Bila member-member i datang PD lepas tu tanya zarina kat mana makan sedap. I IS STRESSSSSS ok.
Serius kalau kat PD i memang jarang makan kat kedai. Alahai nampak menipu nauuu kan. Betul korang hari ni hari jumaat i tak tipu. Nak tunjuk rajin sangatlah masak tukan. Nehi ok!.Cer cerita kalau dah tempat kerja sebelah rumah jer. Lunch dah sah2lah i makan kat rumah kalau i tak makan nanti jadi anak derhaka pulek. Balik kerja, bila dah duk umah nak keluar balik untuk dinner memang bercintalah. Sanggup lapar nih.
Kalau makan kat luar pun selalunya balik2 tempat tu jugaklah i pergi. Pernah gak try makan kat tempat lain lepas tu sekali jelah. Sebab food tak menepati piwaian tekak i. So memandangkan esok sabtu and u know PD pantai peranginan Negarakan. Sekarang dah tak kira cuti sekolah, public holiday, tengah bulan i tengok PD ni penuh jer terus bertukar jadi hawaii pulak dah Yang bawak kereta macam bapak dia punya jalan tu i taulah org luar lah ni. Tambah lak kalau lalu tepi laut, eh ko nak berkelah tengah jalan ni apa kan. Yang kita ni membontot dia plak nak potong tak boleh kiri kanan penuh kereta.
Ok kalau korang dtg PD i suggest tempat ni. Fully recommanded. Amboi kemain rekomen kat orang kan. Sekali orang tak suka matilah nak.heheheh. Ini adalah tempat favourite kalau i nak makan rojak melayu. Kedai ni dah lama. Mak i cerita masa kita orang mula2 pindah sini kedai ni dah wujud dah. Sekarang anak2 dia dah amik alih. Orang lama dah tak der dah. Selalu i mintak rojak mee. Rojak dia banyak ada tahu dengan macam cucur udang tu tapi tak der udanglah and kuah dia sedap giler, ada rasa pedas baru lah kick kan.
Lokasi dia dekat simpang tiga trafic light yang kalau kau arah telok kemang, kena lepas trafic light lepas tu kedepan sikit untuk U turn. Kalau dari arah PD sebelum trafic light ada masuk jalan kecik nak g kedai dia. Ala dekat ngan King Char Kuey Teow yang pun kena bayar GST tu. hahahaahh berbulu jer mak i dengan kedai tu. Dulu sedap giler kot. Tapi sekarang tak berapa maybe dah tukar cook agaknya. Oh kedai ni bukak siang jer. sabtu and ahad suka ati dia nak bukak. Kadang2 i tengok bukak kadang tak bukak. So nasib koranglahhh kahhh!
Kedai Pak Leh nama di beri. Not sure ada signboard ke kedai tu eek |
Kuew Teow Goreng Basah with cili jeruk baru cenggini ahhhhh! |
Padahal tadi i cerita rojakkan? Ok sampai jer sini keperluan tidak selaras dengan kehendak. Apa ada kisah rojak kita bungkus ikat tepi.
K bye
0 Comments:
Post a Comment