Assalamualaikum,
I baru jer balik dari kuching ni. I pergi hari khamis, dan balik PD semula hari isnin. Cepat jer masa berlalu dah seminggu dah pun. Masa nak tunggu balik kuching ni dekat 3 bulan jugak lah...tup tap dah balik PD. And till now tak habis lagi cerita pasal Kuching.
Kali ni pergi 5 hari 4 malam. Sebelum ni balik Kuching ambik 2 malam jer..Lepas tu rasa macam tak puas banyak lagi tempat tak pergi. Lepas tu up pulak amik 3 malam..pun still x cukup...tu yang belasah amik 5 hari 4 malam pulak tapi sama je tak sempat jugak plus banyak barang tertinggal kat sana. Sampai sekarang aku ralat tertinggal beras baru. Haihhhhhhlahhhh...puas pikir tinggal kat mana. Tinggal kat hotel ker kat rumah aunty tapi tak nak cerita lebih2 sebab sakit pulak hati kita..baru berangan nak makan nasi bau wangi..huaaaaaaaaaa...
Ikut perancangan i nak balik dengan mak jer...dah booking tiket and senyap2 tak cerita kat sapa2..until 2 minggu sebelum nak pergi, mak i bagi lah tau abah i nak pergi. Terkejut beruk orang tua tu...huhuhhu...bukan xnak ajak but we prefer nak pergi berdua jer dulu...nanti2 hujung tahun baru pergi semua sekali. Sebabnya, dekat Kuching sana mak i punya adik beradik semua single mingle..tak der transport dan bukan orang senang..so intention nak balik nak bawak dorang jalan2 and spent masa dengan dorang. Dah kalau kita bawak family sini susahlah sikit nak spend masa dengan dorangkan...
Tapi perancangan kita orang gagal nampaknya. Petang tu mak i bagi tau abah kita orang nak pergi Kuching, esok pagi along i tanya bila nak balik Kuching? Terus terkaku i kat situ. I cakap balik sekian2 hari bulan. Along i cakap mana aci, book untuk dia pulakkkkkkkk..end up berempat lah kita orang pergi...
Kali ni i nak shared hotel, kereta sewa and flight yang i ambik. Tempat2 tu biasa jer tiap2 tahun i dah pergi...cuma kali ni tak sempat pergi indian street and kedai2 area waterfront tu sebab kebetulan kita org pergi, masjid terapung dekat waterfront tu di buka dengan rasminya...so nak pergi sana ramai, jln tutup n jam...
Flight Malindo
Actually this is my first time flying with Malindo. Terus tersuka, and lepas2 ni Malindo will be my first choicelah. Air Asia dah selalu i naik..and makin lama makin merepek pulak sistem dorang ni. Yang paling i tak boleh blah tu dah kenapa tag untuk beg kena print sendiri lepas tu beg check in pun kena buat sendiri...and i rasa menyusahkan..Rasa process ni macam melambatkan jer...bagi i untuk yang frequently flyers tu tak der masalah lah kot...dorang dah biasa..kalau yang first timer tu agak2 terkial-kial gak lah...dan kalau yang pergi dia bawak family and ada budak kecik ke, bawak mak bapak yang tak berapa tau...for sure banyak luggage nak kena uruskan..Nak print tag tu pun kena beratur, nak scan untuk check in luggage pun kena beratur balik..
Satu lagi i balik dengan mak i. Mak i ni tak berapa kuat nak jalan jauh...tau lah kat KLIA 2 jalan nak g pintu masuk tu jauh bebenor, bila sampai airport kuching kena turun tangga dan tak der terus masuk bangunan terminal. I pun saja2lah main dekat Malindo punya website...eh murah nih...pergi balik RM236 seorang All in..Then i check Malaysia Airlines...eh jauh beza price ni Rm 300++...so i bincang dengan mak i and ok setuju terus booking.
Jadi jom kita tengok kelebihan yang dia war2 kan..
Extra Legroom?
Yup!!!rasa macam gap dengan kerusi depan besar. Rasa luas and selesa sangat.
Inflight Entertainment?
Yup ada!!and cerita dia boleh tahan up to date jugak...ade movie apa tu rich asian tu. I nak tengok, cuma dia tak bagi headphone..kena bawak headphone sendiri...takan pulak i nak pasang sound kuat pulak kan...kalau ada subtitile ok jugak...tapi yelek...so i pilih movie yang ada subtitle...i tengok cerita indonesia...tapi separuh jer, sebab i dah ngantuk...Tapi flight pergi kuching 1 jam lebih jer...tak sempat nak habiskan 1 movie pun..Klau long flight ok..at least tak derlah bosan duduk lama2..tetiba rasa dah sampai destinasi gitewww..
Baggage Allowance?
Yang ni super best..dah lah dapat harga tiket murah..termasuk check in beg sekali tau...so pergi balik senang jer kerja i berlenggang..pergi i dapat 25kg balik pun sama..tapi along i dapat 15 kg jer pergi dan balik..tapi tiket along i murah sikitlah..RM200 jer sehala.
Meals on Board?
Yang ni i ingatkan dapat makan kekacang jer, sebab i baca untuk flight dalam sejam ke atas dapat snack...so i tak kisah pasal makan, sebab sampai Kuching nanti melantak lah kan dah tu memang mission i ke kuching selain jumpa sedara mara i nak makaannnnnnnn...Sekali dapt sandwich, mufin and air mineral dalam cup...well fo me that more than enough..dahlah sandwich sedap giler..Roti dia pun bukan roti besha2..cukuplah buat lapik perut..masa pergi flight i pukul 8.45 pagi..so memang tak sempatlah nak singgah bfast kat terminal...i sampai kat terminal pun dah pukul 7, tu pun masa dekat check in kaunter, org tu suruh masuk departure cepat..sementara tunggu nak boarding perut pun dah start berbunyi...Alhamdullilah dapat makan sandwich yg sedap itewwww...
Overall i memang puas hati giler lah naik malindo, murah, ada sky bridge which is ko terus jer masuk kabin tak payah turun tangga naik tangga lagi...dapat pulak check in bag, jadi kita berjalan lenggang kankong, naik pulak dekat KLIA, KLIA 2 ni bagi i agak sesak sikitlah..makanan best, MAS pun kalah..
Nanti i akan sambung part hotel and kereta sewa eek...i pun tak tau cerita pasal flight jer pun dah macam banyak sangat pulak i taip...padahal naik ekonomi jer eksited macam naik business class...huhuhuh...Entry ni pun dah seminggu terperap dalam draft..tengoklah perenggan pertama pun tulis seminggu padahal dah 2 minggu, sebab i malas nak tukar ayat kat perenggan pertama i tulis jerlah kat penutup ni...dah korang pun pergi tengok perenggan pertama balik ker???huahuahauhauha
K bye!
BALIK KAMPUNG HALAMAN KUCHING, SARAWAK PART 1
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
0 Comments:
Post a Comment