Assalamualaikum,
Kadang-kadang melayan perangai customer ni kan, bila kita cakap b***h kang marah pulak. Tetiba keluarkan pulak akta customer always right sangat kan.
Ada sorang customer ni dua bulan sudah datang bengkel untuk servis. Servis biasa saja k. Pakai LO, bukan pakai cash. Payment 2 bulan baru dapat k. So, kereta dia breakdown hari ni. Puncanya timing belt putus. Boleh tak dia komplen kita orang tak buat kerja. Isunya disini timing belt kereta ko putus, apa kena-mengena servis dengan timing belt? Tau tak servis tu apa? Servis tukar minyak. Timing belt tu tanggung jawab kolah. kena tau berapa millage kereta ko yang patutnya kena tukar. Dah ko tak request, takan kita orang yang bengkel ni memandai nak tukar timaing belt.
Driver ni boleh cakap dekat person incharge dia request major servis. OOOOOOiiiiii Hakak rasa nak carutkan aja. Otak sila letak kat tempat yang sepatutnya. Ko pergilah mana-mana pusat servis, hatta honda ker, mitsubishi ker, major servis tidak termasuk tukar timing belt. Timing belt akan di tukar mengikut millage kereta ko. kalau dah 80k ke atas seelok-eloknya tukarlah dalam manual book kan ada sayanggggggg!Bila tanya millage dah berapa? boleh cakap tak tau. ko rasa?? aduh duh duh. Cepat jugak hakak ni kena sakit jantung tau.
Bila person in charge check dia punya request form. Boleh dia letak servis jer. Mana major servis kau tu. Lepas tu nak salah bengkel tak buat kerja. Ni mesti dah kena marah dengan bos, nak selamatkan diri letaklah kesalahan tu pada bengkel. Lepas tu canang kat orang yang bengkel kita orang tak bagus. Aku rasa ko punya belting dalam otak pun dah putus. Haaaaa... geram pulak aku!Sekarang rasakan berapa ribu ko kena repair. Hadaplah!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
0 Comments:
Post a Comment