Siapa ada masalah bila cucuk USB dekat phone bila cabut dia akan bagi warning not safely remove macam tu? saya saya saya!! sendiri tanya sendiri jawab boleh? huhuhuhuh. Masalah ni selalu terjadi pada i sebab lepas dah habis transfer jer terus i cabut. Masa beli hari tu, i tanya budak tu boleh cabut camtu jer ker. Sebab dia demo i apa function USB tu. Budak tu pun cabut gitu jer. Lepas tu kan kadang-kadang kita dah transfer dalam USB dah ni, bila check dekat PC tengok tak der pun gambar tu. Dah satu keje nak cucuk balik dekat phone and kena transfer balik sekali lagi. Lepas tu masuk kat PC pulak, PC tak dapat nak detect USB pulak. Arghhhh sudah!
Sebabkan selalu sangat dapat warning not safely remove tu, i macam tak puas hati. godek sana godek sini dekat phone tu tak jumpa jugak caranya. Bukan apa i cuak jugaklah kan. I nak pakai phone ni lama. Tak der bajet nak pakai yang baru. Tambahan pulak dalam phone ni macam-macam benda kita letakkan. Passwordlah, no akaun lah, banyak maklumat penting dalam tu.
Jadi i googlelah cara nak remove safely USB dari phone. Bila tengok oh macam tu rupanya. Senang jer tu!. Ok caranya adalah
Pertama sekali pergi dekat setting.
Tap pada storage |
Tap pada My USB Storage |
Tap pada Unmount USB Storage |
Lepas dah tap Unmount USB storage tadi, pop up message akan keluar macam ni. Tekan jer OK |
Yeay dah boleh remove dengan selamatnya |
PS: Benda ni apply untuk smartphone user jer. Pengguna nokia 3310 tidak di benarkan sama sekali. Hahahahaahahah ok tak kelakar
K bye!
0 Comments:
Post a Comment