Assalamualaikum
Hai blog!...
Selamat berpuasa semua. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Walaupun kerajaan dah bagi banyak kelonggaran sekarang, still kena sentiasa berjaga-jaga okey. Covid still ada lagi tau. Sentiasa pakai mask walaupun mask kita hauk tak der cop sirim..eh tiba kan!
So lama giler i tak update blog. Bukan tak nak update, tak der cerita yang menarik sangat pun untuk di abadikan dekat sini. Sejak mak i meninggal i ada jer dekat rumah. Oh yer i dah tak kerja lagi. Buat masa sekarang menggangur dekat rumah and i sekarang sedang ambil kursus spa.
Oh ya, rumah i pun dah siap. Tapi i not fully pindah. Sebab abah i tak kasi. :(...Duk lepak rumah time siang jer. Rumah ni pun i jadikan sebagai office i. Kalau abang i ada kat rumah abah, I tidur kat rumah ni. Bukan apa tak boleh tinggal orang tua tu sendiri. Hari tu, dua kali dia jatuh kat rumah. Berdarah kepala. Satu kejadian jatuh katil. Satu lagi kejadian dia pergi kejar kucing dalam rumah ntah macam mana jatuh tersungkur. Bahaya betul wei.
So sebelum puasa hari tu, I pergi settelkan urusan ASB dan tabung haji mak i. I nak kongsikan serba sedikit tatacara pengeluaran duit bagi mereka yang dah meninggal dunia. First i pergi settlekan tabung haji. Urusan alhamdullilah mudah. Staff akan minta sijil mati. Itu sahaja. Tak perlu bawa buku pun. Dorang akan checkkan siapa penama akaun tu. Sekarang sudah canggih. Semua dalam sistem. Jadi disini hanya penama sahaja di benarkan untuk pengeluaran wang. Sebab abah i pergi sebelum tu, dan nama dia bukan sebagai penama pewaris untuk akaun tersebut, so dia tak layak untuk urusan pengeluaran baki akaun.
Lepas dia dah check nama i, ada sedikit masalah. sikitlahhhh. Masa letak Penama itu hari, nama mak i tak tulis penuh macam dalam ic. Mak i mualaf. tulis nama islam dia jer tak tulis nama dia sebelum ni. So make sure kena letak nama betul2 ikut ic. Jadi, i kena pergi pesuruhjaya sumpah mengatakan nama dalam sijil mati dan juga nama dekat borang penama tabung haji adalah orang yang sama. Berangkatlah i ke pesuruhjaya sumpah. Bayar RM 14 dan staff tabung haji ada bagi borang untuk di isi. Bawak semula dokumen tu tadi ke Tabung Haji. Serah kan semula dokumen tunggu sekejap untuk proses dokumen. Dorang mintak ic dan scan thumb print and done!. Lagi senang kalau ada akaun dekat tabung haji juga. Nanti dia akan transfer ke akaun. Tapi duit bukan dapat serta merta yer. Mereka akan bawa dokumen ke HQ untuk proses. Proses dalam sebulan atau dua untuk duit iu masuk.
Jadi silalah letak penama waris tabung haji anda sekarang supaya memudahkan proses bila kita tiada nanti.
Next, i pergi ASB. kena pergi cawangan ASB yer. Bukan pergi pos office atau bank2 yang selalu korang keluarkan atau masukkan duit. Mereka hanya ejen. Macam i cawangan ASB dekat seremban. Alhamdullilah proses pun mudah. Tak sampai 1 hari pun proses nya. Dekat ASB tu nanti ramai staff yang membantu.
Sekali lagi buku simpan ASB mak i dorang tak mintak pun. Mereka mintak sijil mati and sijil lahir i. Sijil lahir untk buktikan yang hubungan i dengan pemegang akaun. Kalau akaun simpanan tu milik suami, bawalah sijil nikah. Lepas staff dekat situ ambil dokumen dorang akan checkkan dalam sistem untuk semak baki. Macam i, baki akaun mak i bawah RM10K so urusan senang sikit. I tak sure untuk yang lebih RM10K macam mana pulak prosedur dia. Dekat sini juga dorang tak check sama ada i penama atau tak. Kemudian ada borang yang perlu di isi. Dalam borang tu ada minta cop pesuruhjaya sumpah. So kena jugak pergi pesurujaya sumpah untuk cop kemudian bawak semula dokumen semua tu ke ASB. lepas ambil dokumen tu, tunggu sekejap. Dalam 5 minit macam tu orang kaunter panggil. serahkan slip. Dalam 3 hari duit tu terus masuk akaun ASB kita. Urusan di ASB ni ambil masa dalam 1 jam lebih. Yang lama sebab pergi cari pesuruhjaya sumpah. Sebabkan di seremban i tak berapa familiar mana pejabat pesuruhjaya sumpah. Tapi jangan risau staff ASB tu sangat membantu, dia bagi tau mana pejabat pesuruhjaya sumpah yang terdekat. I pergi uruskan ASB mak i ni 1 april. 6 april dah masuk dalam akaun.
Segala details u orang boleh rujuk di sini okey.. details tuntutan harta pusaka ASB
Alhamdullilah dalam 1 hari semua urusan selesai. So cabaran bermula di sini yer. Duit tu semua bukan duit i. Duit tu tetap duit mak i. I ni sebagai pemegang amanah sahaja. Jadi jangan pikir "arghhh aku dah kaya jap" no no no. Dalam borang Tabung Haji yang i isi tu, ada 1 klause mengatakan yang kita berjanji untuk bahagikan duit mengikut hukum syarak. Kena sign. Unless masa orang tu sebelum meninggal dia dah cakap siap2 duit tu kita semua. I dah bincang dengan adik beradik, duit ni akan buat untuk saham akhirat mak i.
So korang silalah pilih pewaris yang betul2 jaga amanah kita okey?
Till Then Selamat Berpuasa =)
0 Comments:
Post a Comment