JUALAN GUDANG SENDAYU TINGGI 2019

Assalamualaikum,

Taip...taip..taipp...backspace..taip lagi..backspace lagi...

Macam ni lah berapa hari ni weiiii..nak update blog tapi blankkk! Nak pikir pasal intro pun 3 malam tak habis...So jadilah macam ni pembuka kata untuk entry ni...arghhh boleh lah kan. Dengan view tak sampai 100 sehari apa lah sangat orang kesahkannn...hahahaha tetiba pulak i nak concern orang baca blog i...

Minggu sudah sendayu tinggi ada buat jualan gudang. I bukanlah peminat sendayu tinggi tapi i follow owner dia yatie sendayu tinggi. Suka tengok kehidupan seharian dia. Which is i rasa dia tu adalah di kalangan orang yang dah have2 sekarang, tapi masih lagi mengekalkan sifat yang low profile. Bila tengok instagram dia, caara dia interaksi dekat socal media macam kawan2 kita jer. Tak ade menonjol kekayaan dia. Walaupun kita tau dia kaya.

Jadi seminggu sebelum buat jualan gudang tu dia asyiklah promote jualan murah which is betul2 murah. I dah lama teringin nak pakai bb cushion mate dia tu. I ada baca review yang matte bb cushion tu bagus untuk orang yang oily skin. Tengok harga dia kat watsons boleh tahan gak arr RM 50 ++ gitu. So dengan adanya jualan gudang ni harga dia jatuh jadi Rm20 combo dengan 2 shimmer pulekk tu...Manalah tak berdarah mata i tengokkk.Lepas tu dia promote lagi lah barang2 kosmetik yang lain. Mostly combo lah...Harga kebanyakkan RM 20 dan Rm25. Takanlah kita nak tengok jerrrrr..

Tapiiiiiii jualan gudang tu buat dekat HQ dia kat Kl..Rasa macam tak berbaloi lah pulak i nak pergi KL semata2 nak pergi beli barang dia. Duit minyak, duit tol, duit makan lagi...sampailah i terbaca komen ramai yg offer jadi Personnel Shopper atau singkatannya PS. Actually, This is my first time menggunakan khidmat PS ni. Mula2 rasa was2 lah pulak. Di buatnya aku kena tipu acaner? Dah lah tahun lepas i kena tipu. Kan kat instagram tu ada ads kan. Jual beg2 carlo rino murah bak ang. aku pun bodo2 lah g website dia. Teruja punya pasal tengok beg punya arr murah. Website tu pulak mmg nampak online shoping punya website. Masa click nak buat payment tu terdetik gak lah betul ker benda ni. Macam tak logik pulak harga dua ketul beg 90 hengget. Tulah orang cakap kadang2 instinct ni boleh pakai. Yang tak boleh pakai ni nafsu. P percaya sangat kan...Lesap gak arr Rm100 lebih  sebab ada charge hapa ntah. Sampai ke sudah tak der barang tu. Jadi setiap kali nampak ads kat instagram seakan ads yang i kena tipu tu i wat report as scam. eh geram pulak bila ingat balik nih!

Oh ya berbalik ke cerita PS tadi...Jualan gudang tu start hari jumaat. Malam tu bermsg lah dengan PS nak order barang. Total dia amik upah RM12 jer...Murahlah kan? Yerlah yang bergasak dia nanti. nak berangkut barang pun dia, nak beratur pun dia...I tau hari sabtu barang ada kat i...lalalala

So pada hari kejadian, i follow story jualan gudang tu dekat instagram... Masyallah...ramai giler kot komen yang tak puas hati cara kendalian jualan gudang tu...Tempat sempit. Ada yang dah beratur pukul 6 pagi, kul 9 pagi barang dah habis...heh! Skincare totally out. Barang kosmetik yang powder2 elekkk...yang bb cushion tu memang haramlah nak dapatkan...Ramai yang cerita orang beratur awal2 tu borong terus dengan kotak2 nyer sekali. Dan di percayai mereka adalah dealer2...nanti bila jual dorang juallah dengan harga asal. Ni semua hati kering nih..tak ingat orang2 belakang..

Dalam ptg sikit i wasap dengan my PS, dia cakap banyak barang yg i nak tak der..beratur 2 jam..barang2 ada yang berterabur..boleh pulak ada yang amik barang tu buat tester tak berkenan p baling masuk dalam kotak balik..hapelah perangai tak bertamadun sangat ni..ada yang amik barang2 masuk dalam plastik lepas tu blahhh gitu jer tak bayar..eh eh toya sangat perangai ni..Nasib i tak pergi...i tak berapa suka pergi tempat yang sesak2 ni..terus potong mood.

Since banyak barang i tak dapat, my PS cakap dia akan refund balik untuk barang yang tak dapat tu..PS ni charge untuk 1 combo barang RM3...so total i kena RM12, tapi i cakap ngan dia u tolak harga barang je lah..upah RM12 tu ambik lah..sebab bila i tengok insta pasal hari kejadian tu i tak sanggup wei meredah lautan manusia, dengan panas lit lit..ini baru kat dunia macam mana bila hari akhirat nanti..tiberrrrrrr!






Ni jer barang2 yang sempat PS sambar..banyak macam ni pun baru RM30 lebih kalau tak masuk upah PS.. I dah pakai kesemua nya..and not bad gak barang make up dia..Paling best doll lip cushion..Dia macam pen..klu nak bagi liquid tu keluar kena tekan2 hujung dia...tapi agak2lah nak tekan tu..jangan syok sangat nanti melimpah ruah..lipstiks dia x matte sangat but moisturize so that bibir kita tak der kering sangat...bila minum or makan, still lipstik ada lagi kat bibir..yang lain semua ok...tapi bagi i lahhh..klu harga normal ST ni, i tengok agak pricey sikit lah nak di bandingkan dengan drug store macam maybelline, silky girl..dari segi kualiti boleh lagi di pertingkat kan kot..

Lepas dah banyak orang komplen pasal pengurusan jualan gudang ni, bos dia Yatie ST cakap this last venue buat kat HQ..next time buat kat tempat lagi selesa kot..tapi i tetap x pergi lah melainkan dia wat kat PD..hahahaha

To PS, tq belikan...

ok dah bye!

P/S: entry ni dah lama dalam draft, sebenarnya jualan gudang last month tapi i malas nak tukar cerita di atas..hahahah boleh?

K bye!








0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.