Lately ni i dah macam sotong dah. Terkejar sana sini. Bila malam rasa letih cannot go dah. Tak paham macam mana sesetengah orang boleh energetic sampai ke malam. Nasib i tak der laki dengan anak. Kalau tak naya jer depa. Patutlah Allah tak bagi i jodoh lagi. Handle diri sendiri pun macam dah penat giler..gitewwww kan.
Entry kali ni i nak cerita pasal macam mana bermulanya hubungan i dengan MARA. I started loan dengan MARA masa tahun 2000. Masa tu ambik Diploma in IT dekat UNITEN. Kita ni macam blur2 jugaklah nak amik antara PTPTN atau MARA. Masa dapat surat tawaran dari UNITEN, dalam sampul tu dah letak siap2 form PTPTN.
Jadi nak di jadikan cerita, i dengan my friends semua pergi ke pejabat admin. Ternampaklah kat papan kenyataan ada tulis pinjaman pembelajaran MARA. Amik form dan kena buat karangan. Karangan pasal apa i tak ingat. Tak lama lepas tu dapat keputusan permohonan di luluskan. Yeay lompat bintang. I rasa semua yang apply tu lulus. Cuma nak ngan tak nak jer amik. Dari sini boleh kenalpasti siapa yang mata duitan atau tidak.
Konsep MARA dia tak akan bagi segedebuk. Dia akan siap2 tolak duit yuran semua. Yang tinggal duit elaun bulanan jer untuk kita. Masa Diploma elaun bulan2 dapat RM300, untuk degree RM 500. Bolehlah kan. Kalau tak cukup amik biasiswa PAMA. Konsep PTPTN pulak, dia akan bagi segedubuk ang ang dekat ko. Pandai2lah ko tolak duit yuran semua , baki dia baru ko amik. Tapi dari sini i nampak mostly memang masing-masing pandai dalam kertas result flying colourskan. Tapi bila aplikasi dalam hidup terus Fail!. Masing2 keluar beli handphone baru, laptop baru. Lepas tu hujung sem muka sedeyyyyyy. Sekarang dah elok kerja tak nak bayar...Biadap!
Belajar dekat UNITEN bukan murah kawwww. Bilik dia bukan macam asrama. Dia lebih kurang apartment. Dalam 1 apartment ada 3. Ada yang blok baru sikit, blok tu ada lif. 1 apartment ada 4 bilik. Satu bilik 200 lebih jugaklah bayar bulanan. Belum campur living cost. Kat apartment tak leh masak. Kena tapau luar. Tapi kita orang degil bawak jer periuk nasi. Macam-macam resepi pulak tu boleh buat. Sedap pun sedap. Masa zaman belajar apa yang tak sedapkan. Lapau memanjang.
So bila tamat belajar. I buat surat rayuan dengan MARA untuk kurangkan bayaran pinjaman. Sebab boleh tahan gak nak bayau semua. Kalau bayar semua bolehlah dapat rumah kos murah sebiji. Alhamduliliah dari RM60k lebih dapat lah kurang yang menjadikan i hanya bayar RM19k lebih sahaja. Itu pun stok2 tak berapa cerdik,. Kalu cerdik tak payah bayar lansung.
Nak di jadikan cerita, i bayar tiap-tiap bulan macam biasa sehingga 2 3 bulan kebelakangan ini i ada financial problem. Bukan i tak bayar, i lewat bayar and ada 1 hari tu i tertunggak 1 bulan tak bayar. Terus MARA hantar surat dekat penjamin menyatakan i tak bayar dan amount tertunggak. Padahal Tertunggak 1 bulan which is RM200 plus sebab ada yang terlewat dan tak update dalam sistem menjadikan sampai RM600 T______T. Then penjamin wasap i apakah ini??Terus i rasa malu ya hamat. So i explain. Penjamin pun bukan org jauh kakak ipar sendiri. But still i tak sedap hati dan malu.
Rentetan dari kejadian tersebut (amboi keluar bahasa buku terus) i terus cari jalan macam mana i nak bayar habis. Actually, i akan bayar habis next year. Tapi bila i tengok hari-hari mendatang agak sukar untuk i jelaskan bayaran bulanan seterusnya, i buat keputusan untuk keluarkan akaun 2 KWSP. It's hard decision actually T_____T. I sedaya upaya untuk keep akaun ke 2 tu untuk i beli rumah atau buat rumah. Tapi i tak nak serabut macam org kejar i bila nak bayar hutang, bila nak bayar hutang aaaaaaaaa tak suka!
So i apply through KWSP website, dalam 2 minggu cam tu dapat sms dari KWSP untuk datang ke pejabat KWSP untuk sign doc and cop jari. Tak lama tu keluarlah ni
The process adalah dalam 1 month jugak kot. It's hard guys really Hard. But i have too. |
So Future Zarina, this entry is for you. Sentiasa beringat2. Ingat yang masa lalu ko susah. Bila dah senang jangan mendongak langit, jangan meninggi hidung. Stay humble and low profile. Bantu mereka yang memerlukan. Ingat semua yang ko ada sekarang adalah pinjaman dari Tuhan.
Hugss!, I love u! Stay strong
K bye,
dari
Kakak yang acah2 kuat.
T____T
0 Comments:
Post a Comment