Assalamualaikum,
Sekarang ni sana sini kecoh pasal GST dan SST. Masing-masing keluar kira-kira sendiri, GST bagus, habislah SST dah jadi 16%. GST dulu bayar 6% jer.
Yang kecoh2, dok kalut tu pulak orang yang tak der kena mengena kena bayar SST. Sebelum ni kita pakai SST tak dak lak kecoh2. Even, tak tau pun kewujudan SST ni. Kerajaan dah terang kan hanya pengeluar/kilang yang di kenakan SST, lepas tu cukai perkhidmatan 6% dikenakan pada restoran2 mewah.
Pengalaman i, sebelum ni masa nak wujudkan perlaksanaan GST, diorang cakap harga barang akan turun. Lepas tu peniaga yang sales RM500 ribu di wajibkan untuk berdaftar GST. Yang i dulu relax jer sebab sales tak sampai pun 500 ribu. My sis dengar cakap-cakap orang, macam kita ni kontraktor di wajibkan sebab nanti susah dapat projek. Dah last2 minute pergi lah berdaftar. Projek tetap tak dapat..hahahahaha
Ikut pemahaman i lah, dulu di mansuhkan SST 10 % dan di ganti dengan GST 6%. Maknanya dari pengilang lagi harga akan turun seterusnya akan di naikkan ke level seterusnya. Kalau kena lalui 4 level sampai 24% lah jadinya. Tapi bila i tengok harga spare part, sama jer macam harga yang ada SST sebelm ni tambah lak lagi 6%. Kata ari tuhhh tuwunnnnnn. Lepas tu lagi, kenapa tarik subsidi minyak masak, petrol. Duit GST kutip banyak2 tu pergi mana.
Macam i, Sales untuk walk in customers memang i tak charge GST, GST tu i tanggung sendiri. Rasa kesian pulak nak charge customer lebih2. Patutlah i tak kaya2 macam alifshukri. Sales untuk government memanglah kena charge. Tak boleh lari sebab job dengan government dorang ada sistem perolehan sendiri yang dah siap calculate GST.
Bagi i lah, harga barang memang tak kan turun. yang turun hujan jer. Jadi bagilah kerajaan baru ni peluang tadbir dulu macam mana. Yang menyokong kerajaaan sekarang pun dulunya adalah penyokong kerajaan terdahulu. Kerajaan terdahulu sepatutnya muhasabah diri kenapa rakyat menolak. Buat post mortem. Ni nak juga tak nak kalah. Cakap rakyat di gula-gulakan dengan manifesto kerajaan PH. Halooooooo yang menyong kerajaan PH tu ingat budak2 tadika ker. Ramai jugak golongan profesional yang menyokong.
And one more thing, stop calling people macai2. Lepas tu memadankan muka orang dengan perkataan "haaaa kan dah kena kencing, apa macam hancing tak". Ni negara demokrasi, setiap orang ada hak memilih. Respect other people choice, so that people respect yours. Kitakan rakyat malaysia yang terkenal dengan adab dan sopan santunnya. Mana pergi semua tu. Semua benda nak di politikkan. Apa kata kita semua bersatu, nikan negara kita. Nak tegur biarlah cara berkhemah.
Kalau other people sokong yang tak sama pilihan dengan kita, janganlah cepat nak membanggangkan orang. Kalau macam tu baik jadi macam korea utara. Dari bapak turun kat anak jadi PM. Tak payah adanya pilihan raya.
Sekian dari YB Zarina
K bye
Tentang pendapat 2 sen aku berkenaan GST dan SST
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
0 Comments:
Post a Comment