Hari ni bermulalah bulan baru, hari yang baru. Lagi 5 bulan nak masuk tahun 2019. Uishhhhh cepatnya baru nak rasa adapt tahun 2018. Selalunya masa awal2 tahun kan kita selalu tersilap tahun 2017 nak adjust ker tahun 2018 ni tetiba dah nak masuk tahun 2019. Baru hari tu settle hantar penyata pendapatan perniagaan ke LHDN kan, otak i pun dah tuned tahun 2017. Baru-baru ni dapat call dari KWSP, i pergi bayar caruman bulan dah ok tapi pergi tahun 2017. Tak memasal pegawai KWSP call suruh i buat surat untuk adjustkan ke tahun 2018. Kalau tak i kena bayar denda. Dah lah puan tu buat lawak cakap company i ada denda. Bila nak bayar denda tu. I pun cakap tak pernah dapat surat dari KWSP pun cakap i kena denda. I bayar on time jer tiap2 bulan. Sekali dia cakap eh...oh tersilap tengok company. Puan tak lawak ok. Orang dah lah tengah sesakkkkkk ni...huhuhuhu
So far, sepanjang 7 bulan yang dah berlalu ni apa achivement yang i dah buat eek? Jap nak recall. Ermmmm hmmm hmmmm maybe achivement tu tak memberi impak yang besar sebab tak berapa nak ingat..hahahahah..Alahai kesiannya nasib. Kadang-kadang terasa macam down jer. Nak pergi kerja macam malas. Lepas tu bila dengar siaran radio sinar kak bed, oh yer dulu i ada staff ni suka buka radio jer mesti sinar. I dah macam apa bendalah itu stesen untuk orang-orang tua. Sebab staff i tu pun dah berumur. Sekali sekarang ni i pulak yang minat sebab banyak lagu-lagu old school kan. Jadi boleh join sekali nyanyi. T____T
Pukul 10 jer i akan bukak radio dengar celoteh kak bed aka Abby Fana. Sebab kak bed ni akan buka topik isu-isu kemasyarakatan. Baru-baru ni topik pasal isu anak2 selepas bercerai. Walaupun dah bercerai tanggungjawab sebagai ibu dan bapa tak terputus. yang putus pertalian suami isteri jer. Yang anak still tanggungjawab bersama. Lepas tu adalah seorang pendengar ni dia cerita dia dari kecil lagi mak bapak dia bercerai. Lepas jer bercerai bapak dia terus jer menghilankan diri. Terkontang kanting lah mak dia membela sekeluarga. Tak silap i mak dia pun meninggal awal. Dia pulak umur 18 dah kawin. Baru kawin dalam 3 tahun macam tu ada anak sorang ker suami dia pulak meninggal. I dengar Allahu sebaknya. I rasa diri i ni macam tak best jer sepanjang 36 tahun hidup. Lepas tu dia cerita lagi, baru-baru ni dia di sahkan bone cancer. Terus i meleleh air mata. Besar nyer dugaan dia. I ni semua cukup, makan cukup ada mak bapak, ada tempat tinggal yang tak cukup duit jer. Pun dah rasa apalaaaahhhhh nasib...Terus istighfar.
Kalau kita rasa diri kita ni malang, ada orang lain lagi yang lebih malang. Sebab tu cikgu i cakap nak rasa nikmatnya hidup pandanglah ke bawah jangan mendongak terlalu lama. Terus i rasa insaf lepas dengar dugaan puan pendengar tu tadi. Allahu kalau i ada kat tempat dia macam mana? Sebab tu Allah takan uji seseorang tu tanpa kemampuan dia. Kita merancang Allah juga merancang tetapi rancangan Allah lah yang terbaik. Jadi sentiasalah bersangka baik pada Allah.
Sebenarnyakan, i nak bercerita pasal semalam i dah selamat hantar penyata cukai GST. Tapi terpanjang cerita yang lain. I harap ini yang terakhirlah hantar penyata ni. Sebab makan hati weiiiii duit keluar nak bayar. Setiap kali tengok duit masuk mesti kena remind tu semua bukan duit company, kena put aside pulak untuk GST.
Bye-bye GST...Cukuplah kita berjodoh selama 4 tahun lebih ni. Harap u tak kembali lagi. |
P/S: Oh nanti nak pergi beli bendera. Bulan ni kan bulan kemerdekaan. Dulu ketua kampung dah tegur, tempat berniaga kita orang ni tak ade semangat kecintaan pada negara. Baiklah tok ketua, nanti kami pasang bendera yer, Tahun ni lain maceaaammm pulak semangat kemerdekaan kami. Tapikannn...tahun ni jawatan ketua kampung pun dah tak der. Alaaahaiiiii
K Bye
0 Comments:
Post a Comment