Assalamualaikum,
Seminggu lebih sebelum my mom meninggal i ada tulis pasal journey my mom sakit dari dia start masuk hospital. Tapi i taip separuh jer. Sebab my mom masa tu perlukan perhatian like kena sentiasa ada dengan dia like 24 hours. Nak makan, solat pun i bergilir gilir dengan anak buah i. Malam pun i ada shift. I akan start tidur dalam pukul 10 11 macam tu and akan bangkit dalam pukul 3 pagi untuk tengok my mom. Which is i tak tau yang time tu sebenarnya dia dah tenat. Jadi i fikir i akan update penulisan later. Macam mana i sayang giler kat my mom, Allah lebih sayang dia.
Entry kali ni bukan pasal sambungan penulisan tu. I belum kuat lagi nak tulis. Biar dulu dalam draft. Sooner or later i kena sambung jugak. Sebagai memori i dengan my mom. Ohhhh gosssshhhh taip ni pun dah bergenang air mata.
Mother of 6 + 1 bukan i tau. Tetiba pulak orang ingat jadi mother instant pulek kerrr...
So this is the mother
Personaliti: Garang, Tak masuk dengan geng kucing yang lain. Special tempat makan khas untuk dia sahaja. Suka tidur baring kaki mengereng kanan kepala mengereng kiri. Suka duduk atas sofa dan kepak kaki seperti di atas. Bila mummy makan suka duk atas riba mummy dengan harapan dia dapat kecek makanan tersebut. Suka memanjat bumbung dan pokok. Anti Jantan.
Anti jantan sebab dia akan tampar2 kucing jantan bila ada kucing-kucing tersebut masuk dalam perkarangan rumah.
Walaupun kunun2 anti jantan. It's like love hate relationship.
Sebab tu dapat ni
DOB: 28/06/2021 |
Masa 1st beranak anak dia ada 3 ekor tapi semua mati sebab sakit. Second time beranak anak 4. Dua masih ada kat rumah. Dua lagi hilang tetiba tanpa dapat di kesan. Latest one, 6 sekali keluar. Tapi mana datang yang plus one tu?
cuba perati gambar tu betul2. Ada nampak apa2 keganjilan di situ?
Nampak tak yang sekor tu agak gergasi di situ dari kalangan adik beradik yang lain? So yang itu lah yang plus one nya. Kronologi ceritanya, anak kucing tersebut di culik oleh seekor beruk sesat kat rumah ni. I suspect beruk tu meroyan. Dia pergi tangkap anak kucing ni dari bengkel sebelah rumah i.
Di pendekkan cerita, beruk ni pergi tinggalkan anak kucing ni di atas lantai belakang dapur rumah. Anak buah i ternampak lalu ambil dan terus letak dalam almari ni. I tak kasi, terus ambil anak kucing ni takut baby marah dan suruh anak buah i pergi pulangkan balik anak kucing ni dekat ibu dia.
Bila anak buah i bawa pergi ke bengkel, abang i cakap yang ibu kucing ni dah x nak anak dia. Lalu si anak buah i naik pulak dekat rumah bersama anak kucing tersebut dan cerita pasal abang i cakap tadi. So dalam argument kita orang dok main tolak tolak anak kucing tu (which is i x nak bela dah, yang sedia ada kat rumah ni pun 6 ekor plus the babies 6 ekor tak ker jadi 12 ekor semuanya). Then anak kucing tu menjerit, and si baby ni terdengar lalu dia ingatkan tu anak dia. Terus dia mengeow garang pandang muka i nak anak kucing tu. So kita letak kat lantai anak kucing tu lalu terus di gongong oleh baby masuk ke dalam almari.
Jadilah si baby ni ibu susuan pada lucky (i name it anak kucing tu "lucky" sebab dia bertuah tidak mati di tangan beruk, dan menjadi anak pada baby si garang tu)
Sekarang ni macam mana mummy nak bela 13 ekor kucing kat rumah ni...alahaiiiiiii anakkkkkk!
K bye
0 Comments:
Post a Comment