Assalamualaikum,
Sempena cuti raya deepavali semalam, I merajinkan diri untuk
memasak nasi tomato ya Ampun sedap tambah 2 kali nak tambah 3 kali malulah plak
terpaksa ku tahan jebat nama di beri. Nampak tak nampak tak? Punyalah sedap
sampai nama dah boleh buat drama bersiri dah kan.
I bukanlah pakar memasak, I ingat dulu bila nak masak
punyalah I hafal step by step nak masuk apa dulu, lepas tu nak masuk apa.
Gabralah jugakkan. Sampaikan sebelum masak pun 2 3 jam tu dalam kepala otak
pikir mak ajar dulu cam mana eek. Padahal dia baru ajar 2 hari lepaskan.Lepas
tu tanya mak macam mana ari tu mak ajar masak lauk ni eek. Mak I pandang kecik
besar besar besar( takleh cakap kecik besar kecik besar sebab I sentiasa
membesar jerk kan
T____T)Tapi tu dululah, sekarang boleh dah I masak untuk tetamu2 nak datang. Setakat
goreng2 lah tapi, cukuplah rasa garam nya di tambah lagi masak dengan penuh
kasih sayang kan
and so far tak der sapa lagi yang sakit perut lagi. Alhamdullilah. Dah boleh kahwin sangat dah
ni. So bila nak masuk meminang? Tetiba sangatkan! Heheheh
Ok nak masak nasi tomato versi I ni senang sangatlah. Bahan2
pun simple tak perlu nak beli tomato, tomato puri, minyak sapi bagai semua ni.
Jadi bila tetiba husband bagi tau, “Yang kawan2 opis I nak datang lunch” Masa
tu dah pukul 10 pagi. Jangan lah cemas sangat. Kita lek2 kita wat pis. Tapi
sekali ni jerlah kalau dah selalu sangat wat cam ni ko tinggalkan jer rumah,
biar laki ko masakkan. Amboi dia suka bagi short notice sangatkan hahahaha.
Untuk di jadikan juadah raya pun boleh. Masa ni bolehlah
tunjuk betapa tereernya ko kan
boleh challenge dengan ipar duai lain. Dari senarai ko tercorot menantu pilihan
terusssss zaaappppp! Naik ke atas (eh, macam pernah ku dengar dialog ni). So
guys let’s do this!
Ok! THIS IS A MASTERPIECE GUYSSS!
Tadaaaaaa…..
Yes u perlukan ini. Walaupun peket kecil ianya bisa
mengocangkan perut.
Bahan kedua
Bahan ke tiga
Beras basmathi. I guna beras basmathi faeza. Sebelum ni I pakai beras basmathi tesco jer. Sedap jer rasa jugak nasi tomatonya.
Beras basmathi. I guna beras basmathi faeza. Sebelum ni I pakai beras basmathi tesco jer. Sedap jer rasa jugak nasi tomatonya.
Cara-cara dia, Walaupun dekat paket belakang tu ada tulis
caranya ambil mentega 3 sudu then masukkan 1 paket perencah tu tapi macam yang I cakap untuk nampak expert kenalah ada benda sikit
untuk di tumis. I akan hiriskan bawang merah dalam 3 ulas, kayu manis, bunga
cengkih, bunga lawang bagi rasa tu lebih ummmppphhh jadi bila orang selak2 nasi
ko nampak ada bahan2 tu tadi nampak lah ko masak from scratch. Skill perlu ada
beb!hahahahaha. matilah nak. I tumis pakai planta. Sebelum ni I pakai mentega,
but I rasa pakai planta lagi sedap.
Kemudian masukkan 1 paket perencah nasi tomato, tumis
sekejap dan masukkan air 2 tin(2 tin sebab I sukat beras 2 tin) Masukkan
sedikit garam. 1 paket ni sesuai untuk 2 pot nasi. Selepas mendidih air tu tadi masukkan
beras yang sudah di basuh. Kacau, dan masukkan setengah tin susu sejat.
Masukkan juga kismis atau gajus up to u kalau nak letak kacang pis pun boleh. Lepas tu tutup tudung periuk and tunggu jer siap masak.
Senangkan? Senang bangat deh!. Sesuai untuk wanita berkerjaya macam kita. Mudah
ringkas dan paling penting sedap, suami suka, kita suka, anak2 suka, perut
kenyang hati girang.
I masak dalam rice cooker jer senang |
Sementara nak tunggu nasi masak, bolehlah goreng ayam untuk lauk nasi tomato. |
Ayam masak merah walaweiiiii! |
Lepas masak jer terus i ngap. Tak menahan sangat. Padahal pagi tu breakfast makan cekodok berketul-ketul. Lepas tu pulak siap masak ni pukul 11.30 Pagi. Ko breakfast ker lunch zarina T_____T |
Selamat Mencuba!
Bye
Bye
0 Comments:
Post a Comment