Dulu kan masa zaman remaja, kulit muka i memang jenis berjerawat. Pertama maybe faktor keturunan. Sebab adik beradik tak der muka yang licin macam korea. Kedua sebab dulu tak meriah dengan skincare macam sekarang. Pengetahuan pun limit pada pemakaian pencuci muka jer. Lepas tu tak letak apa-apa dah. Toner ker, moisturizer pun hapa aku tak tau. Ketiga, faktor kewangan (yang ni sampai sekarang pun masih di belenggu dengan masalah yang sama...kahhhh!)
Jerawat dekat kulit muka i dulu ni macam laut. Sebab bila jerawat seketul dah tumbuh, datang yang baru. Macam laut ada pasang surutnya. Kitaran tu sentiasa ada non stop. Sampai satu tahap bila kawan2 tegur pasal jerawat, i jawab..biarlah dia pun nak hidup jugak. Haaaaa ko mampu menangkan jerawat? Jadi pada yang ada masalah jerawat tu sis feeeeeeeeeeellllllllllllllllllllllllll u!
Bila dah masuk 3 series, muka dah slowly clear with acne. Sebab ehemmm dah bijak sikit kan. Dah tau pentingnya step by step skincare yang perlu di pakai. Kebiasaannya orang yang kulitnya berjerawat ni mempunyai skin yang oily/berminyak. Jadi langkah pertama untuk membendung masalah kulit berjerawat ini adalah untuk control oil di muka kita. Tapi janganlah benci sangat pada minyak di muka ni sebab menurut kajian orang yang kulit berminyak ni nampak lebih muda dari umur sebenar. Tak payah contoh jauh2, ambik i jerlah sebagai contoh. Orang still ingat i umur dalam 28, 29 gitewwww....hahahahahahah ok next!
Macam mana nak control oil muka kita? Pilihlah pencuci muka yang betul. Pilih type oil control clenser. Sebelum ni i belasah jer pakai pencuci muka, asalkan murah. Sabun beras pun pernah i cuba sebabkan terpengaruh dengan muka sales girl tu. I ingat lagi pergi padang besar perlis tu sekali minah thailand tu punyerlah cun gileee. Sikit2 i pandang muka dia. Padahal dia pakai simple jer. Tak payah make up, tapi kulit dia cantikkkkk ya ampun. Terus beli banyak2. Tapi end up muka tak jadi pun macam muka dia. Hahahaha.
I pernah pakai pencuci muka nutox. Masa tu mula2 fazura jadi duta. Sebabkan fazura tu gurl crush terus i beli 1 set. Tengok perempuan ni kan senang jer nak mejual. Tunjuk perempuan2 cantik terus terpengaruh T____T. Nutox besssstttttt!, Toner dia best tak payah pakai cotton. Terus spray dekat muka. I pakai jugak moisturizer, serum and night mask dia. Buttttt pencuci muka dia tak berapa nak serasi dengan i. Muka i still berminyak. Jadi i tak pakai pencuci muka dia. Toner, serum (serum dia paling the boom untuk kulit berminyak, Bila u guys apply kat muka dia cepat menyerap dalam kulit, lepas tu rasa macam tak pakai lansung)still carry on.
Jadi, bila i tak pakai pencuci muka dia i pun pergi lah membawa diri ke watsons. Oh i punya skin care semua dari drug store jer. Yang best nya pulak ada sesetngah watsons ni tak der sales girl. Jadi tak der sapa2 kacau promote produk dorang. Bertapalah i dekat situ pilih pencuci muka yang i rasa paling sesuai untuk kulit berminyak and i found this
Presenting Himalaya Neem Face wash! Haaaaa Tepuk! |
Ini penyelesaian sebenar! |
Oil control Lemon face wash ni bagi i memang terbaikkkkk untuk control oil dekat skin. Before that nak masuk tengah hari i dah stand bye oil control tissue. Tapi sekarang i dah jarang pakai dah tissue tu. Anak-anak buah i pun pakai himalaya dah. Dorang dah remaja umur dalam linkungan 22 23, masa ni kan jerawat tengah mengilakan. Dorang tak derlah tegur kulit muka i dah ok. Dorang cuma tanya acu pakai pencuci muka apa sekarang. Diam2 bila dorang balik rumah tengok dalam bilik air ada pencuci muka himalaya. See? i adalah testimonial terbaik tau. Ada juga orang-orang yang berurusan dengan i tanya kulit i cantik i pakai apa. Bab ni i tak tau nak sebut apa. Selalunya i jawab campur2. memang i pakai campur2 pun. Pencuci muka lain, toner i pakai nutox.
Sampailah baru-baru ni. To be exact, awal tahun ni. Kulit muka i macam tak bagi kerjasama jer. Asyik2 berjerawat. Tapi bukan jerawat yang sebatu boleh nampak. Macam jerawat halus2 tu. Bila kita sapu muka macam tak sedap lah. Especially tang dahi. Jadi i mengelabah. Maybe i dah pakai produk ni for 5 years. Dia macam dah imune. So i decide untuk tukar pada yang lain. Sekali lagi i pergi bertapa kat watsons carik produk yang sesuai untuk oily skin dan acne. Bila belek2, buat kajian, tengok budget and i pilih yang ini
beli sekali toner dia. Toner kena pakai dengan kapas. Bau toner dia macam ada bau2 hospital. Macam anti kuman
Tak cukup dengan itu, i beli ni pulak. range yang sama dari naruko. Mask ni warna hitam. Bila pakai dah macam zorro.
Tak puas hati lagi?
Naruko clay mask. Kan i dah cakap i mengelabah tadi. Bila dah sapu clay mask ni, bila u cuci muka rasa bersih, segar and sejukkkkk jer. Sebab dia ada macam rasa mint.
Pencuci muka tu i dah pakai botol kedua dah. Nak tengok muka u belek2lah entry sebelum ni. Hahaha punyalah pemalas kan nak transfer picture dari hp. Sekarang muka dah bebas jerawat, lebih confident and conquer the world!!! tibaaakannn
Ohhhh ohhhh 1 lagi. Sebaik mana pencuci muka u pakai, if tak remove u punya make up pun tak guna juga. Faktor utama jerawat i beransur pulih dulu sebab i pakai make up removal. Sebelum2 ni kan i cakap i naif, tak berapa tau pasal skin care semua ni. Sehinggal i ada terbaca make up removal adalah penting dan benda paling utama dalam skin care regime kita. Bila muka kita dah bebas dari foundation, barulah kebaikan produk selepas itu akan meresap dalam kulit kita. Untuk make up remover i pakai yang ini.
Sekian,
dari bekas muka berjerawat. From duck to pwincesssss. Nak jugekkkkk (eh tapi duck dah mahal kotttt!)
P/S: Towel muka dan Towel badan biarlah berlainan. Ni yang lap bontot tu jugak lap muka.
K bye!
0 Comments:
Post a Comment