Kesahhh sangat kan orang nak tau pasal diri i. Well nak bagi tau jerlah i'm fine tq! kahhhh kesian sangat nih. Hari-hari yang i lalui macam tu jerlah, tiada perubahan sangat pun. Yang berubah i rasa, weight scale. Masa puasa itu ari adalah i rasa macam loose skit baju. Sekarang ni i rasa macam fit2, kadang2 terlebih fit pun ada. Yang terlebih fit tu i simpan kat satu tempat lepas tu gantung buat inspirasi konon2 lepas ni boleh pakai balik. Ini pun i rasa ada ura2 macam nak sedekah jer kat orang. hahahaha. Masalah betul kalu perut sentiasa berlubang ni. Nak makan jer keje. Makan pulak nak sedap2. Lepas tu meroyan tengok baju-baju cantik tapi frust tak boleh sarung. Lepas tu tak boleh terima kenyataan, dahlah sejenis beli baju tak nak try confident amik baju nak saiz M jer. Yang baju2 ni lah i gantung buat inspirasi tadi. Rasanya dah inspirasi 5 tahun sudah lagi hahahah
Dari segi kerjaya, tiap-tiap hari i struggle wei. Alhamdullilah, kerja tu ada sentiasa masuk tapi yang tak masuknya duit. Bila duit takder mcm mana nak rolling. Belum masuk lagi bil2, gaji pekerja, hutang spare part, ni GST ni bulan ni kena bayar, i belum kira lagi tu. Dahlah account tahun 2016 tak balance. Kena submit sebelum 31 jun itu ari, lepas tu Tax agent call account i tak balance..acaner? Minggu lepas baru dapat settle. Harap tak derlah LHDN bagi surat cinta. Haillahhhhh!..Macam mana yang lain buat bisnes boleh jadi jutawan tu. 2 tahun buat bisnes dah kaya raya. Berapa margin korang amik ni haaa?? I yang buat kenderaan ni dah bagi harga murah pun nak murah lagi kerja nak cepat bayar lambat nice!
Takperlah orang kata biar lambat asalkan selamat. Waklu bab duit tak boleh tunggu wei..hahahaha. Apa2 pun ni dugaan i, bahagian i, Allah nak uji tu. sebelum bagi rezeki yang besar2 boleh ker handle yang kecik2 ni kan? Iyerrrrr Zarina! Tengok psycho sangat kan sendiri tanya sendiri jawab. Dah tu sapa lagi nak bagi motivasi kat diri sendiri kalau bukan empunya badan kan?..Iyerrr! hahahahah...K bye!
Si strugle dan baju ni pun dah gantung buat inspirasi T____T |
0 Comments:
Post a Comment