Aidilfiltri Tahun 2018

Assalamualaikum,

Dah 2 minggu raya baru hari ni nak update. amboi raya sakan sangat ke tewwwww. Sebenarnya tak tau sangat nak update ape pasal raya. Sebab tiap-tiap tahun macam tu jer. Harap tahun depan dah ada anak dengan suami baru sexicited nak sambut raya...hahahahah gitewwww kan. Masalahnya sempat ke nak ade anak tahun depan. Maknanya esok i dah kena kahwin dah. Hahahahaha jangan nak mengarut zarina!

So macam biasa, pagi raya still sibuk dekat dapur. Mak i baru nak merendang ayam pagi tu. Selalunya memang rendang akan masak pagi2 selepas subuh untuk kekalkan masakan sampai ke petang. memanglah sangat jarang masak rendang malam. Kebiasaanya pada waktu malam yang dah siap rebus ketupat or nasi impit dan our special dish bila raya sambal daging. Sebab nak buat sambal daging ni renyah. Daging tu kena rebus, potong nipis, lepas tu tumbuk. dah tumbuk goreng pulak. Bawang pulak kena hiris banyak2. Lagi banyak bawang lagi sedap. Dah hiris kena tumbuk pulak. I memang tak suka buat kerja ni. Sebab renyah, banyak pakai tenaga, mata pun pedih jer. But outcome dia memang boombastic. selalunya tak dan nak hidang kat tetamu pun. Kita orang 1 keluarga jer belasah dulu.

I pulak memang tugas i masukkan kuih raya dalam balang ngan mulut sendiri dulu. Kiranya macam cerita p ramlee 1 untuk kau 2 untuk aku. Sudahnya kenyang makan kuih raya jer. Lepas tu kena susun balang, kena susun cawan2 pingan semua. Haiiiihhh perempuan ni dari 1 ari sebelum raya sampai raya tahun depan belum tentu habis..huhuhuhuhuh. Sebab tu i tak suka pakai baju raya fancy2 sangat. Sudahnya aku duk dapur jer.

Tahun ni salam mak abah rasa syahdu sangat pulak, mungkin faktor umur kot. Padahal ayat dia ringkas jer...tapi sebaknya tak perlu ayat-ayat berbunga-bunga pun, dari air muka dan air mata bergenang pun dah faham.


So yang lain-lain macam biasa, sebab kita semua sambut perayaan yang sama di negara yang sama...macam tu je lah adat nya tak jauh beza...hahahaha

P/S: Ayat cover sebab i tak tau nak ending macam mana...hahaha..dalam otak i penuh figure nombor, esok last submit report kat LHDN secara manual. Tapi i nak submit online. Boleh extend 15 hari lagi. Dahlah semalam buat tak balance 1 sen boleh? Sebelum ni hantar company akaun buat. Dia mintak sampai RM 2K...Elok2 kita orang tak di kenakan cukai, tapi kena bayar dorang pulak...end up buat sendiri. So 2K tu boleh tak i claim dari company sebab i buat kan. Jawapannya tak boleh zarina....okkkkk Fineeeee!

Sehari sebelum raya baru nak bayar fitrah


Keluarga Hj Jabar

Keluarga kecil kami =)

Tuan Belog (kadang2 huawei ni tak menahan pulak nengok filternyer...kejelitaan hak milik setiap insan..tetiba!)


Hari raya ke berapa ntah, pergi nilai 3 carik cadar. Harga asal dia bagi RM50. Lepas mintak kurang dapat RM35 jer (1 cadar, 4 sarung bantal, 1 Booster). Kita orang panggil cadar patchwork. Major Love!










Tuan belog lagi. Dah baca kan? Mana duit raya? Jeling!


K bye.


Selamat Hari Raya semuaaaaa!

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.