. Perempuan ni masa tu tengah emo dengan malu lagi majlis dia chaos terus dia lari gitu jer.

Masa berlalu, perempuan ni dengan lelaki tu dah lost contact. Perempuan ni ada butik  dia sendiri which is dia suka design2 baju dalam, baju tidur semua hahahah. Lelaki tu pulak dah popular sebabkan lagu dia nyanyi dekat majlis perempuan tu jadi hit pulak. 1 hari lelaki tu ada program dekat radio, dorang bukak pangilan pada pendengar untuk nyanyikan lagu lelaki ni. so this girl ni nyanyi lagu tu tapi menyamar nama lain. Lama-lama lelaki tu dengar lagu yang dinyanyikan girl tu terus dia dapat cam suara tu and dia suruh stop that girl nyanyi. Dan dia Tanya that girl ni dia pakai panties apa. Terus cerita ni ending gitu jer. But seriously guys cerita ni kelakar. Tapi tulah untuk 18 tahun ke atas tau.

So sekian sahaja review dari i. Terima Kasih dan tahniah Berjaya habiskan entry yang super panjang ni.

I sudahkan cuti 3 hari dengan ini..nyummms



 The End. So sweeeeeeeett!








0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.