Selamat dah hantar penyata ke LHDN *yeayyyyy lompat bintang*

Assalamualaikum,

Hari ni datang kerja muka ada senyummm, lepas tu senyuman mati balik lepas tengok kat tangga ada muntah kucing. Tapi sebab mood i baik kan jadi i tak kisah pun, jeling jer ker kat kucing tu. Jadi berpeluh peluh mengemas opis ari ni, bersihkan sawang, bersihkan toilet, bersihkan  muntah kucing. Sebab mood i baik lagi kan...semua aku rajin nau nak bersihkan. Sekarang, dah penat nak start kerja cam malas jadi marilah berblog. Sebab apa? Sebabbbb mood i baekkkkkkk!

Setelah berbulan cuba memahami kaedah perakaunan dan aplikasikan dalam bisnes sendiri. Alhamdullilah tahun ni i berjaya hantar sendiri penyata ke LHDN tanpa hire accounting company or ejen cukai. Selalunya, i akan antar segala dokumen payment voucher, bills, account statement, Invoices, purchase invois dekat dorang. Then dorang akan buat laporan kewangan dan submit ke LHDN. Jadi i tau bayar jer. Walaupun tertelan telan nak bayar dorang. Before this i kena bayar almost RM2K. Baru-baru ni mintak qot kat dorang depa dok charge sampai RM2K++. So i decide tak per buat sendiri jer lah! Which is i rasa is very good decision. Sebab masa ni lah i tau perjalanan kewangan company i.

Kebetulan bulan 4 hari tu, MARA Negeri Sembilan ada anjurkan kursus business accounting for nonfinance. So dari situ i paham sikit2 pasal akaun ni. Masa sekolah dulu, i bukan budak accounting, I ambil aliran Sains. Tapi Sains pun aku tak pandai acaner tu? hahahah...amik Sains sebab nak cop jadi budak pandai jer..padan muka aku kahhhhhhh! Jadi bila i refer balik kat income statement, balance sheet dari laporan kewangan accounting ni buat, I dah macam dari mana dorang dapat this figure doooe. I tak rasa Sales i macam ni. Haaaaa gitukan baru sedar. Tulah percaya bulat-bulat apa dorang buat. Bila suruh amik laporan amik n bayar. Bila baca tak paham. Lepas tu tekan orang bayar sampai 2K. Padahal korang punya bisnes belum sampai tahap kena bayar tax tapi korang kena bayar accounting company sampai 2K. Aaaaaaaa Apaaaaa niiiiii.

ini adalah sebutharga dari accounting company yang my sis mintak

Ok kita tengok eek dari sebutharga tu. Contoh yang RM160K. RM160K tu korang punya sales untuk tahun 2017. Bila u divide untuk 12 bulan RM13K++. Tolak gaji orang, belian stok , belanja bilss semua. Silap-silap untung dalam bulan tu RM2K. Lagi silap tak der untung lansung..hahahah..Tapi kalau korang sendri taukey, sendiri kuli, buat bisnes kat rumah tak yah bayar sewa rumah, bils air api semua laki korang bayarkan, sampai korang amik gaji RM10K sebulan, yang tu i rasa tak der masalah. Bayar kat accounting company celah gigi jer kan. huhuhuhuh...untunggglahhhhh!

Korang tengok pulak disbursement tu sampai RM280 depa dok charge. Untuk call, postage yada yada. Padahal call pun berapa minit jer, postage tak der...kalau dorang nak pertanyaan lanjut kita p office dorang, report g amik sendiri. Dorang tak gerak pun dari meja dorang. Pun kena sampai RM280. Then rujuk pulak bahagian Taxation. Apa hal sampai RM630? Padahal dorang hantar laporan key in jer dalam sistem LHDN and key in figure dari accounting yang dorang dah buat tu. Total charge sampai RM2342.60. Silap2 gaji korang pun tak banyak tu...huhuhuhhuh

So hari ni, i nak bagi panduan dan juga peringatan untuk diri sendiri. Yerlah submit report ni setahun sekali. Takut tahun depan dah terkebil-kebil depan PC apa benda nak key in.

Untuk hantar penyata kewangan ke LHDN apa yang perlu adalah:
1. Income Statement (Laporan Untung Rugi)
2. Balance Sheet (Kunci Kira-kira)

I submit pakai online. Mula-mula pergi ke pejabat LHDN terdekat. Cakap dekat kaunter tu nak pin number untuk access sistem e-filling. Then dorang mintak ic korang. Tunggu sekejap dorang akan print out korang punya pin number and panduan nak masuk ke e-filling.

Bila korang dah berjaya masuk e-filling, klik di e-borang.

klik dekat e-borang bawah e-filling tu. Lupa pulak i nak circle..arhhh paham kan?

Dalam page e-borang

Sampai sini korang pilih mana bersesuaian dengan u olls. Macam i perkongsian. So i pilih e-P. Klik kat bahagian tahun taksiran untuk 2017. which is last year punya statement. Kalau u olls pemilik tunggal korang kena klik dekat e-B. Lepas tu keluarkan penyata untuk rugi dan balance sheet korang untuk key in dalam tu.

Dekat sini macam mana nak dapatkkan penyata untung rugi tu? Cara ni dari cikgu yang ajar masa kursus itu ari.

Mula-mula korang kena asingkan dokumen kepada 3 file utama.

1. Jualan/Sales (invois, cash masuk hasil dari sales)
2.Purchasing/ Belian (ini barang2 yang u beli untuk sales, contoh macam stok, macam i worksyop spare parts)
3. Belanja (bils, gaji orang, sewa kedai)

Dah asingkan, kenalah rekod tiap-tiap satu tu. Buat dalam excel pun boleh. And make sure buat hari-hari. Sebab kita bukan robot, terus ingat masuk database. Nak lagi senang beli accounting sytem yang mudah contoh niagawan. I pakai niagawan. Tapi kalau u olls buat jualan produk senang. Macam i buat servis macam tak berapa kena bila generate inconme statement dari sistem niagawan macam caca marba dah aku tengok.


Lepas tu dalam excel, buatkan 9 kolum. kolum pertama letak hari/tarikh, kolum ke-2 jualan tunai, kolum ke-3 jualan kredit, kolum ke 4 belian tunai, kolum ke-5 belian kredit, kolum ke-6 belanja operasi, kolum ke-7 gaji, kolum ke-8 penghutang (pelanggan) dan kolum ke-9 Pemiutang (pembekal). Lepas tu dari yang u guys rekod tiap-tiap ari tu masukkan dalam kolum ni. asingkan mana satu jualan, belian dan belanja.

Lepas tu end of the month totallah semua sekali. Bila nak buat penyata untung rugi untuk 1 tahun, korang google macam mana format penyata untung rugi.

Dalam penyata untung rugi tu dekat bahagian atas adalah Sales. Letak Total Sales korang tahun tu. Belah bawah Sales adalah belian. Masukkan total Belian korang 1 tahun. Total dari Sales - Belian = Untung Kasar. Kemudian korang dapatkan total Belanja Operasi dan Gaji. Ambik Untung Kasar tadi tolak dengan total 2 ni tadi dapatlah untung bersih korng untuk tahun tu. Kalau belanja lagi besar dari untung kasar, bila korang tolak dapat negatif, maka dapatlah korang rugi bersih.

Macam mana pulak dengan nasib kolum 2 last tu. Kolum penghutang dengan kolum pemiutang. Yang dua ni korang masukkan dalam kunci kira-kira. Lagi sekali korang google format kunci kira-kira. dekat belah kiri Aset tetap, Aset semasa. Aset Tetap korang letak value bangunan, tanah,mesin kenderaan. Aset semasa tadi masukkan cash yang ada dalam tangan, cash dalam bank, nilai stok yang tinggal dan total hutang orang kat kita yang kolum ke-8 tadi.

Kunci kira-kira belah kanan tadi ekuiti pemilik iaitu modal mula-mula masa bisnes tambah dengan untung yang korang dapat dalam penyata pendapatan tadi. Lepas tu ada liabiliti jangka panjang ni kalau ada loan (selalunya nilai ni ambil kira lebih 1 tahun). Liabiliti semasa letakkan Kolum last tadi pemiutang tadi. And make sure kiri kanan ni balance. Yang kunci kira-kira ni korang tanya yang lebih arif sebab dekat aset tetap tu ade susut nilai semua. Yang tu i kurang paham. Hhahaahahah tapi gigih juga nak mengajarkan. Konsep dia korang ada nampak bayangan akaun ni macam mana gitchewwww..

Oh i lupa, masa dekat penyata untung rugi tu kan. Korang tengok untung bersih tu darab dengan 2.5% yang tu untuk bayar zakat. Manalah tau korang kena bayar cukai katakanlah RM2K lepas tu korang bayar zakat RM1.5K so baki RM500 tu untuk bayar cukai. Haaaaa mana lagi berkat kan?

I harap u dapat bayangan apa yang i nak sampaikan ni. Masa bab kolum2 tu korang baca sambil lukislah baru nampak. I ni sebenarnya malas nak tangkap gambar lepas tu nak kena transfer dalam PC ni. I is malas..hahahaha

OK selamat mencuba!

Sekian dari cikgu Zarina. Bak dua ribu!

hahahahahaha

K bye!




0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.