Salam Ramadhan yang ke 14

Assalamualaikum,

Macam mana puasa korang? Ada Ok kaaa KO kaaa? Hahahha..I Alhamdullilah, Setakat ni semua nya ok. Perut pun baikkk jer bulan puasa ni cuma tekak tu jer haus mencabar keimanan jugaklah. Itu pun i duk opis jer keluar pun kejap jer buat urusan. I tak dapat imagine dorang yang berpuasa di tengah2 panas tu kan. Tapi tahun ni macam best jer puasa sebab cuaca tak berapa panas. Panas pun sekejap lepas tu mendung dan hujan. Tapi tempat yang banjir tu harap tabah melalui dugaan ini.

Setakat ni I belum ponteng terawih di masjid lagi. Walaupun kadang2 lepas berbuka tu macam sedap jer layan matakan. Tapi di sebabkan i tak nak KPI i jatuh, di sebabkan last year i pergi terawih full 30 hari. Kadang2 bulan puasa ni horman i tak berapa stable, raya dalam 3 4 hari baru period...syukkkk oiii..lepas tu sempat buat puasa enam yang tak payah nak rasa ragu2 sebab boleh ker ganti puasa dengan puasa 6 di satukan. Tetapi kalau i buat i tak satukan pun. I buat asing2 tak pun tak buat lansung..hahahahah eh tergelak pulak.

Masa mula2 puasa jer rasa macam alahai lemah nyer badan. Maklumlah baru gear 1 kan. Sekarang dah gear 5 dah stable dah. Lepas sahur i tak tidur pun. Alhamdullilah ok cuma tgh hari dia rasa ngantuk so take a nap sekejap. Baju and seluar pun ada longgar sikit harap2 akan berkekalan atau terus mengecil. Takut jer time raya macam tak sedar diri asyik makan jer terus jadi gemuk semula.

Dah bila masa pulak ko pernah kurus kan. Eh Amboi!


K Bye

P/S: Jangan boros masa berbelanja di PARAM. Macam abah i semua benda nak beli. Last2 dia tak makan. Terpaksa anak bongsu dia makan walaupun perut dah full sebenarnya. Tapi di sebabkan sayang tak nak membazir. Itu pun ada belen terpaksa ke tong sampah jua.

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.