Borak-Borak KAWALAN PERGERAKAN #DAY7

Assalamualaikum,


So, hari ni i decide untuk menjadi produktif. And i did!..Itulah, sebenarnya boleh jer jadi rajin. Kata lawan untuk malas, rajin lah kan. Tapi mandi tetap tengah hari..kah!

Hari ni, macam biasa pagi buat brekfast duk depan TV tengok korea. Memang tiap2 hari pun i akan buat macam ni. Sebab bagi i, time pagi lepak tengok TV, breakfast, suasana sunyi tak der sape kacau. and this is my me time. I jarang tengok movie malam2. Selalunya malam abg i conquer tengok TV. Lepas dah tengok 1 episode, baru i akan siap2 untuk pergi kerja.

Jadi, dalam tempoh Kawalan pergerakan ni jadual dah agak berubahlah sikit. Sebelum ni 1 episode, i sambung lagi 2 3 episode. Hahahaa so semua kerja akan jadi slow. Tapi hari ni, lepas dah tengok movie, i pergi basuh baju. Basuh baju pun berejam. I sejenis basuh baju bukan main sumbat. Baju kerja and baju rumah di asingkan. Memandangkan baju kerja ada 2 3 helai jer, malas nak masuk mesin. Gigih pakai tangan jer. Yang bahagian dalaman memang sental pakai berus. Mak i ajar kena asingkan. Bukan itu sahaja yer. Cadar tilam, conferter pun basuh sekali. Ni esok nak plan basuh selimut pulak.

Settle semua kerja, bagi kucing makan pulak. Lepas tu vacuum satu rumah, dengan kipas siling i vacuum kan sekali. Ni baru rasa laju kipas ni. Dah tengah hari baru i mandi..hahahah..Lepas mandi duk lepak depan TV dengan my mom, lunch..dalam pukul 2 lebih i pergi opis jap. Jangan risau office i sebelah rumah jer. Masuk opis settle kan apa kerja yang patut sambil i donwload movie korea crash landing on you. Orang cakap cerita ni best. So jap lagi i nak layan lah.

Pukul 6 ptg balik rumah, bagi kucing makan and masak for dinner. Teringin nak makan meggi goreng.

Sedap. Masak 3 bungkus. Settle dalam 15 minit.
Sedap pulak maggi i masak. Nak share resepi kat sini. Nanti kalau lupa boleh i refer balik

Bahan-Bahan: (untuk 4 orang makan, cukup dengan syarat tak boleh tambah..haaa gitu!)

Maggi Kari 3 bungkus (rendam dengan air panas dan toskan)
Ayam
Tauhu basah
Tauhu Kering
sawi
cili boh
cili padi
bawang putih 2 ulas
bawang besar setengah biji
telur 2 biji
sos tiram 1 sudu
sos tomato 1 sudu
sos cili 1 sudu
kicap 1 sudu
garam secukup rasa

Cara-cara
Tauhu basah tu potong enam, goreng kan sekejap. Lepas tu letak tepi. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili. Agak-agak garing masukkan cili boh. Kemudian masukkan ayam. Lepas nampak ayam dah kecut bolehlah masukkan kesemua sos dan kicap. Masukkan telur balik-balikkan. Letak garam. Garam jangan banyak dalam setengah sudu jer, sebab kita nak masukkan perencah maggi nanti.Then, campurkan tauhu yang di goreng dengan tauhu kering. Lepas tu bolehlah masukkan sayur sekali. I suka masuk sayur dulu. Tak suka masuk sayur last rasa macam tak masak. Buh air sikir sebab nak nampak basah2.Buh perencah maggi. Last sekali masukkan maggi. Siap.!


Selamat Mencuba


K Bye!

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.