Selamat Berpuasa Semua!

Assalamualaikum,



Amacam puasa?? Alhamdullilah hari ni sudah seminggu genap kita berpuasa. I tak kira pun berapa hari kita berpuasa sebab i nak enjoy the moment. Yang i tau seminggu dah puasa ni pun sebab ingat minggu lepas kita start berpuasa hari khamis. Nanti dah nak dekat2 raya akan rasa eh dah nak raya dah? eh nak kena beli baju raya ni..eh kena pasang pelita eh kena buat biskut raya dan eh eh lagi. Lepas tu sedeyyyy nak tinggalkan ramadhan.

Actually i lebih suka bulan ramadhan dari bulan syawal. Sebab keluarga i kecik jer. Sebelah abah jer, sebelah mak dorang tak sambut raya sebab lain bangsa. Lagi pun dorang jauh nun di sarawak. Kalau dekat bolehlah join the celebration kan.  Semangat raya tu 1 day before time mantai semua kena masak2 dan hari raya pertama. Lepas dah habis drama airmata salam tangan semua. Time tengah hari dah tukar uniform jadi bibik.

The best thing tentang ramadhan ni, kita akan battle dengan diri kita sendiri. Yerlah masa ni setan semua dah kena ikat. Yang tinggal dalam diri kita hawa nafsu. Nanti kita akan tengok mana lagi power setan ker hawa nafsu ker setan dengan ko sama2 naik..hahahahah. Eh astagfirullah. Dalam bulan puasa ni jugak i ada goals yang perlu di laksanakan. Setakat ni masih belum ponteng terawih berjemaah di masjid. Cuma lepas habis terawih terus cepat2 nak balik tak join jemaah lain buat tahlil. Sebabkan nak mengejar tidur punya pasal. Pergi masjid pun pakai baju tidur siap2 dah. Nasib boleh cover pakai dengan telekungkan. Sampai rumah terus cabut telekung, tutup lampu terus baring atas katil. Sebagai seseorang yang menjaga kualiti tidur, I perlukan sekurang-kurangya 6 jam tidur. So bab ni susah sikit nak ubah. Lepas ni ada lah yang berkata-kata dalam hati, "ala bulan puasa jer kot time tidur singkat, bukannya lama, sebulan jer. Nanti dah mati haaaa tidurlah puas-puas" *petirrrrrrr*...huhuhuhuhu

Tapi dalam seminggu kita berpuasa ni, alhamdullilah cuaca best sangat. Tak panas sangat. Dentam dentum bunyi mercun guruh tapi biasalah PD ni susah nau ujan nyer. Dia setakat bunyi jer tapi idaklah hujannyer. But it's ok as long as mendung and sejuk jerrr...Ker i duk dalam bilik aircond, bulan puasa ni jarang i keluar kecuali atas urusan kerja...hmmmmmmm





P/S: Kelmarin i ada mimpi ex bf i. Tapi mimpi dia sipi-sipi jer. I cakap on the phone dengan wife dia. Padahal jumpa pun tak pernah. Wife dia marah2 kenapa i ganggu husband dia. Sampai i nak explain terus wife tu letak telefon. Lepas tu i tersedar mak i kejut sahur. Terus i ucap alhamdullillah itu hanya mimpi sahaja. Dah kenapa pulak tetiba aku mimpi ko ni. Oh yer masa i couple dengan ex bf i tu dia bujang k. Lepas kita org brake up dalam 2 bulan dia kawin. Tengok instinct perempuan never take for granted. Dah pepagi aku emo. tapi makan sahur laju jerrrr


K bye!

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.