Assalamaualaikum,
Orang nak ber blog ko pun nak berblog kan. Lepas tu sunyi sepi jer blog ni sesunyi hidop ko..haaaaa gitcewww kan perumpamaan. Di sebabkan hari ni cuti, i paksakan diri update blog. Last update pun bulan 3 ari tu. Sebenarnya, ada jer i rasa macam terajin, i tulis jer dalam post, lepas tu save sebab stuck tak der idea i nak merapu or i kan most wanted person dalam company. Sekejap kang ada orang cari, sekejap kang ajak borak tak reti2 balik.
Last week jadual i pack. Hari isnin siapkan semua kerja sebab hari selasa i ada kursus dekat Melaka 3 hari. Sebelum pergi, i siap masak2 dulu sebab my mom pergi honeymoon dengan abah i kat hadyai. Naik keretapi ikut rombongan. Sebab masak juga i nak amik hati sister i sebab benarkan i amik kursus. Gasak dia handle company 3 hari. Itu pun i tengok dia merempan dalam whatsapp bz macam sotong. Kah Kah Kah...i relax jer duk dalam hotel 5 star. Actually, tak derlah relax manapun. Kelas sampai malam. kena buat latihan dalam kelas kena presentation lagi.
Balik kursus hari khamis petang. Masuk kerja ari jumaat tu macam biasalah banyak kerja yang menunggu. And paling tak best report GST satu apa pun tak buat lagi. Kena submitnya semalam. dah melilau tanya semua orang korang jangan sorok2 resit. Hari sabtu ahad pun masuk opis, dalam kepala otak penuh dengan numbers jer. Hahahaha..Alhamdullilah semalam petang settle.
Jadi hari ni, i amik keputusan nak rest jer. Tapi tak boleh jugak sebab kepala asyik duk fikir planning macam mana nak tingkatkan sales lagi ni. Sales ada tapi orang tak bayar. Huwaaaaaa...macam mana nak rolling???Lepas tu bila call nak kutip hutang macam kan kita pulak yang berhutang merayu rayu...sedihhhh weiii. Muka ni pun dah tebal dengan supplier.
Walaupun i majikan but i still pekerja. So kepada sesiapa yang membebel bos dia kedekut taik masin ker, kerja penat gaji takat tu jer. bos garang macam singa, bos asyik nak marah jer. Kalau gaji hang tiap bulan tak pernah miss said syukur alhamdullilah please. Doa Ya Allah, Ya Tuhan Ku Kau majukan lah perniagaan bos ku, Kau berikanlah rezeki yang melimpah ruah pada perniagaan dia. Perniagaan maju, bos korang maju, korang gak yang dapat bonus. Dari korang maki2??What u got? Ok deal?? Because u dont know what ur bos deal everyday.
I alhamdullilah, setakat ni i tak miss bayar gaji pekerja i walaupun gaji i sekarang ni dah kurang dari gaji dia dah. But as my mentor said, kenapa nak rasa malu, rasa down. We are the risk taker. We are More than we think we are.Ada sebab kenapa Allah pilih kita sebagai usahawan. Kita adalah Pejuang!
So esok mulakan tugas dengan semangat baru Kaji balik macam mana kita nak sama2 majukan company ok.
Till then Bye
Selamat Hari Pekerja
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
0 Comments:
Post a Comment