Assalamualaikum,
My circle sebenarnya adalah family jer. Kerja dengan family,
duduk dengan family. Jadi hal2 I adalah berkisar tentang keluarga I jer. Rutin
harian I, on weekdays kerja. Malam just berehat di rumah layan TV, On weekends
memang spent masa dengan keluarga or ada budget lebih tu akan lepak2 dekat mall
also with my family.
Bukanlah maknanya I tak bercampur dengan orang keliling. Ada jemputan kenduri I pergi.
Ada jiran
bukanlah tak menegur lansung. Nampak, sembang macam biasa. Tapi sembang pun I
make it short. Sapa tanya khabar. Cerita perihal anak2 dorang. I pulak mostly
cerita pasal kucing I?hahahaha sedihhhh! But better than cerita pasal peribadi
orangkan . Sebab I tak nak bagi peluang dan ruang untuk dorang korek cerita and end
up dorang akan membawang dengan jiran lain. Believe me I know my jiran very
well.
Sebab jiran I ni datang rumah cerita perihal orang macam
diri dia tak der cacat celanya. Jadi tak mustahillah kalau I cerita masalah ker
dia akan jaja ke orang lain pulak kan.
Selalunya bila dia dah start bercerita tentang2 hal orang ni, I akan diam,
angguk2 or lemparkanlah senyuman.
Yerlah mungkin tak der modal nak cerita, jadi dengan
bermodal “keburukan” orang ni barulah rancak sikit nak berbual ye dok?
Baru-baru ni datang seorang supervisor kenderaan. Kita berbincang
pasal kerja mulanya. Before this kita communicate through phone and whatsapp.
So dekat whatsapp pic profile muka I lah kan. Jadi bila berjumpa tu dia cakap kenapa muka
dalam gambar lain and in real life lain. I jawablah ooo tu gambar lama,
biasalah edit2 picture.
So dia macam tak puas hati, maybe dia high expectation kot I
lawa giler macam dalam picture profile dan menaruh harapan nak mengurat I ker
apa?..Then dia boleh cakap letaklah muka sekarang. Masalahnya, U siapa?
Whatsapp I, suka hati I lah kan.
And dia sendiri pun tak letak muka dia. Anddd dia dah kawin. Anndddd sebelum dia
nak cakap rupa I, dia tak tengok diri dia kat cermin ker dulu. Kalau muka I
lawa macam dalam picture tu sekali pun confident sangat ker I nak dia. Haaaaa
sakit pulak hati kita wak.
Tapi I senyum jerlah. Walaupun dalam hati I nak jer maki
fizikal dia khennnn.. Tapi macam mak I selalu pesan biar orang buat kita jangan
kita buat orang. So I diam jer lah.
So dia bercerita lah pasal kerjaya dia ooo I can say brag
about how percaya orang atasan kat dia ni sampai bos dia ni dengar jer cakap
dia. Kunun nak tunjuk how powerful lah dia. Then dia bukak pulak cerita pasal
anak buah dia (staff bawah dia) nak kahwin lagi satu. Dah ada anak 5, nak cerai
bini pertama and nak kahwin lain.
Cerita pulak pasal member dia ada hajat nak kahwin lagi satu
tapi tak jadi sebab bini dia kena potong dua belah kaki ada sakit doctor salah
bagi ubat and kaki dia hitam mereput. Tak jadi kahwin because of this guy tahan
jangan bagi kahwin. Nak mention dia pejuang hak wanita lah tu
Dan sampai kemuncaknya tak boleh blah dia cerita pasal
rumahtangga dia kat i.. What the Heck! Dia cerita duduk satu rumah, tapi tak
sebilik. Dia bilik lain, bini bilik lain. Dah lama tak makan dekat rumah asyik
makan kat luar. Bini tak masak. Bini tak gosok baju kerja. Bini ego bini dia
bla bla bla…Jadi situasi ni I nak jawab apa? I tak belajar psikologi tau. Belajar
ekonomi rumahtangga pun I belajar menjahit, masak tak pulak i di ajar how to solve
others marriage problems doh! Sampai dah tak tido bersama dengan bini pun ko
nak cerita kat aku apa hal!
Jadi I bagi jawapan selamat. Adalah tu yang dia marah sangat
tu. Encik xxx bawaklah dia pergi jalan2
heart to heart talk, bincang elok2. Dia pun jawab dah bincang dah, dah bawak
jalan2 dah, dah bagi dalil2 kalau tak hormat suami apa akibatnya (which is dia
google, and suruh bini dia baca)..hurmmmmmmm
Dalam hati I bila lah dia ni nak blahhhh!
Sekarang ni dia tunggu jer bini dia mintak cerai. Dia tak
nak bukak mulut. Biar bini dia mulakan.
Lepas tu dia tanya I dah kahwin belum. I jawab belum. Dia
cakap kenapa tak kahwin lagi. Seronok kahwin ni. Dah
puuulaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk!
Selepas tu ada lagi seorang supervisor datang, ajak dia
keluar.
Rasa nak sujud syukur jer I
Dan sekarang ni tak memasal I dah jadi makcik bawang cerita
dalam blog ni. Actually, ramai jer yang macam kondem rupa paras fizikal i. Yang
bandingkan I dengan adik beradik lain. I pun tak paham kenapa dorang macam tak
puas hati. Yang mengkondem tu pun kalau level macam fatah amin ker, ryan
gosling ker boleh lah I terima. Masalah nya I tak kacau pun hidup dia orang. I
buat hal sendiri. I tak mengurat pun dia orang. I sedarlah sapa diri I ni kan. Sebab tu I single.
I’m happy jer macam ni. Tapiiiii ada jugekkkk yang tak puas hati.
Sometimes people loves to see others down so that they can
fly higher?
Yes I emo. Sampai sekarang tergiang giang apa yang dia
cakap.
I’m sorry because in person I’m not pretty as u expected.
But I’m sorrier with
your pathetic life
K bye
#donemembawang
0 Comments:
Post a Comment