Assalamualaikum,
Welcome October!..lagi 3 bulan nak menganjak ke tahun baru 2025. Ya ampun baru bulan lepas naik 1 digit dekat umur...bila dah masuk 4 series ni kan dia punye excited sambut birthday rasa lain macam sikit. Macam dah tak berapa nak kisah. Sebabnya rasa macam dah nak dekat setengah abad and dah nak dekat masuk kategori warga emas dah pun. Kalau dulu orang tak wish pun rasa sentap dah. Tak celebrate lagi lah muncung kan..But i dunno makin tua ni makin nak relax makin nak chill2 jer...ker aku jer macam ni?
By the way baru i perasan i tak update lansung pun untuk bulan september. Apalah yang ko buat ni zarina! sekejap semangat nak menulis, sekejap macam tak der idea, sekejap macam tak nak ambil tahu hal dah pasal blog. Tidak konsisten. Macam ni lah i. Kadang2 idea banyak kat otak. Tapi tak laksanakan jadi realiti. I pun rasa rimas jugak kenapa i jadi macam ni. Entahlah i rasa macam i unmotivated personlah sekarang. Masalahnya hari2. I jadi macam ni lepas lost my mom. Dah 3 tahun arwah mak i pergi. i donno rasa macam dia ada lagi. Sampai sekarang i tak boleh sangat tengok video gambar mak i. Kan dekat tik tok ada trend lagu katty perry, apa tu lagu tu yang mula2 tunjuk video happy2 last gambar keranda...tak bolehlah tengok tu merembes rembes air mata ni...bila lalu kat fyp jer mesti nangis. Lepas tu tak nak tengok lagi trend tu. Tapi tertengok jugak. Lepas tu menangis. Ada yang muda2 nampak sihat happy...tiba-tiba the next year dah tak ade...i is cannot...rasa takut...rasa nyawa boleh di cabut bila-bila masa sahaja. Takut amalan apa lah yang aku nak bawa kat "sana" nanti untuk jadikan asbab aku masuk ke syurga...Lepas tu kan gatal tangan pergi scroll video arwah mak i, konon nak join the trend..haaaaa kau menangis sampai bengkak mata bengkak hidung susah nak nafas sambil mumble "nak mak nak mak" paham tak perassan tu??haishhhhh i ingat i dah let go tapi tu lah tu................
Sebenarnya i nak sum up cerita untuk bulan sept, suka sangat hilang fokus tau. Actually september is my birthday month. So dont expect any celebration pun. Even abah i pun tak wish. Raikan harijadi ni pun dah stop masa arwah mak i tak der. Selalunya dia akan nyanyi happy birthday pagi2 sebelum i pergi kerja or i akan bawa dia keluar pergi jalan2 makan...sebab bagi i birthday should raikan sekali mak and anak. Yang sakit contraction yang meneran dia kan...I relax jer keluar...hahahahah...Jadinya pagi on my birthday dapat beberapa wish dari kawan2 I...Dapat wish pun i dah happy at least ada orang ingat pasal kita. Abang-abang i pun tak wish. Kita orang punya family ni ntahlah lain macam sikit kasih sayang nyer...hahahaha
Petang tu kakak i ajak pergi jalan2 ke Melaka. Dia ada kena amik barang dekat sana so ajak I sekali. Lepas tu confident sekali jalan nak celebrate advance birthday i katanya 14 sept. dah i pun kabo lah 14 apenyer hari nilah 12 sept...laaaaaaa dia asyik ingat 14 sept dalam kepala otaknyer.....padahal tahun lepas betul lak tu tarikh nyer 12 sept dia belikan i kek...hahahahah
Lepas dah amik barang dia suruh anak dia survey tempat makan dekat melaka yang ada sky view. Dia ada tengok dekat tik tok. Google punya google...search kat tik tok terjumpalah ini
The Place @ https://wildseed.my/bistro/ |
The Birthday Girl. Skirt cantik boleh beli dekat sini https://shopee.com.my/product/82253869/9031703113/ free size sangat selesa dan tebal. Tinggal 2 Pcs jer tu tengah promo RM29 saja |
The Foods |
The Celebration |
The night View |
Tempat memang sangat cantik...picture yang i letak ni menghadap bandar Melaka. Side lagi satu menghadap laut...sangat2 cantik okey. I pergi ni walk in jer. Itu pun i rasa macam dah penuh table. Kalau pergi time weekend better book dulu. Kalau nak celebrate birthday ker anniversary ker pun i rasa book juga dulu. Masa i pergi tu yang celebrate2 ni ada tempat dia sendiri ada belon and meja dia pun dia lapik dengan kain kelip2...hahahah cantik and nampak special lah. Macam I ni kita orang terjah sajo. Tu pun masa birthday I time weekdays. Kalau nak lebih info tu pergi jer dekat website dia. Makanan dia okey affordable and portion besar. I ambik burger. Sedap! tapi tak der sos macam tawar sikit itu pun i tak habis makan setengah jer. Setengah lagi bungkus bawa balik. But salad and curly fries dia superb!. Kakak i ambik apa ntah tapi portion tu memang untuk dua orang makan. Total semua termasuk air RM250++...okeylah sebab orang belanja kan...hahahahaha...Jangan risau Halal. Korang boleh juga tengok tik tok dorang @wildseed.melaka kalau malas nak bukak website. Dekat situ ada cara macam mana nak ke tempat tu sebab jalan dalam mall tu macam berbelit juga lah sampai korang jumpa kaunter. Ooo kena daftar duu yer kat kaunter tu...
Okey peeps...semoga berjumpa lagi di next entry...tatatata thanks sudi baca!
0 Comments:
Post a Comment