Maybelline Fit Me VS L'oreal Mat Magique Foundation for oily skin

Assalamualaikum,

Dah dewasa ni baru lah i reti pakai makeup. Taulah sikit-sikit, apa itu foundation, conceler, eye shadow semua tu. Sebelum ni i pakai compact powder jer, kening pun tak reti lukis. Pakai bedak sejuk pun ada jer. Kaahhhhhh!

Selalunya barang make up i beli dekat watsons. Murah dan kadang-kadang ada offer. Baru-baru ni serum nutox i dah habis i beli dekat guardian offer RM60 lebih, sekali dekat watsons sales RM55 jer. Ko rase? Tu lah i selalu buat pilihan salah. Beratur kat atm pun macam tu jugak, beratur kat lane yang pendek, sekali lane yang panjang tu lagi laju. Orang berdiri sebelah i pun dah ke depan. Yang lane i org depan baru terkial-kial nak bukak handphone carik no akaunlah baru nak kira duitlah. Selalu sangat tau. Geram jer haku! Tu yang tak kawin lagi sebab salah pilih boyfriend hahahahahah tetiba! 

Ok enough. Ni I nak review antara dua foundation mana yang best untuk kulit berminyak macam i ni. Muka i super duper oily ok. Baru 2 jam pakai bedak, maka timbullah minyak area dahi and pipi. Memang annoying. Kena standby Facial oil tissue. Lepas tu bila i pakai skincare yang memang sesuai untuk i, barulah ok skit. Muka still berminyak tapi taklah ketara macam sebelum ni.

Jadi bila orang yang kulit berminyak ni memang obses dengan perkataan "matte" ni. Ker i sorang jer?huhhuh. Semua orang tau "matte" ni maksudnya tanpa kilatan jadi memang amatlah bersesuaian dengan orang yang jenis kulit berminyak atau combination. Macam tu lah bila i cari foundation mata i terus ternampak matte terus nak cuba

Ni lah mata i ternampak tu
Masa tu harga beliau Rm39++ masa watsons tengah offer. Sekarang harga dia nak dekat RM50 T____T. Bila i pakai, terus jatuh cinta. I rasa tahan dalam 2 bulan jugaklah. Pek dia kecik jer, Masa nak pakai tu tak payah picit banyak2 tapi dia mampu boleh bagi full coverage. Siang i pakai foundation dua kali ok. Masa pagi nak pergi kerja then lepas solat zuhur. Kalau time period i pakai Sampai ke petang pun still ok. Minyak tu mesti ada sikit, klu tak der lansung tu ko pakai simen gitewww kan. Just dap dengan facial oil tissue tu then touch up pakai loose powder. Oh pakai foundation ni pun dah ade 2 orang tegur kulit i flawless, pakai skincare ape katanya. Kalau i cakap i pakai temulawak then jual pun laku agaknya. hahahahah


See, dia full coverage kan. *gambar no filter ok*


Up Pic taik lalat satu. Again no filter nampak misai tu abg lupa nak trim T___T

I ada jeragat sebenarnya kat atas cheek bone belah kiri pun boleh cover. ok dah cun dah jom gi kenduri

Maybelline Fit Me terbeli sebab foundation l'oreal mat i ni dah nak habis. Terpengaruh dengan iklan cakap matte finish dan juga tengok ramai nau review pasal foundation ni bagus katanya. Tambahan pulak masa tu ade offer kat watsons harga sebenar RM 40++, less jadi Rm30++. So why dont give a try. L'oreal tu pun dah jadi harga asal.



Apa yang tak berapa best pasal foundation ni adalah botol dia. Botol dia cantik memang cantik dah cuma tak mesra pengguna. Kalau nak pakai kena tuang kat tangan. Jadi masa tuang tu kena budget berapa degree bengkokan tangan korang supaya tak tertuang lebih. Kalau dah lebih takan nak masukkan balik dalam botol kan. Jadi tak berapa hygenic lah di situ.

Untuk matte finish, ermmmm iyer tapi tak berapa lama. Selepas dua jam muka start berminyak dah. Still Full coverage  memang dia cover pori semua tapi bagi i sesuai untuk kulit dry tapi bukan untuk berminyak. Pilihan i masih lagi L'oreal.


Jeragat i pun x berapa nampak.
Ni selepas dua jam pakai, nampak kilatan dah kan. *no filter*

Ok Sekian terima kasih. Sebagai pengguna kenalah bijak membeli. Kalau result dia sama dengan high end product, why not beli jer dekat drug store kan. (Padahal ko tak mampu zarina!)

Ahhh diam!


K bye


P/S: Foundation essence pun not bad.


0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.