From Left: Ji Ho, Se Hee, Soo Jin, Mr Ma, Ho Rang dan Wan Seok. Semua pelakon-pelakon ni berjaya bawa karakter masing-masing dengan hebatnya. Daebakkk! |
"Going Through this life is the first time for all of us anyway" (Ayat comfort dari Se Hee ke Jiho bila Jiho down masa pertemuan pertama mereka)
Dalam kehidupan yang kita ni lalui ni mesti kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan dalam membuat keputusan. Kadang-kadang keputusan tu datang dari pemikiran yang tidak matang, pengaruh dari orang sekeling dan juga kata-kata hati yang mengikut emosi. Lantas, bila kita tersedar kita perbaiki semula dan simpan sebagai rujukan dan di semat jauh2 dalam sudut hati dan terpahat dalam pemikiran supaya perkara yang sama tidak berulang. Bak kata pepatah mat salleh what is done is done. Tepuk belakang bahu, pujuk diri sendiri cakap yer aku buat silap. Jangan sekali-kali kita nak menangkan hati supaya kita tidak terus menerus dalam keadaan "denial". Rendahkan sikit ego. Sikit jer takan memudaratkan diri pun.
Lalu kita bangkit semula, macam mana ribut taufan sekali pun kehidupan perlu di teruskan sebab kita "survive". Kehidupan ini sendiri survival. Ini semua di sebabkan kehidupan yang kita lalui ini adalah buat pertama kali dalam hidup kita.
"It's not like you know all about today just because you lived yesterday"(Ayat dari Ji Ho yang membuka perspektif baru tentang kehidupan sekaligus membuka pintu hati Se Hee semula)
Kematangan seseorang bukan datang dari faktor umur. Di sebabkan kau dah merasa garam, tidak bermakna kau dah merasa masinnya lautan.
Di sebabkan kita pernah lalui perkara yang pernah kita buat sebelum ni tapi apabila kita buat perkara yang sama dengan orang yang berbeza. Itu tetap pertama kali perkara yang kita lakukan. Pengalaman sebelum ni mengajar kita apa yang patut kita buat dan apa patut yang kita tak buat. Jadi jangan takut untuk mencuba lagi, mungkin keputusannya berbeza.
Drama ni berkisarkan Nam Se Hee yang hidup dia hanya concern nak bayar hutang rumah, kucing dan diri dia sahaja. Ji Ho seorang penulis drama, yang tiada rumah dan tiada kemampuan nak menyewa rumah di sebabkan tak mampu nak bayar deposit. Peluang datang bila Se Hee offer sewa bilik tanpa deposit dan hanya bayar 300 sebulan sahaja dengan syarat kena bersihkan rumah dan bagi kucing dia makan on time dan kemasukan segera. Ji Ho dapat tau ni dia terus setuju. Walau bagaimnapun Se Hee ingat Ji Ho lelaki dan begitu juga sebaliknya.
Actually dia orang pernah jumpa sebelum ni. Dalam pertemuan pertama si Ji Ho telah kiss Se Hee dekat bus stop di sebabkan tertarik dengan ayat-ayat pujukan dan semangat kepada Ji Ho bila Ji Ho ternampak crush dia sebenarnya dah ada girlfriend.
Bila dua orang ni terkantoi yang sebenarnya mereka serumah (part ni kelakar giler) Se Hee dah berbelah bagi nak terus bagi sewa kat Ji Ho. Pada masa yang sama dia sangat berpuas hati dengan Ji Ho yang menyewa rumah tu sebab Ji Ho ikut syarat tu perfectly dan Ji Ho ni sebenarnya penyewa dia yang ke lapan. Memang susah nak bagi sewa kat orang lain and Ji Ho memenuhi kriteria dia tapi sayangnya dia perempuan.
Dia teruskan juga bagi sewa pada Ji Ho, Tapi suatu hari mak Se Hee datang dan dia disapprove sebab keluarga dia masih lagi pegang pada budaya lelaki tidak boleh duk serumah dengan perempuan. Jadi Ji Ho ambil keputusan untuk keluar, dan ada 1 kejadian menimpa dia dan dia balik semula ke rumah Se Hee. So, both decide untuk berkahwin kontrak. Dari situ timbul konflik perhubungan dorang. Dari Se Hee a heart broken person di sebabkan kekasih dia tinggalkan dia 12 tahun dulu dan ambil keputusan tutup hati dia pada wanita lain dan Ji Ho seorang yang tidak pernah bercinta di sebabkan kesibukan kerjaya dia. Sebab itu nama tajuk drama ni "because this is my first life". Kadang-kadang cerita korea ni pelik2 tajuk drama dia. Lepas dah tengok oooo baru i paham. Dan setiap episod ada "Because this is my ........".
So guys, u should watch this drama. Banyak pengajaran yang dapat dari cerita ni terutama yng melibatkan sesuatu perhubungan. Ada 16 episod kesemuanya dan sekarang sudah episod ke 14. Tapi di sarankan untuk tunggu drama ni habis baru korang download, kalau tak jadi macam i, dah angau tambah sekarang tengah episod sedih dengan aku2 sekali teremo.
Tapi for sure, tabik dengan scripwriter. Cerita ni i rasa dia bukan buat saja-saja. Banyak dia buat research and i rasa writer nim banyak membaca dan juga banyak tengok movie. Sebab setiap ayat-ayat dia relate dengan buku dan movie dan dialog2 di utarakan pelakon sampai kat hati kita ni. Walaupun orang kata ala drama jer pun bukan realiti tapi sedikit sebanyak terkesan juga dekat hati terutama yang melibatkan perhubungan. Memang drama ni i rasa berpijak pada realiti kehidupan seharian kita.
Di samping watak Se Hee dan Ji Ho, Ada lagi 2 Couple yang watak dorang bawa as strong as pelakon utama. Ji Ho ada 2 orang sahabat baik. Sahabat dari sekolah lagi sama-sama berhijrah ke Seoul. Ho Rang couple dengan Wan Seok. Dah Couple 7 Tahun tapi tak kahwin2. Ho Rang nak kahwin, Tapi Wan Seok tak bersedia. I rasa dia takutkan komitmen. Wan Seok ni seorang free lance program developer, tapi kerjaya dia tak berapa memberansangkan. Tapi dia happy dengan life dia walaupun tak berapa nak ada duit sangat. Ho Rang Banyak support dia.
Paksa Wan Seok untuk propose. Wan Seok propose juga but at the end dia tak happy dan Ho Rang juga tak happy di sebabkan 2 orang ni mempunyai keinginan yang berbeza. Di sebabkan keinginan berbeza salah seorang kena berkorban apa yang dia suka semata-mata nak mengembirakan hati pasangan dia. Apa yang nak di sampaikan writer nim dekat sini, i boleh concludekan tak semestinya bila kita mencintai seseorang tu kita memiliki dia. Kita kena belajar untuk melepaskan. Lepaskan bukan kerana tak cinta, tapi ada orang lain yang boleh mainkan peranan tu dan boleh beri lebih apa yang kita bagi pada pasangan kita. Kalau i pun, buat apa bercinta lama-lama kalau tak der arah tuju kan? Seolah-olah dalam masa depan pasangan kita tu kita ada ker tak? At the end sebelum jadi racun baik blah. So this is not healthy relationship.
Pasangan ke 3, Soo Jin dan juga Mr Ma. Soo Jin ni dia cam naughty sikit. Seorang yang berkerjaya hebat dan di sebabkan dia seorang perempuan yang belum berkahwin dalam colleague dia, dia selalu jadi sasaran lawak-lawak lucah ketua dia. Mr Ma, seorang CEO Company yang develop Mobile App selalu pertahankan Soo Jin ni. Dia ada hati dengan Soo Jin, mula-mula jual mahal jugaklah Soo Jin but lama-lama tersuka. Kalau i, I suka calon suami macam Mr Maa. Kelakar, selalu ambil berat dan berfikiran sangat matang. Walau pun Soo Jin ni suka cakap lepas tapi dia patahkan ayat-ayat Soo Jin dengan kata-kata bernas sampai terdiam jugaklah Soo Jin ni.
Overall, memang cerita ni best. Dari OST, pelakon-pelakon, dialog-dialog dia buat kita terfikir sama, editing best dan ada pengajaran dia.
Jadi apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama "Sugar High".
P/S: Personally, i macam Se hee, takut nak mencuba lagi di sebabkan tak nak ada hati yang tersakiti dan di sakiti. But Ayat "It's not like you know all about today just because you lived yesterday" buat minda i terbuka and macam menyentuh dalam hati. So siapa nak bercinta dengan i? eh? heeeeeee!
Bye.
0 Comments:
Post a Comment