Recap 2019

Assalamualaikum,

Lagi beberapa jam jer lagi dah nak habis dah tahun 2019. So i nak lepak sini jap dengan blog i ni meraikan jam-jam terakhir tahun 2019 ni. Korang lepak mana? I memang tak sambut pun new year eve. Dan selalunya i tido awal jer (kesan penuaan barangkali) cuma terjaga bila dengar bunyi bunga api pas tu sambung jer tido balik.

So amacam dengan azam tahun 2019 dah tercapai ker?

I ada yang dapat dan ada juga yang tak dapat. Selalunya yang tak dapat tu kurus lah kan. And macam biasa carry forward ke tahun depan...sampai diri sendiri pun dah macam what ever zarina..haaa giteww..yang penting azam kurus tu akan di perbaharui ke tahun depan..hidup perlu ada goal barulah ada makna..haaa pulak kan!

Ok i nak recap azam apa yang dah tertunai tu supaya nanti2 bila baca balik rasa oooh tak derlah loser sangat kan tahun 2019 ni.

Laptop dan Handphone

Ok yang ni memang jadi idaman i like 2 3 years before..korang mesti pikir ek eleh setakat laptop and handphone tiap2 tahun boleh dapat..yerlah tu korang..i ni tak kaya cam korang. Kadang2 ada benda yang perlu di dahulukan. Dahlah i ni forever alone, boyfriend pun xder...kalau tak dah lama i paw tiber kan!..Walaupun handphone i mur mur jer tapi duit dari hasil titik peluh sendiri tu yang jadikan dia mahal tau..tambah lagi i bukan suka sangat berpeluh (so refer balik kenapa azam kurus tak jadik..dan kenapa peluh masuk dalam ini cerita?)

Balik Kampung 2 kali.

Hei, kampung i kat kuching tau! Memang i nak jadikan tradisi untuk balik dua tahun sekali. Dan alhamdullilah tahun ni niat i tercapai. Harap Tahun 2020 dan tahun2 seterusnya konsisten..kalau lebih lagi baguskan..and lagi bagus kalau dapat suami sana biar dia supportkan. Sapa suruh kampung jauh..dan sapa suruh aku kahwin dengan dia..haaaa kan dah berpusing cerita.

Family Holiday

Actually, kita orang adik beradik ni kerja satu tempat jer. kakak i, dan abg atas i memanglah tiap-tiap hari berjumpa..duduk pun satu rumah. Abg no 1 dan no 2 pun kerja sebelah2 jer..bila terserempak tu cam hai2 dan bye2..sebab masing2 in hurry. Kadang2 borak sekejap2. and mostly topik perbincangan pasal kerja. So awal bulan hari tu kita orang pergi cameron highlands. Dapatlah spend quality time bersama insan2 tersayang. Suka.

My Business doing good

Alhamdullilah sangat2 tahun ni sales lebih dari jangkaan. Kalau sebelum ni pernah jer ambik gaji 500 sebulan. Yang penting pekerja dapat full gaji. Hutang supplier lepas. Bilss tak kena potong. Struggle giler kot. Tu yang sekarang viral pasal gaji doktor, gaji engineer bersyukurlah. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni untung kita ada kerja. Ada sesetengah company sampai dah tutup. Nak bayar pampasan pada pekerja pun dah tak mampu. Kita tak tau apa yang bos2 kita hadapi. Bila dah nak hujung2 bulan tu berdebar rasanya. Mulalah call customer yang belum bayar tu cakap lembut2 sambil gelak2 cakap nak pakai duit (bukan orang lain I lah tu aka bos). Lepas solat menangis nangis mintak Allah bantu bagi jalan nak bayar gaji pekerja. Tengok mengadu kat Allah pun dahulakan pekerja lagi. Lepas dah bayar gaji, lega nya tok sah nak cakaplah..Tapi lega sekejaplah..hujung bulan depan sambung balik. Tapi I tak nafikanlah ada jer majikan yang ambil kesempatan. Menkayakan anak bini dulu. Dah tu kenapa u olls tak cari majikan cam I..tibehhh!

Office make over

Office i ni dua tingkat. Tingkat atas tu semua kayu. Lantai kayu dia habis di makan anai2..ada yang elok ada yang pijak mau terus terjun orang ke bawah. So abah, ada sorang pekerja i and i bertukang lah sikit2 betulkan lantai. Buang kayu yang di makan anai2, ganti dengan kayu yang baru. Nak ganti besi macam takut bawah tak dapat nak support and besi mahal. I duduk tingkat atas. So bila customer datang nak jumpa rasa segan giler tengok lantai ada yang dah berlopong tau.

Bila orang ameteur bekerja cam nilah..main tampal2 jer papan lapis. Lepas tu bila cat baru 1 lapis dah give up..penat kot. lagi pun bukan jadi lawa. So lantak lah ko di situ



Ni orang bijak bekerja. Nak cover kita tampal jer wall paper. and lagi bijak pakai jer wallpapaer eco yang rm2.10 jer tu sekeping. amacam bijak kan? nak buat bini tak? hiks!


Penat tau mengecat ni. Dah lah papan ni dah cat minyak. Sebab berdasarkan perhatian i, dinding yang cat pakai minyak queen ni, anai2 tak makan. tu yang kita orang sapu minyak tu dulu. Tapi penat lah berlapis2 cat putih ni. dah lah i cat sorang2



Hasil nya


Sebenarnya hasil dia jauh lagi cantik dari yang i tunjuk ni (matilah nak, puji opis sendiri). I check dalam folder tak banyak pun picture yang ada. Rasa cam dah banyak ambik hari tu. Dekat tengah2 kerusi ni i ada letak pasu bunga. Itu pun i rembat mak i punya. Konsep dia kita pakai jer apa yang ada. Tikar tu pun i kebas dalam stor rumah. I ingat nak pasang tikar getah. Bila i kira-kira balik dalam 100 lebih jugaklah untuk tikar. So i cari alternatif lain terjumpa tikar ni. Ya ampun untung arrr kalau dibuat bini nih!..heheheheh

So last but no least















Hai, azam i tahun baru 2020 ni tak nak biarkak pipi i melimpah ruah lagi..hiks!




Selamat Tahun Baru 2020 Guyssssss!

Hati-hati, takut esok kereta kita tetiba boleh terbang!




K bye!

0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.