Assalamualaikum,
Zaman sekarang ni blog masih relevankah? Macam dunia blogger sekarang dah macam krik krik jer...Dengan banyaknya social media sekarang facebook, instagram, tik tok...dah jarang orang sebut "blogger"...ntah-ntah budak zaman sekarang pun tak tau apa itu blog?
Lepas tu beralih pulak ke zaman influencer, laa ni orang dah panggil "content creator"...Sebagai seorang gen Z, i am so impressed dengan ramainya anak muda yang sangat berbakat. Bila tengok dekat tik tok tu ramai yang buat content yang kelakar. Dahlah kelakar, mimik muka pun mainkan peranan. Ramai rupanya pandai berlakon. Acting is on point. Dulu i tak suka tik tok. Ingatkan budak-budak dok menari tergedik-gedik depan camera. But is more than that. Ada yang kongsi tips, ilmu and much more. Ada juga yang mengajar matematik, english dan lain-lain. Generasi sekarang sangat beruntung. Tak tau cara nak selesaikan masalah pelajaran, google jer, youtube jer atau pun sekarang ni AI kan sahaja...puffffff terus dapat jawapan!. Tak payah pergi library lagi. Memang betul teknologi sekarang dunia di hujung jari sahaja.
Entahlah, i pun tak tau kenapa pendahuluan i macam ni...berilmiah sangat kan. Cuma i nak cakap, selagi platform blogspot ni wujud, selagi tu lah i boleh menulis. Walapun sekejap ada sekejap tak der...update ni pun nak bagi tau i masih wujud di dunia ni...alhamdullilah...huhuhuh..
So whatssssss upppp guysssssss (insert suara khairul aming)...Macam mana dengan puasa korang so far?I alhamdullilah...setakat ni dah 7 hari lopong...ahahahaha...biaselerrrr pompuannn...Lepas mak tak der ni...ramadhan i biasa2 sahaja..makanan pun bersederhana...nasi ada 1 lauk, and mesti wajib ada kuih.
2 minggu berpuasa i berpuasa di homestay i...adalah nak repair sikit2, alih sikit2, ada bilik yang masih pakai tikar getah i tukar pakai vinyl floor and adalah touch up sikit2...tukar katil..even rumput pun i potong sendiri tau...klu upah orang rm70 skali potong...1 bulan kena 2 kali potong dah rm140 dekat situ...Mesin rumput jenis tolak bapak i punya i rembat potong. cuma blah belakang dapur i tanah dekat situ tak rata and berbatu kena pakai mesin sandang,..yang tu i panggil orang. Charge Rm30...klu tak tengok..dia p potong yang tempat i kata tak payah potong, sekali charge rm70...baik i p beli mesin kat shopee...rm100 lebih yang pakai bateri tu..ok ke tak eeek??? Bukan kedekut yer jimattt...bisnes homestay ni belum boleh i bagi gaji lagi k...
sekarang ni dah balik di rumah bapa i pulak. Sebab ada orang check in jumaat itu ari and check out hari ahad.Tau tak check out pukul berapa?Dua setengah petang yer...itu pun i pergi homestay i tengok dorang relax2 lagi tak keluar. I cakap kat dorang i dah bagi taukan check in 3pm, check out pukul 12pm. nop senyap, i tanya tak berjawab...maaf pun tidak..Bila i check homestay ini lah kejadiannya...
Ais merata jatuh di bawah, |
Air mencurah keluar dari hose. Masa i masuk check dia tutup pili point tu. |
Nampak tepi penutup tu pecah, and yang tempat berlubang tu penutup dia tercabut |
Dia punyak hook untuk sangkut tank tu boleh tercabut okey! |
Dia ingat aku ni orang gaji dia ker???dah masak kemaslah sendiri!..Nilah bila mindset "aku dah bayar" |
Ni pulak keadaan rumah yang i serahkan pada dia k sebelum check in..
Kalau dah bilik kemas macam ni, ruang tamu, dapur and dining hall lagilah kemas...I'm not perfectionist tapi bila i mengemas i buat betul2..I nak guest i bila masuk rumah tenang, wangi, bersih and berbaloi dengan apa yang dia bayar. Sebab i pun customer it self...mesti i nak yang terbaik.
Ni feedback bila i whatsapp dia pasal toilet tank tu
Hotak dia air sabun, aku tengok air paip biasa jer..dan apa kena mengena benda tu goyang dengan guna air dalam baldi? kau pump je lah! |
Hotak dialah goyang-goyang. Benda tu elok jer tak kacau hidup ko. Dan kenapa dia tutup pili point air tu???sebab i dah terkeluar dari hose...i sendiri yang cuci toilet tu and sebelum guest check in i make sure everything okey kot sebelum i serah rumah...Lepas tu tak menjawab and tak say sorry lansung. Biadap! I sumpah kereta u rosak kat tengah jalan time tengah malam and tengah hutan and u masa tu tak tahan nak berak!...geram aku!
Nasib tak der next guest tau..dah satu kerja aku nak menjawab nanti. Perasaan i kecewa tu lagi lebih dari marah. Penat tau tak penat!..everytime bila guest check out, i rasa takut nak masuk rumah nak tengok apa yang rosak. Katil patah, pintu tercabut, sinki drainer kat dapur tercabut, karpet putih i tumpah kuah padahal karpet dalam bilik. Ko makan dalam bilik ker?????
About this case i dah submit report ke booking.com and i tunggu payment jer dari booking.com (booking akan release payment 10 days after check in) then i akan tutup this account. So sesiapa yang nak booking rumah i direct jer terus ke i. Sebab pakai booking.com n airbnb ni, i tak boleh control guest i. I bukan nak racist tapi i nak halal toyiban dalam bisnes. Sebelum ni i tak ambil deposit pun sebab memang niat i tak nak orang terbeban tapi rasa i pulak yg dah terbeban ni asyik kerja nak merepair jer.
Tapi tak semua guest i dapat macam musibat kat atas ni. Ada yang baik, siap kemas kan rumah balik. Cadar2 tu tak kemaskan tak per, sebab i akan bukak pun ganti yang baru. Cuma bila dah masak basuhlah kuali tu balik, pinggan mangkuk cawan tu kemas balik tilam katil perabot mana yang alih tu kembalikan tempat asal. Jadi bila ada next guest i tak kelam kabut mengemas. Rumah ada 3 bilik nak tukar cadar pun ambil masa 1 jam, nak cuci toilet lagi nak besihkan dapur, ruang tamu, nak vacuum nak mop semua tu perlukan 2 jam setengah. I buat kerja semua ni sorang?...Jadi i berharap sangat bila check out pukul 12 pm guest betul2 keluar pukul 12pm. Bagi kerjasama. Bila u memudahkan urusan orang, Insyallah urusan u juga di permudahkan. Sebab i dah ada SOP i. Bila dah lari timing, i yang menangis tau. Kecuali bila i tak der next guest, and asking myself first boleh ker keluar lewat sikit. I okeyyyy jer...Pernah ada yang mintak dekat i nak keluar lewat sikit sebab nak tumpang solat. kebetulan tak der guest selepas itu..i okey jer and i lagi sukaaaaaa sebab ada orang solat kat rumah i. Dalam 1 lebih dia whatsapp balik dia dah check out. Ni betul2 memang lepas solat zohor dia keluar. Meaning before zohor dia dah standby. Ada juga yang mintak lewat check out sebab nak solat juga. I izinkan. Sekali keluar pukul 3 pm. Bila i cakap kata lepas zohor and dia merempan cakap cam i seolah-olah tak ikhlas... i pun biarkan jerlah ko merempan sorang2 dekat whatsapp tu...
Homestay i ni maximum 12 orang termsuk kanak-kanak. Tilam i yang sediakan memuatkan untuk 8 orang dewasa. Yang lebih2 pandai-pandailah ko bawak toto ker apa. Sebab price i bagi memang sesuai dengan keadaan rumah, lokasi and occupancy. (itu pun i rasa price i below than market) Bila i suruh isi form, ada yang letak 6 org, 7 org. Tapi yang datang lebih yer. Bila keadaan macam ni i tutup mata jer.It's okey as long as jaga homestay i baik2 and kemas balik macam i yang cakap tadi. pinggan mangkuk kalau dah guna basuh, perabot tilam pulangkan kembali ke tempat asal. And mostly 20% jer buat yang macam ni. Semalam i baru cancelkan booking guest sebab dia nak bawa 12 dewasa 5 kanak2...T____T...tapi tak per dia jujur...and nasib dia ok jer bila i cakap terpaksa cancel.
Macam ni lah dunia perniagaan. I rasa mana2 ada jer cabaran. Baik in business or mana2 pekerjaan. Yang bisnes kena deal dengan customers, supplier, workers...and yang makan gaji kena deal dengan orang atasan and colleague. Semoga kita di beri kesabaran yang tinggi dalam melaksanakan tugas2 kita. Dan semoga punca rezeki kita di beri keberkatan dan cukup...Aminnnn
So sesiapa yang nak booking homestay i boleh whatsapp di nombor ni yer 011-63855150 ...Jangan risau i tak garang. I cuma meluahkan perasaan jer tadi..hikkks hiksss hiksss
Btw dah bayar zakat fitrah belum? I baru bayar semalam. Anyway selamat berpuasa semuaaaaaa!
Do one thing at a time, and do well!..guess it's time for me to active back on blog world..see yaa! |
0 Comments:
Post a Comment