Neelofa dan zouk VS i dan zouk

Assalamualaikum,

Amboi amboi amboi meriahnya...sana sini kecoh pasal neelofa dan zouk. I baca macam nak amik pop corn. Macam-macam komen yang i baca. Ada yang bagi pendapat,makian, cacian,sokongan dan nasihat. Tetapi yang i banyak baca makian lah. Itu pun i tak baca habis, tak der kerja pulak i nak khatam kesemua komen kan. Orang tu punya turban dah sah2 sold out. I punya bisnes ni orang belum bayar lagi..huwaaaaaa!

I malas nak komen pasal venue yang di pilih untuk launch tu. For sure masa buat even ni pun dorang dah plan maybe one two month earlier kan. Mesti dah dorang dah pikir habis kenapa tempat tu di pilih.Cuma yang isu sekarang ni i tak puas hati budak perempuan tu menari macam ulat beluncas kena api dah kenapa! come on u should ambik ucop (instafamous) ajar u choreographer dik.I tengok group idol korea ada gak yang menari sopan. Ni mesti lepas gian, sebelum ni nak masuk club tak bolehkan jadi dah alang neelofa jemput, this is it..inilah masanya! hahahah

Masa mula-mula first picture upload dalam instagram ada tulis kat situ zouk. I macammm wowwwwwwww buat kat zoukkkkkk.Terus i teringat memori zaman budak berhingus lagi. Masa tu i belajar lagi dekat UNITEN. So, biasalah masa tu budak mentah. Semangat membara dan perasaan ingin mencuba tu membuak-buak. Mula-mula sem biasalah budak baik lagi. Meja study i mengadap parking lot. So malam2 selalulah nampak perempuan-perempuan hot boyfriends ambik keluar pergi clubbing. Jadi biasalah budak baekkk. Geleng2 kepala astagggfirulllahhhh apa nak jadi budak2 ni...ah gitewwwwwwkan!

Jadi bila kita berkawan dan bercampur ramai orang, i berkawan dengan my BFF (till now ok! 15 years and counting). So ketiga-tiga ni pernah ke club. Yang sorang hardcore jugaklah. Almost every week pergi. Tapi dia yang paling pandai dimanakah keadilan di dunia ini! huhuhuhuhu.Cuma i sorang sahaja tak pernah pergi. Masa tu pun i baru jer join dorang. Before this i berkawan dengan budak dean list. So kerjanya mengadap buku jelah.

So one day, i cakap i teringin nak rasa clubbing tu macam mana. Make up, pakai hill, pakai baju see through, pakai earing besar gedabak yeah u know kita mesti fit dengan that place kan.Barulah orang keyyyyyellll Jadi suatu malam  keluarlah kami berempat ke ZOUK. Yup masa tu zouk baru bukak and tak silap i kita org pergi time ladies night. Masuk percuma ker acaner i tak ingat.

Masuk dalam, wooooowwwwww gelap! lampu berkelip, muzik berdentam dentum and baru i tau apa tu techno. Jadi nak di jadikan cerita my friend ajak turun kat dancing floor. I pun dengan excitednya jom! Masa ni lah i nak tunjuk skill maybe lagi teruk dari perempuan yang lip syn battle neelofa tu kot hahahaaha.. So, i slowly turun tangga dah tak jauh dah dekat jer lagi ni mata tertumpu ke depan tengok manusia terkinja-kinja. Tetiba, i rasa badan i meluncur laju terussss ke lantai. I jatuhhhhhhh guys! I jatuh!. I tak perasan ada lagi 2 steps. Jatuh tuh masyAllah sakitnyerrrr.Terus potong mood. Muka i masam terus ajak my friends balik. Dorang dah terpinga-pinga kenapa wei kenapa. I cakap i jatuh. Boleh pulak my friend yang belakang i jer pun masa turun tangga cakap tak tau pun i jatuh tangga. Mujur gelap! so tak derlah malu sangat.

Moral of the story, i dapat instant cash dari Allah. Allah masih nak lindungi i dan juga doa dari  mak i suruh pergi belajar bukan main2.Ker i tak ajak mak i sekali..hahahahaah ok tak kelakar. Cuma i ni bukan sapa2, aib i masih terjaga. Tapi i dah tulis dalam blog ni aib terbukak ker acaner?.

Ok guys, macam ni. Dunia ni tempat persinggahan kita. Dunia ni ujian kita sebelum kita nak masuk alam yang abadi. Dan kita dekat dunia ni bukan berseorangan. Kita ada mak pak, adik, kakak, sepupu sepapat. Contoh macam i cakap tadi, mula2 bila tengok org lain pergi club mengucap panjang kan pandang atas bawah. Tapi at the end i pergi jugak. Ni bukan pengaruh kawan ok. Kawan i tak ajak, tapi i yang ajak. Jadi, jangalah kita pong pang maki orang macamkan tak der sedikit pun kebaikan dari dia. Takut nanti yang pong pang pong pang tu akan berbalik pada kita. Tak pada kita, adik-adik kita, anak-anak kita.

Just chill ok. Orang yang sepatutnya pun dah menegur. Yang kita ni aim setiap hari untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Sekian dari ustajah zarina


k bye.


0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.