#PRU14, I'M PART OF THE HISTORY

Assalamualaikum,

Setelah genapnya seminggu kita mengundi baru hari ni nak berupdate. MasyAllah berdebarnya tunggu keputusan. Kali ni PRU lain maceammm punya semangat pengundi-pengundi semua. I tengok dekat instagram, pagi-pagi lagi ramai dah beratur menunggu giliran untuk mengundi. I mengundi belah petang sebab malas nak beratur and malas nak berpeluh. Tapi dari pagi dok masih pikir i nak undi sapa ni..bahahaha..lepas tu berdebar semacam, rasa cam nak berak tengok news, tengok instagram update pasal mengundi ni. hahahahah mengalahkan macam i ni yang calon.

I dengan family semua bergerak dalam 2.30 pergi Sek Men Keb Kg-Baru, tak jauh pun. Nak masuk simpang ke sekolah tu i tengok kereta dah banyak dah parking kiri kanan. Aik, memang lain maceam tahun ni. Sebelum ni tak derlah ramai macam ni sangat. Selalunya sebelah petang dah berkurang orang. Sampai dekat sekolah tu, terus pergi ke SPR nak cek saluran mana and nombor bilangan. Dah dapat tau, i terus ke tempat nak buang undi. Sekali kena beratur daa..adalah lebih kurang 10 orang depan i. Tapi proses tak lama sekejap dalam 30 minit selesai.

Balik rumah, kenalah amik gambar jari dulu...hahahah

Ink kali ni lama jugak seminggu baru habis. Mula2 tak der lak pekat nau, lama-lama makin hitam pulak. Part tak best dia mengeringkan kulit. Tak selesa betul.

Lepas dah selesai mengundi, tak sabar tunggu malam pulak untuk tahu keputusan. Memang 1 hari tu tak tengok chanel lain dah. Selalunya i akan tengok korea jer memanjang kan. Ni balik2 awani, TV3 suku dengan RTM, tu pun kalau panel dorang macam tak best alih pulak kat Bernama News. So far, yang paling best awani. Selamba jer sorang tu suruh pecat Pengerusi SPR sebab lambat nau nak keluar keputusan. Memang lambat weiiiii.. I tidur pukul 4 pagi kot.. itu pun tidur2 ayam jer tu. Padahal result dah tau but unofficial. Bila dia annouce pun 1 negeri. Lepas tu dia suruh reporter tidur. Nak umum lagi di kejut T_____T dah nak ujung2 suruh ahli SPR announce. Takut lerr tueee big bos marah. Tapi i dengar cerita masa kiraan undi tu, dah dapat tau pun sapa majoriti, lepas tu adalah yang tak puas hati, dok suh buat kiraan semula padahal dah pukul 10 malam dah tu.

Dan semua sedia maklum keputusan berpihak ke Pakatan Rakyat. Yang i tak sangka2 Negeri Sembilan pun sama. I ingat dekat sini ramai yang sokong BN lagi. Sebab masing-masing duk sayang Tok Mat. Bagi I pulak, Maybe betullah Tok Mat tu wat keje. Tapi kerja dia tu tak derlah sampai ke PD ni. Mungkin sebelum ni PD PKR menang, and masa tu PKR adalah pembangkang mungkin tak der peruntukan ker macam mana ker...so PD ni i rasa masih tak maju sangatlah pembangunannya. Jalan masih tak best bertampal. Kawasan Teluk Kemang tu kedai kat area dataran tu macam mana zaman i kecik2 rupa dia cam tu sampai i dah besar macam ni masih macam tu jugak berkayu kedainya. Padahal PD ni merupakan Pantai Peranginan Negara and I rasa pendapatan ke dua terbesar N9 dari Port Dickson kot. Kat sini ade 1 power staion, ade 2 refinery..Hotel2 banyak.

I berharap lepas ni, naikkanlah Port Dickson ni. Dulu ada dengar ura-ura nak buat laluan komuter sampai sini. Rail dah ada dah. Sebab dulu ada pengangkutan arang batu. Ada juga dengar nak buat Hard Rock Cafe, last2 melaka buat. Dengar jugak cerita nak buat cabel car..tak nampak gak. Ada jugak terdengar nak buat duty free...ahahahahahahah...

I harap sangat kerajaan baru ni betul2 buat kerja. Punyalah ramai rakyat mengharapkan perubahan ni sampai ambil risiko untuk tukar pentadbiran yang sudah 60 tahun. Pada yang lain tu bagilah peluang pada kerajaan baru ni untuk buat kerja mereka. Ni ada yang netizen duk kecam2 Tun M dah tua, rejim dan sebagainya. I nak jugak tengok yang kecam2 ni bahagia sangat ke family dorang ni. Teratur sangat ke hidup dorang ni. Dalam keluarga tak der bergaduh adik beradik, tak pernah berbalah laki bini, urusan kewangan keluarga baik ker? Ini nak jaga 1 negara tau. Sedangkan orang luar pun respect Tun M.

Tahniah jugak pada rakyat malaysia kerana berani membuat perubahan ini. Ini di sebabkan apa? Sebab kita sayang kan negara kita dan di mana akhirnya kita bersatu kali ini. Great minds Think alike.

Pangkah calon untuk pentadbir negara sudah. Bila pulak nak pangkah calon menantu mak awk? Eh...ciaaaa ciaaaa #siscuba

Sekian dari YB (yang bulat)zarina


K bye!



0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.