Beza emma maembong bukak tudung dengan i bukak tudung

Assalamualaikum,

Personally suka dia pakai tudung nampak sejuk jer hati ni memandang =)
Actually malas nak ulas pasal isu ni. Tapi memandangkan my friend timbulkan cerita pasal emma maembong ni terus tercetus idea nak menulis kat sini. Sekarang ni kecoh pasal si emma ni. Dekat ig penuh time line pasal dia saja. Lepas tu bila klik kat gambar beratus ratus komen netizen. Ada yang maki, yang tazkirah, yang back up. Korangggg punggg amboi amboi amboi.

Masa mula2 kecoh gambar dia terlepas sebab tak pakai tudung tu macam terkejut jugak. Marah ada sedih pun ada. Then keluarlah segala kata2 makian netizen. Tapi i peliklah yang maki2 tu di sekelilingi oleh orang2 yang beriman dan soleh ker?sebab kalau dia di kelilingi orang2 yang baik dia takan keluar kata2 macam tu. Terus i rasa macam kesian pulak kat dia. Who knows kan. Kita tak berada dalam situasi dia. Bila kawan i cakap pasal isu bukak tudung ni dalam whatsapp group, i pun reply "nak pakai tudung ni senang, nak istiqamah tu susah. Tambah lagi dia dalam entertainment industri yang mementingkan fizikal dan kecantikan". Nampak tak kematangan i menjawab?hahahahah

Weiiii memang hari2 kalau pergi kerja, kalau keluar berjalan senang nak pakai tudung. Tapi part yang susah tu bila kita nak keluar jemur kain, bila nak keluar g buang sampah yang hanya berapa jengkal kat luar rumah tu, yang nak duduk saja2 depan rumah. Belum masuk lagi kalau saudara2 datang. Abg ipar kita yg sepatutnya kita kena bertudung tapi kita rasa, alah abg ipar macam abg sendiri gak. Nak g buang sampah tak sampai berapa saat pun takan nak pakai tudung gak?haaaaa itu yang i maksudkan susahnyer istiqamah. The struggle is real. Belum masuk lagi dari segi pakaian. Masih lagi pakai seluar ketat walaupun baju tu labuh. Masih lagi tak berstoking. Kalau panas selising baju lengan tu sampai ke siku. Susahhhhh wei!

Kadang2 kan bila kita rasa diri kita ni macam baik. Terus senang jer kita nak labelkan orang tu pendosa, ahli neraka. Tapi bila 10 years challenge tu berebut rebut masing up kat ig. Boleh jer tak pakai tudung kan. Siap ada yang pakai sleeveless kot.

Pasal emma bukak tudung, i pernah berada dalam situasi tu. Masa sekolah i elok jer bertudung pun. Masuk diploma masih lagi bertudung. Bila masuk degree haaaa dia dah keluar setan dia sikit. Pergi kelas jer bertudung and area dalam universiti. Bila lepak2 keluar hilang dah tudung tak jumpa..hahahah..Lepas tu masuk alam pekerjaan terus tak pakai dah. Until i masuk 30 tahun. I rasa masa tu cukuplah. Rasa dah puas enjoy. And i rasa bertudung membuatkan i selamat dari pandangan yang tak sepatutnya. Tapiiiii sebab i bukan artis no body caress..Itu bezanya.

And i rasa bukan i jer berada dalam situasi tudung on off ni. Ramai jer di luar sana. Kadang2 orang sekeliling kita jugak. Tapi kita tak aware atau kita nak jaga hati dia or kita bias sebab dia ahli keluarga kita. Doakan yang baik. nanti yang baik2 datang ke kita juga.

Hari ni jumaat gaiisss kadang2 nak tazkirah kat diri sendiri. Sebab kita semua pendosa. Kadang2 kita lalai. Jadi marilah saling sama ingat mengingati.

P/S: Pagi tadi, dengar tanyalah ustaz kat tv3. Ustaz tu cakap bila dah akil baligh dosa kena tanggung sendiri. Kalau perempuan belum kahwin dosa sendiri tanggung sendiri. Tiada istilah dosa bapak dia tanggung. Cuma, bapak dia di pertanggungjawabkan napa biar anak jadi lagu tu.

#donetazkirahjumaat

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.