Assalamualaikum,
I perasankan makin i meningkat dewasa (tak nak guna tua, eh terguna pulek) i lebih cool down. I lebih banyak berdiplomasi dengan diri sendiri. Contohnya, bila i received complain from customer i akan dengar dulu apa yang nak di sampaikan. Sementara dengar, cari the best way to explain and macam mana nak susun ayat supaya apa yang i nak sampikan di terima customer sampai dia akan rasa haah betul jugak.Khennnnnn!
Tapi i ni pun bukan jenis cepat melenting nak marah customer tak tentu pasal. I prefer untuk diam. Tapi orang cakap yang memendam ni lah sekali dia dah melenting, gunung pun boleh runtuh. Pernah sekali i gaduh dengan customer. Dia ni seorang yang kerja suka last minute and tak ikut prosedur yang betul. Kerja yang berasakan purchased order or local order ni, ada step by step dia. First, kita bagi quotation. Dia setuju, dia akan keluarkan purchased order. Dari purchased order ni lah barulah kita buat kerja. Dah kita buat kerja kita keluarkan invoice and received payment.
Tapi mamat ni, apa pun tak der terus jer call bg arahan buat kerja itu ini. If kalau kerja dah selesai and dia tak bayar macam mana? i nak claim macam mana? Di buatnya dia busuk hati ker tiba2 dia twist sapa suruh u buat kerja. Tak ko rasa nak bagi kaki ker?
Sebelum tu i dah buat kerja yang dia arahkan tanpa prosedur yang betul. Dan sudahnya 2 bulan baru dapat payment. Dah tu cam ner nak rolling? Sebelum ni punya kerja ko belum bayar, ko hantar lagi kerja. So the next kerja, i cakap dengan dia lepas ni nak buat kerja kena ada workorder baru i buat. Dan benda ni pun pihak HQ pun dah siap pesan. Ada Workorder baru boleh buat kerja, kalau tak der u buat jugak, if anything happen kami takan bayar. Seeeeeeee!
But this mamat so degil. Dia buat lagi daaa. So i malas nak layan. I tak pick up his phone. And his keep calling sebab kerja tu urgent. I fedulikkk hape kan. Macam i cakap tadi i dah lama pendam ni. Yerlah, kerja dah buat, tapi tak bayar. I rasa kan i ni dah bukan buat bisnes dah tapi buat charity. Tiap2 bulan struggle nak bayar bills, bayar staff, bayar hutang supplier. If dorang ni kalau company bayar lambat melenting tak? Kadang2 i tak paham orang-orang macam ni. Ko dah di beri gaji buat jerlah kerja. Tambah sekarang semua pakai system. Bukannya ko kena buat paper work bagai. And yang bayar kita orang bukan pakai duit ko pon. Duit company. Bila nak suruh kita buat kerja, kemain lembut lidah lagi. Keep calling kita bila nak siap. Bila kerja dah siap krikkk krikk krikkk. Bila call pengarah tak derlah tak boleh sign. haihhhhh stress tau!
So berbalik kepada mamat tadi, he keep calling me sampai i naik rimas. Kejap-kejap dia call, so i decide to pick up his phone. Then dia cakap u tau tak kenderaan ni nak bla bla. I cakap i tak tau. Memang i tak tau pun dah ko tak mention earlier. So dia tinggi suara macam mana boleh tak tau? Amboi amboi kan...I apa lagi melenting lah. Dah u tak tulis dalam sistem bila kenderaan tu perlu bla bla...i dah cakap dengan u kan kerja mesti ada workorder, dah lah job sebelum ni satu apa pun tak bayar lagi. U tau tak that job i tak boleh buat. I kena suruh supplier i buat and i tak dapat credit terms dari that supplier. I kena bayar cash on the spot when the jobs done. Benda ni boleh request awal kenapa u suka buat kerja last minit! U punya kerja last minit tu menyusahkan I! Amacam?berani ko melenting kat customer macam tu? Then dia cakap ok oklah. Sudahnya setahun dia tak bagi job kat i...kaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
But now everythings ok. Dia kena hantar jugak dekat i sebabnya terpaksa. Tapi kerja-kerja yang bengkel lain tak boleh buatlah. Tapi i suspect dia ada simpan grudge dekat i lagi. Dia ingat i tak tau i banyak mata2 sampaikan..ha ha ha ha.
I ni cepat marah and cepat sejuk. Lepas kejadian tu i serba salah sebenarnya. I should not do that. Tapi ego kan, i tak naklah kalah. Maklumlah hati muda. Sebab tu i cakap sekarang i more cool down. Bila cakap dengan customer sekarang yang lembap bayar tu gelak2 jerlah. Letak phone maki2 jugekkklah khennnn...ala korang pun sama mesti buat macam i jugak kan kan kan
I ni kalau jenis tak puas hati i akan teringat-ingat jer. Macam hari ni. Dah lah 1 hari seminar duduk dengar jer orang bagi talk. Terasa jugaklah punggung i tambah lebar 1 inci lagi. Received call from satu jabatan ni. Tapi i tak boleh angkat lah. Sebab dalam dewan. So time lunch i return call, dia tanya satu kenderaan dia ni. Kenderaan dia dah lama tersadai kat bengkel i. Timing belt putus, dan gear problem kena tukar gear box seketul. Masa timing belt putus pun dah breakdown kat tempat kiri kanan kelapa sawit yang kebarangkalian 1 kenderaan 15 minit lalu. I cakap i call towing, tunggu sekejap nanti tow truck sampai. But other driver insist suruh follow dia sebab dia nak ambik driver kereta yang breakdown tu. Ok pergilah i berdua dengan kakak i buat teman. Sebab budak2 bengkel occupied.
Sampai tempat tu, memang sunyi, driver dua ekor tu dah blah. Tinggal i berdua dengan my sister. Scary tak boleh cakap apa dahh. Tunggu tow truck lama jugak dalam setengah jam tak sampai. I tak sedap hati, i cakap ngan my sister kita cari tempat yang ada orang lah. Kereta dorang biarlah. Yang penting nyawa kita. Bila i gerak dalam 1 km nampak tow truck sampai. Kita orang fuhhhhh lega lah. Diver tow truck cakap berani nya korang duduk sini dah lah sunyi, baru ade kes kat sini orang kena samun. Ko rasa?
Kejadian breakdown ni dah lama bulan 4 ari tu. So today that pegawai call me. Dia cakap kereta tu dah pasang balik ker enjin dia. Actually, sebelum nak buat sebutharga ni i bincang dengan pomen pasal kereta ni. Kita orang dah give up sebab spare part tak der and susah cari. I dah maklumkan dekat pegawai tu kita give up tak nak buat. Tambah lagi dorang tak der budget. So buat apa nak pening kepala nak buatkan. So i charge towinglah. Sebutharga untuk repair i tak bagi sebab tak nak buat. Pegawai ni bijak nya dia cakap buat jer. I cakap kalau nak buat kena bukak semua sebab nak tau head dia boleh guna lagi ker dah macam buat overhaul dah. This lady cakap tak per buat jer.
So pomen pun buatlah. Sampailah dalam 2 mingu lepas dia cakap tak jadi nak repair, kereta tu nak lupus. Bajet tak der. Dia suruh pasang balik and towing ke tempat dia. Sedap tak telinga dengar dia bagi tau macam tu. Apa dia ingat macam pasang lego ker. Dah lah towing sebelum ni tak bayar lagi gaiiisss. So i cakap puan saya akan kenakan charge untuk psang balik. Bukan senang nak bukak sampai dua orang berapa hari mengadap kereta tu sebab dia nak sebutharga cepat. Head dah bukak nak pasang balik skru berterabur. Dia cakap kalau macam tu buat sebutharga untuk upah dan towing.
Alih-alih hari ni dia call tanya dah siap pasang? Sebab pengarah dia dah tanya.Dengan tak der LO nyer dengan towing sebelum ni tak bayar lagi. Bayangkan towing sebelum ni bulan 4 satu apa pun tak der lagi, dia nak suruh buat kerja yang ni sekarang. Dah tu dia nak bayar bila tahun depan? I cakaplah belum sebab tak der arahan untuk pasang balik. Terus dia macam tinggi suara! Haaaaaa bab ni yang i nak melenting ni! But well macam i cakap tadi i cool down. I cakap slow jer puan suruh bagi sebutharga je tak der suruh pasang balik. Lepas tu dia cakap dah bagi sebutharga ker. I cakap dah. And then dia cakap ok nanti dia nak bincang dengan pengarah. Binnnncaangggggggggggggggglah! Aku tunggu jer nak cakap dengan pengarah ko ni. Geram pulak aku kan. I rasa kan kerajaan sekarang bukan sahaja pecat pekerja lantikan politik. Patut pecat orang-orang macam ni especially dekat bahagian perolehan. Walaupun tak semua. Tapi dalam 10, 9 perangai macam ni.
Ishhhh sampai sekarang ni geram tau. Actually i nak buat status dekat whatsapp..nak bagi ayat perli "Dah suruh orang buat kerja, bayarlaahhhhhhh!!!". Tapiiiii dalam contact list i ramai customerkan. Nanti terasa pulak. Sebab mostly perangai macam tu kahkahkahkah. Tu yang i luahkan kat sini. Sebab no one knows about my blog.
And kalau i down i nak baca balik biar hati i panas balik supaya i kerja lagi kuat dan buktikan pada dorang, Rezeki bukan datang dari kolah tapi dari Allah. I nak jadi kaya and tunjukkan kat dorang tak dapat job dari korang pun tak perlahhhhhh!
Oh yer, pegawai yang sama call lembut jer suruh pergi tengokkan van jabatan dia rosak tak boleh gerak. Pergilah pomen tengokkan. Bila dah buat sebutharga lepas tu senyapppp jer. Bulan lepas i nampak elok jer van tu gerak. Maknanya dah repair lahkan. ko pelawa kontraktor lain guna kita orang punya diagnose kerosakan and bagi harga lebih murah. Tak per tak per...Allah ada!
aishhhhhhhh gerammmmm eehhhh!
K bye!
Ni yang nak marah ni!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
0 Comments:
Post a Comment