Assalamualaikum,
Amboiiii biasa dia tu kan..sebelum ni kemain lagi beria cakap rindu nak tulis kat blog..tp bz tak der masa nak update..bila dah ada masa buat donno jer...cepat sangat cinta beralih arah...man are trash! dah tiberrrr!..tapi nak cakap terima kasih jugaklah pada yang sudi menjengah blog ni..tlg tengokkan blog ni..harap apa yang i sharekan dalam blog ni bermanfaat kepada anda semua dan sudi kiranya doakan i kaya raya sampai pergi london tiap bulan tak der hal...pakai beg LV buat pergi pasar jer..haaaa gitewwww sekalikan..
Sebenarnya tak tau benda apa yang i nak share..kang citer pasal keje bosan lak nanti dengar i merempan..nak citer pasal anak-anak..dah celah mana keluar pulakkan suami pun tak der...citer pasal family nanti bukak aib keluarga pulak...tiber! jom lah kita sembang serammm..halahhhhh dah lah malam jumaat ni...
Semalam kakak i cerita, bengkel i ni office dua tingkat. tingkat atas ada 3 bilik...sebelum ni akak i join dengan i kat tingkat atas 1 bilik sama...dekat tingkat bawah tu tempat customer lounge sebenarnya..tapi customer jarang lepak situ, akak i nak duk situ buat office dia..dia cakap malas nak turun naik..biasalah dah tua (oh dia tak tau i ada blog..fuh!)so dapat gambaran tak?
Sebelah office i ni macam kebun pokok buah...tuan dia jarang turun kecuali ada musim buah..Bengkel i ni ada 1 keluarga roghinya duduk..semalam dia cerita kat kakak i, malam tadi sedang dia duduk2 dengan laki dia kat rumah, dia terdengar bunyi bising2...then, kakak i cakap bunyi monyet kot...sebab bila musim buah segerombolan (betul ker eja ni?)monyet suka pergi kebun tu curi buah.. yang si roghinya ni nama dia fatima, cakap bukannnnn..bunyi dia lain..si fatima ni pulak bahasa melayu dia tunggang langgang sikit...beria dia nak explain tapi explain dia tak sampai end up dia mengayakan cara cakap tu macam bunyi bising yang menakutkan...dah lah dia cakap bunyi tu datang dari bilik ibu...ibu tu refer to me...spesifik pulak dia sebut. I dengar dah naik bulu roma..kebetulan pulak malam sebelum tu masa i masuk opis, lampu bilik i terbukak..i rasa sebelum balik keje semalam dah tutup..so maybe i terlupa kot..so i ignore jerlah..
Dah si fatima ni cerita pulak pasal bunyi bising tu dah i pikir lain pulak..masa dorang dengar bunyi bising tu, laki si fatima ni suluh2 jugaklah ke arah kebun tu...dia pergi naik atas kat opis i tengok kat pagar tu berkunci tak..bila laki fatima tu buat macam ketuk2 kat pagar pandai pulak dia senyap...arghhhh i dah tak sedap hati..i kadang2 malam akan turun opis buat kerja...dah jadi macm ni..tak berani lah pergi jejak...i dengan kakak i dah pikir kereta mana yang bawak "kawan-kawan" ni...
Lepas tu abang i balik rumah..dia tanya i bilik i ada apa2 hilang ker..i cakap tak der..semua ada, bilik pun tak berselerak..i tanya kenapa...abang i cakap hamid (suami fatima) cakap mlm tadi ada bunyi bising2 kat sebelah belakang bengkel...takut bunyi macam orang nak mencuri...bila hamid suluh dorang terus diam...i dah macam aik sekarang ni bunyi bising ni hantu ker orang?..abang i cakap mana ada hantu, orang kot takut2 budak dadah..belakang bengkel i ni ada besi2..takut dorang nak curi barang2 tu...bengkel i ni pulak tak der pagar...so i rasa, i lebih percayakan si hamid punya version sebab dia tu pandai sikit arr cakap melayu..
Jadi kesimpulannya, yang i ada cakap lampu bilik i terpasang tu...hantunya i ker??eh!...
Ok Bye!
C-Drama: Ace Troops. Review kali kedua.
1 day ago
0 Comments:
Post a Comment