HARI-HARI HARI IBU



Assalamualaikum,


mak cakap masa muda pinggang die 18-19 inci. Anak dia arhhh lupa kan saja!

This beautiful lady is my mak. Mak I seorang mualaf. Di lahirkan di Kuching, berketurunan Iban. Nama bukan Islam dia Alice A/K Empek. Abah I dulu askar, kena posting ke Kuching dan di situ mereka bertemu, bercinta dan berkahwin. Nama islam dia Aliza. Nama yang di berikan oleh abah I sendiri. Sweetkan? Kalah lofatah gitewwww.

Bila mak kahwin dengan abah, of coz ada tentangan sebab mak I bukan asal islam. Masa tu pulak, keluarga belah abah di kampung nak tunangkan abah I dengan org kampung situ juga. Bila dengar perkhabaran berita yang abah I kahwin dengan mak, penerimaan mak I dalam keluarga belah abah I tak berapa dialukan. Kecuali arwah atuk I. Oh I tak pernah jumpa atuk, I belum ada lagi. Atuk meninggal di Mekah. Betullah kata org, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. I dengar benda yang baik2 jer pasal atuk. I yang tak pernah jumpa pun rasa kasih dan sayang tu sampai kat hati i. Harap sangat dapat bertemu atuk di Syurga…Amin.

Bertentangan pulak dengan penerimaan keluarga belah mak terhadap abah i. kehadiran abah I di terima baik oleh inik. Mungkin dekat sana pemikiran tu lebih terbuka. Dekat sana banyak dah bercampur macam-macam bangsa ada. Tambahan pulak masa tu tentera British still lagi ada kat situ. So kahwin campur ni perkara biasa. Dulu I pernah tanya mak I kenapa mak tak kahwin dengan orang putih. Kalau tak dekna(nama panggilan I dekat rumah) mesti cantik, tinggi, putih, hidung mancung dan stay kat London. Ok lempang sikit! Amboi die! Kahhhhh!

I betul2 respect dengan mak I yang susah nak challege adalah sifat sabar die tu mengalahkan org yang bernama sabariah. Betul tak tipu! Like u can imagine bila mak I balik kampung belah abah I kan. Macam2 drama ada. Kadang2 atuk dengan nenek cool jer, tapi hasutan org2 sekeliling ni yang I pun sendiri “cannot brain”. I pun tak paham sepatutnya org yang baru masuk islam ni kita raikan sebab tambah lagi umat Muhammad S.A.W, kita bagi lagi bimbingan dan tunjuk betapa indahnya islam. Ini pulak sebaliknya. Tapi berkat kesabaran mak I tu, walaupun bergelen jugaklah air mata, mak I diterima oleh nenek dan di sayangi. Alhamdullilah

Mak I ni ada darah gemuruh. Suka jer macam panic. Dia ada lesen kereta. tapi I rasa tak sampai 5 kali dia bawak kereta. berguru pulak dengan abah i. abah pulak bekas askar kan. Mendapatlah. Silap sikit jerit dia macam nak bagi arahan kawat. Orang tu pulak ada darah gemuruh, apa belajar 5 saat sebelum terus terlupa. Langsung dia tak bawak kereta dah sampai sekarang. Sekarang ni I lah driver dia. I tak kisah pun. I lagi suka. Dapat pahala free2 jer.

Mak I punya speciality pulak adalah dia pandai menjahit. Semua orang kampung kat sini mesti nak tempah jahit dengan dia. Sampai sekarang pun ada yang tanya lagi ambik tempahan ke tidak. Dua tiga bulan sebelum puasa orang dah start hantar kain nak tempah. Sampai dah masuk bulan puasa pun ada yang datang nak tempah sampai merayu rayu. Kadang tak sampai hati ambik jugalah. Mak I punya jahitan memang best. Kalau baju kurung tu memang terletak jer. Jahitan kat leher tu tak mainlah jahit pakai mesin. Dia jahit tulang belut yer, semua baju pulak tu. Dahlah amik upah murah RM25 jer. Dan selalunya I punya baju siap malam raya. Abah I kadang2 marah jugak, asyik menjahit jer katanya. Tapi I ingat lagi mak I selalu cerita dengan duit jahit tu lah dia dapat bagi duit kat mak dia di Kuching dengan perasaan bangga. Sekarang ni dia dah tak menjahit lagi dah. Dia cakap tak larat mata pun tak nampak. Jahit baju dia sendiri pun I tengok  potong sampai seminggu, jahit tepi seminggu, cantum seminggu, tu I tengok ada lagi sangkut kat mesin hahahah. I rasa tangan mak I ni berseni lah. Anyam ketupat pun terreee jerr. I banyak kali buat asyik fail. I kan jenis cepat putus asa. Lantaklah ko di situ, nak makan sangat cariklah kelonsong yang dah siap anyam. Tak pun pergi jer rumah orang yang ada buat ketupat. Settle!

Mak I ni dia bukan seorang sahaja seorang ibu pada I. Bonding I dengan mak I terlalu kuat. I tak boleh sesiapa sakitkan hati mak i. hati dia terasa, seribu lagi I rasa luka dia. Dialah teman gossip I, dia tempat I mengadu, dia sahabat baik I, dia tak pernah pun judge i. walaupun I pernah buat satu keputusan yang salah dalam hidup, dia sentiasa support i. walaupun I tau depan I dia nampak cool, nampak kuat tapi jauh sudut hati mesti dia terluka. Sejak dari tu I dah janji tak nak sakitkan hati mak lagi. Walaupun masa dia dapat tau yang dia ngandungkan I, dia xnak I ok! boleh tak? Dia cakap dia malu sebab tua2 mengandung lagi. Eh hello dia ngandungkan I umur 35 tahun T_______T

Impian I, I nak jadi macam jennies in the bottle. Bila mak i cakap apa-apa jer. your wish is my command! gitewww.. eleh masa kecik-kecik mak suruh beli sayur ker ape kat kedai kemain ko lagikan hentak2 kaki. Bak sini duoposen nak beli kopok hahahaha. Masa kecik2 apalah kita tau kan. tak puas hati jer memberontak.Tak puas hati hempas2 pintu. Lepas tu main dengan member sampai dah masuk maghrib tak reti balik rumah. Haaa..duk lah ko kat luar sorang2 tak boleh masuk. Lepas tu mak buat sound effecttt eeeeee ade benda mata merah. Tau pulak mintak maaf, merayu rayu nak masuk takut hantu.orang tak nak buat lagi dah Haraaammmmmmmm! hahahaha

Kepada mak, dekna janji akan sentiasa menjadi anak yang terbaik untuk mak.Buat masa ni dekna tak dapat bagi kemewahan pada mak tapi InsyAllah, Dekna akan mewahkan mak dengan kasih sayang. Dekna nak mak sentiasa bahagia jer, rasa gembira jer. Jangan stress-stress lagi. Mak kucing kat rumah tu suka berak merata-rata harap mak maafkan. memang geram tapi jangan sampai buang k. I sayang sangat-sangat mak I. Macam mana I sayang mak I macam tu lah jugak I sayang mak u. Jadi bila u nak jumpa mak I? Ehh!

Miss Aliza with the siblings

4 dara pinggitan mengerjakan umrah

Mak and I. Love u mak till jannah
Selamat Hari Ibu!


K Bye!

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.