Cameron Highlands Lagi!

Assalamualaikum,

Last week i dengan family pergi holiday dekat cameron highlands again! Kiranya ini kali kedua kami ke sana for this year. Itu pun masa dalam kereta otw nak balik..dah masing2 sembang next year kita datang lagi nak stay kat hotel sama..nanti nak beli itu nak beli ini...lepas tu bising macam mana nak bawak balik barang ni, kereta dah penuh..maka berimpitlah dengan kaktus, bunga, keledek, sayuran dan petai..belum masuk dengan bantal dan selimut bagai. Padahal sebelum pergi tak der benda pun nak beli dekat cameron ni...pergi nak makan strawberry coklat jerrrr...JERRRR!!Lain kali jangan percaya kata-kata JErrrrr itewwww..hewhewhewhew

Btw kita orang suka sangatlah Cameron ni. Sampai sana mesti berangan kan best klu ada 1 rumah kat sini. Lepas tu plan pulak nak pencen duk sini. Jauh dari kesibukan duniawi. Duk sini tenang jer, udara pun best. Itu berangan lah. Lagi pun berangan kan free. Mana tau kalau tercapai. Aminnnn..cepat aminkan.

I rasa sebab kita orang ni duk kawasan laut so panas tu lain maceammmm...so we demand pergi holiday yang sejuk2..nak pergi europe, atau yang paling dekat cuaca ala2 europe ni kat jepun atau korea belum mampu lagi derr..Tapi cameron pun apa kurangnyakan..best jer..itu pun duk atas tu dah tak menahan sejuk ang ang..Dah duk atas, bila sejuk melampau especially bila malam rasa haih cepatlah balik...tapi bila time nak check out, rasa apsallah cepat sangat ni wei...kan best kan kalau hidup ni travel jer. pergi tengok negara orang, budaya orang, makanan orang..tapi tu lah duittt tu tak berapa nak ado...ni yang cepat nak kurus ni boleh kawin dengan laki kaya...Kahhh...gurau guys gurauuuuu...nanti ada pulak cakap ada orang jauhhhhhhh lagi susah..bersyukurlah apa yag ada..BAikkklahhhhhh!

Ok, kali ni i book kat hotel lain. Sebelum2 ni kita orang pernah tidur dekat hotel titiwangsa. Hotel ni murah..tepi jalan dan bawah tu ada deret kedai. Kedai makan pun ada. So tak susah nak carik makanan. Masa book hotel ni dia bagi dinner free steamboat. Tapi yang tak best sangat sebab tilam dia keras. Banyak kali gak lah i terjaga sebab tak selesa tidur. I dont know maybe badan i mengada ngada sampai lelemak belakang badan pun x dapat nak cover kekerasan tilam tu. Overall ok jerr.

Lepas tu awal tahun hari tu kita orang tidur dekat Century Pines Resort. Ambil dua malam and including breakfast. Harga 700++. Better book direct kat hotel tu punya website jer dapatlah murah sikit. Ambil bilik duplex suite. Bilik ni dua tingkat. Kat atas tu King bed. Kat bawah sofa bed. View sangat cantik. Parking pun tak der masalah. Terletak kat tanah rata. Kalau dekat Cameron ni i prefer kat Tanah rata sebab tak sesak sangat rasanya. Kami ada 8 orang. Mak dan abah i tidur bawah sebab tak larat nak turun naik. Jadi berdua tidur dekat sofa bed yang bila baring terasa besinya itu. Dekat atas katil king berimpit 4 orang tidur. Lagi dua tu orang bujang pandai2lah korang carik tempat nak tidur.

Kali ni yang pergi Cameron 7 orang. I book hotel beli kupon dekat myfave. Myfave ni dulu di kenali sebagai groupon. So dia bagi selction hotel yang join dengan dorang lah. So i pilih apartment sebab yang sebelum ni tak selesa sebenarnya. I amik Iris apartment resort. Harga RM689. I saja pergi website dia nak book. Harga jadi RM800.

Iris apartment ni ada dua tempat. Satu lagi Iris Hotel. Masa mula2 sampai kita orang pergi sini. I rasa pelik sebab dalam gambar lain. Bila tanya receptionist rupanya tempat lain. Tak jauh dari simpang nak ke Tapak Pasar Malam. Bersebelahan dengan smoke house. Eh smoke house tu cantik gilerssss kot. Instgramsss sangat. Boleh masuk ker eekkk..Sebab dia tutup kat entrance tu ada orang jaga.

Apartment yang i pilih kali ni di sukai semua orang. Sebabnya setiap orang dapat bilik. And paling bahagia i lah sebab tidur sorang. Tapi malam i tak kasi orang tutup pintu. Sebab i is takut. Apartment ni ada 4 bilik. Bawah ada 3 bilik. Atas ada 1 bilik yang besar giler. Keluasan dia sama dengan keluasan aras bawah tapi 1 bilik dia saja. Dapur dia ada peti ais, rice cooker and kettle. Setiap bilik ada bilik air. Senang tak yah berebut. Tapi bilik i air panas dia sekejap jer. lepas tu sejuk balik dah pulas habis pun dia tak nak panas. Bayangkan tengah mandi sedap panas tetiba slowly sejuk..tak kelakar wei bila dekat luar cuaca 16 celcius. Lepas tu terlompat-lompat macam beruk mak yeh, dengan ahhhhh tak payah imagine nightmare!

Kita orang sampai Cameron dalam kul 4 macam tu. Check in pukul 3 katanya. Tapi bila sampai cakap bilik tak siap. Perjalanan yang 5 jam bila cakap bilik tak siap lagi sebenarnya tak der lah kelakar sangat dik. Nasib cuaca sejuk, view pun cantik. Takderlah nak marah senyum jer. Nasib tak lama pukul 4.30 dah boleh masuk.Tapi i rasa straight jugaklah dorang ni. Siap tanya berapa orang semuanya. Walaupun dalam T&C dorang adalah tulis apartment kita orang ini hanya 8 orang sahaja lebih kena top up lah. Tapi kebiasaanya i pergi hotel lain tak derlah tanya walaupun bilik tu hanya 6 orang jer. Jadi nak seludup orang pun agak risau sebenarnya. Dekat apartment ni jugak 1 apartment 1 parking. Saper bawak lebih kereta sila parking di tempak lain. Actually bawah bukit jer tak derlah jauh mana pung. Nanti dorang akan bagi siap 1 kad kena letak dekat dashboard.

Tapi tang bilik i memang sangat2 puas hati. Dorang pun cakap best sangat. Next year datang nak book dekat sini lagi.

Ni dari pintu masuk, Masuk jer ade dapur. Nampak tangga spiral tu? Itulah tangga ke tingkat atas. I ada video tapi malas pulak nak upload. Dengan audio nya annoying. Anak buah i macam "perghak" sikit sebab ada bilik kat tingkat atas.

Ni view dari balkoni luar. Last day tu mak i cakap cantiklah padang kat luar tu macam padang golf. Ala comelnye mak sapa ni..tu memang padang golf T____T

So aktiviti kat Cameron ni biasa jelah. Pergi tengok cactus. Pergi Pasar Malam. Memang pergi sana sebab nak enjoy the view.









Tempat ni nama dia smurf inn. Rumah kat sini cantik gilers..Tapi nampak macam Tabung Haji punya. Btw, i tak nampak pulak smurf?

Ni masih kat smurf inn. Naik atas sikit ada strawberry park. Kalau nak beli cactus kat sini murah. RM10 dapat 11 saiz kecik. Kalau kat Pasar Malam atau kat Century Point RM11 dapat 10. Tapi century point banyak pilihan lagilah.

Ni otw dah nak balik dah. Mesti singgah dekat Cameron Tea Valley pekena teh 1 teko 18 hengget tu. Padahal kat rumah berlambak jer teh kan. Tapi kat sini lain macam lak rasa teh dia.

Sebulan sebelum pergi pun dah berzikir nak petai cameron T___T. Lepas tu tak menyempat nak beli jugak. Padahal kat bawah banyak lagi
So, thats all. Ni pun berzaman i nak tulis entry. Lama dah masuk draf.

Cameron i will be back...

Bye!

#CameronHighlands
#IrisApartment
#Apartmentareacameronhighlands

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.