First Entry di tahun 2020

Assalamualaikum,

I kan bila jer taip assalamualaikum kan, lepas tu tetiba i akan blank. Padahal sebelum tu macam dah beria ria nak update blog. Sambil basuh pingan pun dah rangka ayat-ayat nak masukkan dalam entry. Lepas tu gelak sorang2. Bila bukak jer post baru termenung jap...taip-taip padam, taip semula..blank...log out..shut down laptop...tutup...tido dengan blog2 aku sekali tidok sampai 3 bulan.

Nak update time kerja macam tak syok pulak..sebab buat kerja-kerja personal time kerja...tak berkat gaji nanti...amboi!!!!

Baru 3 bulan masuk ke tahun 2020 ni macam2 kejutan yang kita terima. Kita kehilangan Allahyarham abam..Pagi masa i duk layan instagram tetiba terbaca "abam bocey tiada, adik sahkan kematian"..so bila i baca i duk tenung ayat tu. headline ni betul ker. Kadang2 wartawan ni boleh tahan jugak bagi headline nak suh orang click kan. Sampai i besar kecik jugaklah mata ni duk ulang2 baca ayat tu. Lepas tu ramai yang ucap takziah. yang post pasal arwah. Baru i percaya dia betul2 dah tak der. Kemudian timbul pulak isu adik arwah dengan balu dia. Haaa yang ni xnak komen. Sebab masalah keluarga adalah masalah dalaman keluarga yang perlu di lakukan secara tertutup. Kita tak yahlah campur ye dak..sebab keluarga kita pun bukan sempurna.

Kemudian kejutan yang paling buat orang ramai marah adalah perginya sajat ke tanah suci makkah untuk mengerjakan umrah dengan membawa identiti fake keperempuannan dia tu. Ya Allah, masa baca pasal ni mendidih darah i dengar. How could you! try so hard nak jadi perempuan. Apa yang dia nak buktikan? i tak tau kenapa dia sejahil ini dan sebijak bijak orang yang beragama seperti agensi umrah tu tak tegur ker...mutawif??Allahhhhhh...mak bapak dia??Allahhhhhuakbar!

Dan yang buat i marah lagi, kenapa orang ramai masih support bisnes dia. Ramai sangat marah sampai cakap boikot produk dia. Hello, kenapa sekarang baru nak boikot? Korang baru tahu ker dia tu jantan? Dia tu perempuan jadian. Body dia nampak meletop tu dah tentulah operate. Kita ni orang asia mana nak dapat body macam kim kardhasian!Hallahhhhhh..Tapi i rasa boikot tu sekejap jer..macam kes starbuck, mcd jewww..hew hew hew...

Next, pertukaran kerajaan. Bagi i, setiap orang mempunyai pandangan politik masing2. So please do respect others people preferences. Kalau i nak sembang pasal politik i akan tgk orang tu blah side mana. Kalau dia side berlainan dengan i, i akan diam. Biarlah dia bersembang. Walaupun dalam hati i panas gak arrr. Amboi sedap je ko kutuk kan. Macam lah ko betul sangat pung pang pung pang. Lepas tu cerita pasal keluarga dia. Anak dia macam ni, anak sorang macam tu. Haaaaa ko pun jadi pemimpin keluarga sendiri pun semput. Ni kan nak jadi pemimpin negara. Sembang!

Dan sekarang yang terbaru ni dan menjadi ketakutan ramai. Covid 19. Wabak yang dah masuk gelombang kedua ni lagi mengerunkan. Terbaru setakat hari ni 15 mac, 428 di sah kan positif covid 19! Double up dalam masa 24 jam! So guys please be safe. Buat masa ni elakkan diri dari join keramaian. Ikutkan semalam i ada nak join seminar. Tapi seminar tu pun dah di batalkan. Nasib i tak beli tiket lagi. Masa dapat tau pasal seminar ni i terus discuss dengan member2..memang nak join pun. Tapi hati rasa berat jer...tup tap kebanyakan majlis di batalkan atas saranan PM.

Wabak ni bukan hanya effect pada kesihatan tapi pada ekonomi juga. Ramai yang bersorak minyak turun. Terima kasih kepada kerajaan baru katanya. Good for you but not good for ekonomi. Malaysia pengeksport minyak terbesar acaner??If you are gov servant, tak der masalah...tak effect kot.. Pada kami macam yang buat bisnes ni. airlines company, event company, agensi pelancongan....

Tapi tu lah tu...ramai yang marah Tun M, sebab tak sekat kemasukan pelancong dari china awal2. Siap cakap, bawak orang dari china tu pergi rumah Tun M and keluarga suruh batuk, bersin biar Tun M and keluarga terkena covid 19. Kalau sekat sekali pun, wabak ni dah global kot. Sure ker negara kita terlepas dari wabak ni? Kalau tak orang dari China, Maybe dari negara lain. Sekarang ni dah meningkat apa kata kita sekat semua sempadan negara. Semua airlines tidak di benarkan buat penerbangan ke luar negara kannnn...

Dan sekarang macam mana dengan pekerja-pekerja yang kena bercuti tanpa gaji ni? Apa kata orang yang sembang lebat tu tanggung bil, makan depa..amacam?? onzz? sembang!



K Bye!! 




0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.