Assalamualaikum,
Kembali bersiaran setelah sekian lama blog ni terbiar tidak di pedulikan. Terima Kasih pada yang masih sudi membaca blog ni. Kadang2 ada yang tinggalkan komen. Baru sis tersentak dari lamunan. Rupanya ada jugek penulisan sis ni yang bermanfaat untuk korang baca. Ada yang sis balas ada yang sis biarkan ianya berlalu pergi...sebab? suka ati lah..hahahaha..tak tak..kadang lepas baca sis cakap dalam hati okey jap lagi lah balas..lepas tu terus krik krik krik...faktor umur barangkali..maaf kan hamba insan yang lemah ini.
So amacam korang? Negeri korang terlibat tak dengan PKPB ni..lepas KL dan Selangor kena PKPB 2 minggu tak lama tu Negeri Sembilan pun kena PKPB tapi ikut mukim lah..Dalam 3 hari umum PKPB ikut mukim di Negeri Sembilan terus semua negeri di kenakan PKPB kecuali Perlis, Pahang, Terengganu. PKPB 4 minggu terus dia bagi. Sekarang kes di Negeri Sembilan 200 lebih dah wei. Tu lah kadang i bengang. Bila bab macam ni handal, cuba main bola sepak kalah jer kau kan. Ishhh geram tau..bila lah kes covid ni nak habiskan. Dulu dah ok dah. Kes kurang 10. Ekonomi dah naik sikit. PD tok sah cakap lah korang. Every week jem. Kita orang PD tak keluar PD..bagi chance arr kat korang kan melancong. Lepas di umumkan PKPB KL, Selangor lenggang dah PD...sekarang kita orang sendiri support local bisnes. Memang kesian...tengok dekat Group PD dalam FB..ada yang kena buang kerja, ada yang mohon bantuan. Hotel corus PD tu dah pacak khemah depan dia, jual makanan. Yerlah dah xder pelancong nak check in.
Dua hari sebelum di umumkan PKPB, PD tak der air. Bukan biasa2 xder air...5 hari tak der air!!pelik kenapa x masuk berita. Selangor tak der air masuk jer TV kan. Puncanya, pada hari tak der air tu, Malam tu hujan lebat sampai seremban banjir and tebing sungai Linggi runtuh. Actually tebing tu pernah runtuh tahun 2018. And nightmare jugaklah sebab 5 hari tak der air. Kali ni dia jadi balik.
Dekat FB, org PD merata carik air. Belum masuk yang maki SAINS. Sebelum ni ada lah jugak lori masuk taman-taman, kampung distribute air. Kali ni dia masukkan air kat tangki septik jer. Kat my place ada 2 tangki septik. Bayangkan 1 kampung nak guna air. Air habis tak top up boleh?? Nisbah 1:100 000...hahahaha mana org tak mengamuk wei..so kenalah carik inisiatif lain. My dad borong air mineral and kita orang pergi carik air. Serius tak selesa. Kena catu 3 gayung jer. Tu lah nak berak, mandi, dan sewaktu dengannya. Memang stress, nak kerja lagi. Lepas tu ada yang wat lawak tak perrr air laut banyak. Ingat kelakar ker? meh aku masakkan masak lemak ayam masin2 sedap, kopi masin kaw kaw..hehh!
Masak memang tak lah. pergi beli jer lauk. Yang peliknya ada sesetengah tempat ada air contohnya Telok Kemang. Lori2 bawak air pun terhad di sebabkan PKPB. Ada yang nampak lori air dari perak, selangor datang tolong. So susah sikit dorang nak masuk sebabkan banyak sekatan jalan. Bantuan nak salurkan kat Taman-taman, kampung amat terhad. Macam tempat i, dekat batu 5 dia ada siapkan paip2 air. So kena ambik air kat situ. Memang macam pesta lah. I ambik time kerja tak derlah ramai sangat. Petang tu abang i nak pergi ambik, dengan trak askar nyer..dengan yang bawak 4 wheel drive..ada yang bawak tangki hitam terus...huhuhuu..
So hari ketiga, hari jumaat. I decide nak balik rumah abg i dekat labu. Lepas kerja, i balik rumah, solat ambik baju sehelai, seluar sehelai, bahagian dalam serba sehelai, toiletries and no barang make up, no cream. Sebab hari sabtu i nak balik masuk kerja. kiranya berulang alik lah sampai ada air. Before that Labu adalah tersenarai PKPB yer. I tanya abg i, dia datang PD ada road block tak? Dia cakap line clear. So i balik pergi labu dengan harapan besar untuk mandi sepuas-puasnya...hahahahah..and alhamdullilah selamat sampai rumah abg i dengan jayanya.
Malam i tgk FB sebab nak tau update terkini pasal air. Tetiberrrrrrr dia habaq mukim jimah PKPB. Dan Bandar Spring Hill termasuk dalam mukim jimah. Korang tau tak jimah, bandar spring hill ni terletak di mana? Di PD yer! di PD!..i dah debar agak2 esok buat road block tak. Tapi i confident, klu ada roadblock mesti ada khemah pasang masa i otw nak ke labu.
Esoknya, lepas breakfast i pun siap2 nak balik PD nak masuk kerja. Lepas jer jalan sendayan nak masuk jalan ke Lukut bawah flyover tetiba jln jem. And guess what? ROADBLOCK! i dah gabra.Bila masa korang buat kerja pasang khemah ni. Semalam xder punggggg T___T. Dahlah I tak bawak apa2 surat weiiiii...so i keep calm, buat macam biasa. Sebab i tengok jalan blah kanan ok jer lalu. Dorang tak tengok pun surat.
Sampailah turn i. Polis tanya
P: cik nak pergi mana?
I: Nak pergi kerja.
P: Cik ada surat dari majikan?
I: Sayalah majikan.
P: Majikan pun kena ada surat pelepasan cik. Cik tak tau ker PD sekarang PKPB?
I: Tau, tapi mukim jimah jer. Tempat sy tak termasuk pun. (masa ni i dah rasa, macam bodoh giler tak tau perkembangan semasa)
P: ok macam ni cik, cik pergi ke depan pusing, patah balik. pergi balai polis berdekatan mintak surat pelepasan
I: ok (maluuuuuuu giler babenggggg hokehhh!Nasib pakai mask. And i pakai mask sampai rumah. Malu punya pasal)
I pun pusing. Bila pusing kenalah lalu road block sebelah nyer pulak kan. Kena tahan lagiiiiii
P: selamat pagi cik, cik nak pergi mana?
I: I KENA PATAH BALIK
P: oh yeke, dengan nada terkejut and terus tunjuk tangan untuk bagi i laluan.
Malu tok sah nak cakap lah. Kereta kiri kanan semua lepas. Masa i nak pusing tu. I nampak abg i. Dia ada surat majikan. surat tu dia letak atas dashboard jer. Masa dia lalu kat polis tu, abg i macam nak ambiklah surat tu, xdan nak ambik polis suruh dia jalan jer T_______T
Sampai rumah abg i, tak yah cakap lah dapat pakej kena gelakkan lagi. Terus xder mood nak pergi kerja. i is cuti!
Hari sabtu petang announce PKPB seluruh semenanjung kecuali Perlis, Pahang, Kelantan. Ahhhhhh sudah! macam mana aku nak balik wei! terus i suruh kerani i buat surat, and pas kan kat abg masa balik nanti.
Hari ahad petang i balik dengan my mom tak ikut pun jalan yang i lalu sebelum ni. I ikut highway. Masa nak lalu highway nak masuk PD tu. tok sah cakap lah wei. Debar nyer macam aku membunuh orang pulakkk T_____T. Dekat tol tu, jln nak keluar PD ada road block. Nak masuk PD tak der road block..fuuhhhhh
Alhamdullilah dalam 7 lebih kami selamat sampai. Yang tak selamat nya air tetap tak der...alahaiiiiiii!
K bye!
0 Comments:
Post a Comment