Assalamualaikum,
Baru-baru ni i kemaskan balik my blog ni. I bagi susun cantik biar teratur. Mana yang tak perlu i buang, mana yang best i tambah. Biar nampak sedap mata memandang...ermmmm dekat mata i lah...mata korang i tak tau...hahaha...
Nampak tak petak kuning tu? i buat tab categorized kan post. I tambah 1 tab tik tok stories sebab kadang2 bila fyp lalu kat tik tok tu macam seronok pulak untuk di ceritakan balik dekat blog...
Yang petak colour biru sebelah kanan tu plak khas untuk bisnes homestay i...
Okey, baru-baru ni ada lalu dekat FYP tik tok kisah cinta mamat ni yang buat i rasa nak pindah pluto jer dia punyer cerita tu...sweet sangat...i dengar pun senyum2 jer...macam drama pulak citer dia haiiiiihhh...
Meh i share kisah dia kat sini...
************************************************************************************
Tajuk: Jatuh Cinta dengan Staf Sendiri
Cerita dari :iium confession
Diceritakan semula: Tiktok @mrs_shaz
Aku Asif umur 39 tahun. Aku ada sebuah kedai jual barangan elektrik. Aku nak cerita tentang bagaimana aku boleh jatuh hati pada staff aku yang aku namakan dia "D" yang berumur 25 tahun sekarang ini. Beberapa tahun yang lepas aku ada buka jawatan kosong. Dalam ramai-ramai yang memohon itu takdelah budak sekolah. Maksud aku perempuan yang berusia antara 25 ke 23. Aku kan dah berumur, jadi bagi aku umur awal dua puluhan itu masih budak. Macam biasa aku suruh 2 orang budak perempuan yang aku pilih tu mula kerja minggu depannya.
Satu hari tu aku dapat mesej daripada seorang budak perempuan yang aku namakan dia D. Aku tak kenal dia lagi masa ni. Dia tanya ada lagi ker kerja kosong?. Aku balaslah kerja kosong dah tak der. Kami dah dapat staff baru dah. Aku mintak maaf dan doakan dia dapat kerja lain yang lagi bagus. Setakat tu jelah kami berbalas mesej.
Pada hari pertama masuk kerja untuk staff baru kami yang dua orang tu, salah seorangnya tak datang. Aku PM, call semua tak balas. Geram pula aku dengan budak ni. Tak serius betul nak kerja eh. Aku pun teringat pada D. Aku teringat dia sebab masa dia PM aku tanya kerja kosong tu, ayat dia sopan dan sangat teratur. Ada salam, ayat dia tersusun, tak ada short form yang serabutkan mata dan last sekali pun dia bagi salam siap doakan lagi perniagaan aku bertambah maju. Dalam hati aku masa tu terdetik mesti budak ni baik orangnya. Sebab jarang orang nak balas macam ni. Aku tak sangka budak ni yang akan mengubah hidup aku lepas ni.
Aku pun PMlah D. Aku tanya dia masih berminat lagi ke nak kerja. Sebab ada staff baru yang tak datang. Rezeki awaklah kalau awak nak. D cakap dia masih cari kerja lagi dan dia setuju nak kerja dengan aku. Tapi dia hanya boleh kerja sekejap jer. Kalau dia dapat sambung belajar katanya dia nak berhenti. Dia beritahu aku siap-siap kalau aku setuju pasal hal ni. Aku pun kata boleh janji dia nak berhenti bagi tahu jer nanti. Aku suruh dia masuk kerja esok terus. Dia setuju. Lagipun katanya dia bosan duduk rumah.
Hari pertama jumpa D, kecil molek je orangnya. Rendah lebih kurang takat dada aku jer. Tinggi dalam 150 cm berat dalam 45 Kg macam tu lah. Pakaian dia simple. Ber blouse panjang, skirt dan bertudung bawal labuh. Dia ni bekas budak sekolah agama, berkulit putih macam aku ada lesung pipit di pipi kiri. Muka ada mix sikit cantiklah orangnya dengan penampilan gaya muslimah tu. Padangan pertama aku pada dia hanya sekadar seorang budak perempuan lagi. Walaupun dia cantik aku anggap dia adik-adik jer. Yalah dah badannya kecilkan. Umur pun baru 21, aku pulak bukannya muda lagi adiklah bagi aku.
Bila dah masuk 3 bulan dia kerja dengan aku kerja semua bagus. Prestasi kerja kehadiran semua tip top. Aku senang dengan dia. Apa aku suruh cepat jer dia buat. Ramai-ramai staff aku dia antara staff yang paling bagus pernah kerja dengan aku. Dia pun peramah orangnya. Tapi still jaga ikhtilat. Dia tak pernah pandang aku atau pun mana-mana lelaki betul-betul. Dia selalu tundukkan pandangan bila bercakap. Kalau aku dan dia macam dekat jer dia akan menjarakkan dirinya dengan aku. Kalau staff lain tak der tinggal aku dan dia je dalam kedai, dia akan duduk jauh dari aku. Cakap pun sepatah dua yang perlu jer. Aku pun faham dia perempuan yang menjaga semua tu. Kalau masa ada staff lain dia bolehlah cakap banyak dengan aku. Kadang dia bergurau dengan aku. "bos, bila nak kahwin?, jangan lama-lama bos. bos bukan muda lagi"..aku gelak jer. Masa ni aku belum jatuh cinta lagi dengan dia.
Ini part bila aku jatuh cinta dengan dia. Masa tu tingal sebulan lagi dia nak berhenti kerja. Alhamdullilah dia dapat sambung degree di universiti di utara tanah air. Lepas dia bagi tahu aku yang dia nak berhenti kerja lagi sebulan, aku mula jadi tak keruan. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku. Aku rasa sedih. Tak pernah-pernah ku rasa sedih bila staff-staff aku berhenti sebelum ni. Tiba-tiba time budak seketul ni aku rasa macam sedih, pilu semua tu aku ni dah kena "sifir" ker ape dengan budak ni kan..Aku banyak soal diri aku hati aku kenapa aku rasa macam ni. Kau ni sayang kat dia ker Asif??budak lagi tu??kau sedar tak dia masih budak??..ya budak tu buat aku rasa tak aman, tak selesa semua ada. Kedai aku yang beraircond pun boleh jadi berpeluh kalau D tu ada. Sejak dari tu aku dah tak focus lagi dah. Hari-hari yng tinggal tu aku rasa macam meratap dia akan pergi. Dalam hati jerlah. Takkanlah aku nak meratap beriakan. yang paling sedih, aku tak tahu kenapa aku jadi tergagap bila bercakap dengan dia. Dia pernah tegur aku. Bos! kenapa bos tergagap?..malu aku weiii. Aku tergagap sebab kaulah budak!..nak jer aku cakap macam tu kan. Ada tu aku nak bagi dia buku jualan. Sekali tangan aku macam terketar-ketar. Dia pandang aku pelik jer. Jem hidup aku ek. Memang sah aku dah gila teruk dah ni. Aku gilakan D.
Dia masa tu belum nampak lagi ciri-ciri kewanitaan ialah umur baru 21 kan. Macam budak lagilah. Gaya budak sekolah agama. Gitulah dia. tak bergaya lansung.Tapi aku tak tau kenapa hati aku jadi begitu berdebar-debar dengan dia sejak kebelakangan ni. Ada jer kawan-kawan perempuan aku sebaya aku yang begitu feminin, bergaya dan lain-lain. tak ada pulak aku tertarik dengan mereka. Kali terakhir aku suka seseorang masa aku umur awal 20 an. Masa aku belajar di universiti. Cinta monyet jerlah. Sempatlah aku couple dengan si monyet tu 2 tahun sebelum dia curang. Aku tak kahwin sampai sekarang bukan sebab ex aku tu. Tak kuasa aku nak fikir ex aku lama-lama. Entahlah jodoh aku tak tau sesat ke mana. Dah hampir nak jadi teruna tua dah aku tunggu. Ker D ni jodoh aku?? Patutlah aku dah nak tua bangka dia baru nak muncul.
Dia pun berhenti kerja dengan aku. Ya Allah aku rasa hidup aku macam tak bermaya. Aku dah tak boleh tengok dia lagi dah. Lima bulan jugaklah dia kerja dekat kedai aku. Aku mula tak der mood nak pergi kedai. Kalau aku dekat kedai aku terbayang jer dia pernah duduk kat situ.Dia berdiri layan customer dekat situ. Mana-mana dekat sudut kedai tu aku terbayang macam dia ada lagi. Aku tahu yang aku dah jatuh cinta dengan satff aku tu. Aku rindu sangat kat dia. Macam mana aku nak bagi tahu dia yang aku dah angau sangat dekat dia. Mesti dia tak boleh terima aku kalau aku cakap yang aku suka dia. yerlah aku dah berumur lagi sikit nak 40. Tapi aku ni takderlah nampak tua. orang selalu kata aku muda dari umur sebenar. Kawan-kawan kata aku ni muka jambu. Dengan berkaca mata lagi menampakkan aku ni spesis cute. Kata merekalah. Ada orang teka umur aku masih 20 an. Padahal aku ni dah 36. Aku ada masalah uban. Orang lain tumbuh uban lewat. Aku masa akhir 20 an lagi dah beruban. Awal 30 an uban aku dah banyak dah. Ini dah akhir 30 an dah lagilah memutih kepala aku. Lagilah menampakkan aku macam tua. D tu dahlah badan kecik macam budak sekolah dah gamaknya. Aku ni pulak dah macam bapak orang dengan rambut beruban gini. Tinggi aku 180 cm, berat aku 85 kg. Dah macam gergasi dengan budak kecik tu. Sesuai ker aku dengan dia. Jangan nak tanya eh kenapa aku tak warnakan rambut aku. Aku suka rambut aku beruban putih. Nampak sangat bergaya.
Aku dah mula jadi macam cacing kepanasan. Aku fikir macam mana aku nak confess perasaan aku. Aku risau bila dia belajar kat sana nanti takut di pikat orang lain. Yerlah dia kan comel gila. Jadi aku tekad aku mesej dia aku ajak nak jumpa. Tapi dia tak nak jumpa aku. Dia kata mesej jer kalau ada apa-apa yang nak di bagi tau. Aku kata kena jumpa jugak. Senang nak cakap depan-depan. Tapi dia masih tak nak. Adoiii jem!..So aku pun teruslah confes dalam whatsapp. Dia baca tetapi berhari-hari dia ignore mesej aku. Aku PM dia semula. Aku tanya kenapa dia senyap. Esoknya baru dia balas. Dia cakap saya tak tau nak cakap macam mana dengan bos. Bukan sebab saya dah ada boyfriend. Saya memang tak der boyfriend. Saya tak pernah couple seumur hidup saya. Saya rasa bos tak boleh macam ni. Saya nak kejar cita-cita saya. Saya tak sesuai dengan bos. Bos memang baik sangat tapi maaf saya tak boleh balas perasaan bos. Aku cakaplah dekat dia yang aku bukan nak ajak dia kahwin segera. Dia boleh belajar lama mana dia nak. Cuma berilah aku peluang untuk tunggu dia. Bukan nak ajak couple ker apa. Tapi dia tak balas dah. Tak lama lepas tu dia block nombor aku. Aku mesej pun 1 tick sampai ke sudah. Gambar profile pun dah lesaplah. Menangis tak berlagu beb. Memang aku menangis. Keluar air mata jantan aku. Aku kena rejectkan. Aku ni memang jenis keras orangnya. Tapi bila kena reject dengan dia ni membuatkan aku sakit. Tak pernah aku rasa sesakit ni. Mandi tak basah, tidur tak lena.
Walaupun aku dah berumur tapi aku tak der rasa nak kahwin sebab tu aku relax jer selama ni. Aku pun tak der suka sesiapa selama ni. Ada yang nak serius dengan aku. Aku tak nak aku tak berminat. Siapa yang suka aku, aku akan cakap kita kawan jer. Aku tak suka buat orang sedih. Bagi aku sayang seseorang tu tak salah. So aku akan cakap kita kawan jer. Aku tau sakit kena reject. Dulu masa form 5 aku pernah kena reject. Sampai berkawan pun dah tak boleh dah. Segala kebaikan aku terus dilupakan. Dia anggap aku macam orang asing. Hanya kerana aku confess jer. Sakitnya yer terluka tanpa darah ni. Jadi aku takkan buat orang macam tu.Aku juga takkan paksa diri aku untuk terima orang. Aku sejenis orang yang susah nak sukakan orang. Kalau dah suka hmmm jadi macam ni lah.
Setahun berlalu lepas dia berhenti kerja aku pun diam jer. Aku tau rumah D dekat mana. Nak jer aku jumpa abah umi dia masuk meminang. Tapi tulah aku tak naklah serbu macam tukan. Aku nak D boleh terima aku dulu baru aku buat step-step yang lain. Aku ada tanya orang sekampung dia tentang keluarga D. Abah umi dia orang yang berkerjaya. Abah dia pensyarah. Umi dia pula kerja kerajaan. Jarak rumah dia dengan aku hanya dalam 20 minit jer. Aku pernah terserempak dengan D masa dia cuti semester di mall dekat sini. Dia keluar dengan umi dia. Aku tegur dia pun sebab aku terlalu dekat dengan mereka. Dia terkejut yer tengok aku. Aku pun terkejut juga tengok dia. Nak lari dah tak boleh dah sebab dah terlalu dekat. Jadi aku tegur jerlah. Dia kenalkan aku sebagai bekas bos dia pada umi dia. Aku masa tu dah rasa berpeluh-peluh dah. Ada tergagap sikit masa aku cakap dengan dia dan umi dia. Mall yang sejuk tu tiba-tiba aku rasa panas jer. Lepas jer dia orang pergi aku cepat-cepat blah cari nyawa. Macam melayang eh nyawa aku dengan berpeluhnyer. Aku duduk dalam kereta dengan perasaan sangat terkejut. Ya Allah aku rindu gila dekat dia. Setahun baru jumpa dia. Aku perasan yang D pun gelabah tengok aku. Dia pun siap tergagap lagi masa bercakap dengan aku. Apa kes kan.
Masa berlalu macam tu jer. Kami tak pernah berjumpa lagi lepas tu. Kadang aku pergi mana-mana aku selalu intai-intai manalah tahu kot kot ternampak dia. Aku pun tak pernah cuba contact dia. Aku tak nak dia pikir yang aku nak kacau dia. Nanti lagi rumit hubungan kami. Aku pun tak tau dia dah unblock whatsapp aku ke belum. Aku macam biasalah rasa rindu yang kuat dan rasa sayang yang teramat tak pernah hilang pun. Hanya mampu doa jer semoga dia dan aku di pertemukan semula dan ada jodoh kami. Perit juga gila bayang ni. Aku tahu akaun social media dia. Yerlah dia buat nama dia senang jer aku jumpa. Tapi aku tak nak follow dia. Aku tak nak dia fikir yang aku ni stalk dia. Hanya kadang-kadang bila aku rindu aku search akaun-akaun social media dia aku tengok post dia gambar dia. Dia masih lagi enjoy dengan life dia sebagai student dengan kawan-kawan dia. Happy jer aku tengok. Dia pernah bagi tau aku yang dia takkan couple ataupun ada boyfriend. Dia tak nak buat dosa bercinta sebelum nikah. Dia nak kahwin terus. Bercinta lepas kahwin katanya. Aku pun tak kuasalah nak bercintakan dengan umur aku yang dah lewat aka teruna tua ni. Kalau jumpa sesiapa yang aku berkenan aku nak ajak nikah terus. Mama aku pun dah bising nak menantu. Abang long, Kak ngah dan adik aku 2 orang lagi pun dah selamat semuanya ada keluarga masing-masing dan dah beranak pinak pun. Aku jer yang masih single. Aku tahu mesti dia takut aku ajak nikah. Sebab aku kan dah berumur. Dia pulak muda lagi. Aduhhhh sesak dada aku ni. Tak pernah aku suka orang sampai macam ni sekali. Dulu masa aku bercinta dengan ex aku, takder pulak aku rasa berpeluh terketar tergagap. Aku sah positif terkena penyakit angau ni. Aku dah gila bayang. Aku rindu sangat kat dia. Nak contact dia tak berani pulak. Aku tak tau apa yang perlu aku buat. Aku tanak paksa dia untuk sukakan aku. Aku risau kot-kot dari ada harapan sikit jadi tak der harapan lansung. Jadi aku biarkan dia dengan harapan Allah jaga dia dari jantan-jantan lain.
Awal tahun lepas aku sajalah lalu area rumah dia. Kata orang tengok bumbung pun jadilah. Aku buat 2 3 kali jugaklah perangai ni. Yalah rindu punya pasal kan. Tapi dia bukan ada pun. Dia dekat universiti sana. Alang-alang dah masuk waktu solat aku singgahlah masjid berdekatan rumah dia. Aku jumpa abah dia datang solat. Terkejut aku. Aku pernah tengok gambar keluarga D. Jadi aku camlah itu abah dia. Aku pergi salam dengan abah dia lepas dah selesai solat. Abah dia tanyalah aku orang mana. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Yalah masa solat tadi sebaris pendek je makmum. Bukannya waktu solat maghrib ker apa kan. Ini waktu asar. Berapa kerat je orang kampung datang. Semua pun orang tua. Aku je yang muda sikit. Aku cakaplah yang aku lalu kawasan ni. Kebetulan dah masuk waktu jadi aku singgah solat. Padahal aku pergi tengok rumah dia tadi. Maafkan saya pakcik. Tengah aku berborak dengan abah dia tu sambil berjalan keluar pintu masjid sekali aku tengok umi dia tengah tunggu abah D dekat tangga masjid. Alamak mati aku!. Mesti umi dia cam aku. Memang betul umi dia masih cam aku. Dia kata eh! macam kenal?..Kawan D kan?..Aku terus gelabah biawak ya. Haah makcik saya Asif kawan D..Aaaa ini abah D kata umi dialah. Lahhhh abah D ker? Kecik dunia ni boleh jugak saya kenal dengan abah umi D. Dia ada ker makcik dekat rumah?...D belum cuti semester lagi sekarang. Nanti free datanglah jalan-jalan ke rumah yer. Ya makcik, InsyAllah..saya akan pergi ke rumah makcik bawak rombongan nanti. Tapi jawapan tu dalam hati aku jelah. Aku rasa bahagia giler boleh jumpa abah dan umi dia. Patutlah D tu baik bagus perangainya cakap sopan rupanya abah umi dia pun bagus. Rasa macam level harapan aku makin tinggi sikit lepas jumpa abah umi dia.
3 Tahun aku lemas dalam bayangan D. Yerlah jumpa apa pun tak bolehkan. Memang aku tergila-gila dekat bayang dia jer lah. Last aku jumpa dia yang dekat mall tu. Lepas tu tak pernah jumpa lagi dah. Satu hari tu, nak di jadikan cerita masa tu aku duduk check stok dekat belakang. Staff aku panggil aku cakap ada orang nak jumpa. Terkejut rasa nak pengsan aku bila ternampak D. Rupanya umi dia suruh panggil aku. Dia nak beli periuk elektrik. Umi dialah yang suruh D bawa dia ke kedai aku. Mesti D tu tak mau. Tapi dia tak boleh melawan kan. Diakan anak yang baik.Aku terkejut tengok D. Macam nak luruh jantung aku. Lama betul tak jumpa dia. Aku rindu giler dekat dia. Umur dia dah 24 masa ni. Dia sangat cantik eh dah tak der rupa budak lagi dah. Semakin lawa orang nyer. Apa lagi auto jadi gelabah berdebar berpeluh ketar-ketar gagap cukup semua simptom penyakit gila anak dara orang datang serentak. Aku tak tahu muka aku masa tu macam mana. Mesti muka aku merah. Tak pun pucat. Aku tengok D dia pun gelabah biawak juga tengok aku. Muka dia jadi merah bila aku pandang dia. Aku tak pasti umi D dan staff aku perasan ataupun tidak wajah kami berdua. Suasana tiba-tiba jadi janggal yang teramat. Aku rasa macam nak lari menyorok. Aku kuatkan hati melayan umi dia. Dia cuma diam je tengok aku layan umi dia. Ada 1 moment yang aku tak boleh lupa bila umi dia bayar dekat aku resitnya umi dia suruh dia ambik. Aku tengok muka dia sambil hulur resit sekali dia jeling aku tajam eh. Mungkin dia geram dengan aku sebab merenyam sukakan dia kot.
Lepas sehari dia datang kedai aku tu, aku tak boleh duduk diam. Macam mana aku nak buat dia sukakan aku. Aku nak sangat jumpa dia. Cakap dengan dia secara berdepan. Kalau dia reject aku, aku nak dia reject aku depan-depan. Dia dah nampak matang sekarang. Mungkin hati dia dah berubah boleh terima aku. Apa salahnya aku tanya dia sekali lagikan. Aku dah penat dah tanggung rindu. Sayang dekat dia bertahun tahun macam tak der kesudahan. Sebenarnya aku memang tunggu dia. Yerlah manalah tau kot-kot lepas dia habis belajar nanti hati dia terbukak untuk aku kan. Aku cubalah mesej dia. Dia dah tak block aku dah. Mesej aku dah blue tick. Aku pun mesej dia bagi tahu nak jumpa dia hari dan waktu dan kat mana tu aku bagi dia yang tetapkan. Aku okey jer. Dan dia balas mesej aku beberapa jam lepas tu. Dia kata okey. Lusa jumpa dekat mall. Cuma dia nak bawak dua orang kawan dia untuk teman. Aku setuju janji dia boleh jumpa aku kan.
Sejak tu aku tak boleh nak tidur. Jadi tak senang duduk semua ada. Aku takut dengan keputusan yang akan aku dengar dari dia. Sebenarnya aku takut nak terima kalau dia tolak aku. Aku dah terfikir dah kalau dia tolak aku, aku mungkin akan tunggu dia lagi sampai dia terbukak hati. Teruk juga aku ni kan. Memang teruk penangan cinta dia terhadap aku.
Hari yang di tunggu dah tiba. Aku awal-awal lagi dah bertolak. Dia nak jumpa aku di restoran dalam mall tu. Aku masuk je restoran tu dia dah ada dengan kawan-kawan dia rupanya. Tiga orang kawan dia bawak eh..ramai...bertambah guguplah aku jadinya. Semua dah macam ustazah termasuklah D. Aku tau D memang perempuan muslimah. Bertudung labuh kejap pakai bawal kejap pakai shawl. Kami semua duduk semeja. Aku bagi salamlah. Assalamualaikum...saya lewat ker?..Waalaikummusalam...eh tak..Kami yang awal encik kata mereka. Aku sarankan kami makan dulu sebelum cakap hal yang serius. Selesai kami makan aku pun mula bercakap. Aku punya berdebar tu tak tau nak cakap apa. Seram sejuk jadinya. Sekali kawan baik dia tanya aku. Encik Asif, boleh saya tahu umur Encik Asif?..Aku cakaplah umur aku dah 38 dah tahun ni. Dia orang pun terkejutlah cakap Eh! kenapa rambut encik dah beruban banyak dah?..Umur tak derlah tua mana...muka pun muda lagi. Aku gelak jerlah. Aku cakap yang aku ni banyak fikir kot tu yang rambut aku cepat beruban. Memang ramai orang tanya pasal rambut aku. Aku tetap dengan pendirian aku takkan warnakan rambut. Aku suka begini. Teringat abah umi D pun pernah tanya umur aku masa aku jumpa mereka dekat
masjid dulu. Sebab aku banyak beruban kata mereka. Abah D cakap muda
sangat lagi. Uban bukan masalah pun asal bukan penyakit.
Okey kembali kepada situasi dalam restoran tadi aku pun beritahulah tujuan aku nak jumpa D hari tu. Aku memang ikhlas nak serius dengan dia. Aku nak peristerikan dia aku cakaplah yang aku dah lama tunggu dia sejak dia umur 21 lagi. Dan aku tak kisah dia nak belajar ker nak kejar apa ker nak kejar cita-cita ker aku takkan jadi penghalang untuk semua tu. Aku hanya nak dia terima aku jer sebagai suami dia. Aku tengok D tenung jer air dalm gelas kat depan dia tu. Mungkin dia tengah fikir nak hadam apa yang aku cakap. Semua tekun dengan apa yang aku cakap dengan kawan-kawan dia sekali senyap. Aku pun tanyalah boleh ker?? sambil pandang D. Kawan-kawan dia termasuk aku semua tengok D. D, ko dengar tak Encik Asif tu cakap apa?..Dia macam terkejut. Dia kata dengar. Dia tak der masalah pun dengan aku umur aku dan sebagainya. Dulu masa dia tolak aku tu sebab dia memang terkejut sebab yerlah masa tu dia muda sangat lagi. Dia pun tak pernah terfikir nak nikah semuda tu. Sekarang dia dah 24 dah. Nak tak nak kena juga fikir pasal jodoh katanya. Lagi pun tengah tahun depan dah nak habis belajar. Nanti abah umi dia pasti carikan dia jodoh atau ada orang akan datang meminang nanti. Lepas tu dia pun cakaplah dekat aku. Boleh ker aku bercakap dengan abah umi dia pasal hal ni. Kalau abah umi dia okey dia setuju untuk terima aku. Ya Allah gembira betul yer aku dengar. Aku kata insyaAllah aku akan jumpa dengan abah umi dia bercakap pasal ni nanti.
Selepas sebulan dari hari yang kami jumpa tu aku mesej D aku mintak izin nak datang rumah dia jumpa abah umi dia. Masa tu dia dah masuk belajar semula dah. Aku pergi seorang diri je ker rumah D. Aku macam tak percaya yang aku dalam situasi sekarang ni. Nak minta izin untuk beristeri kan seorang gadis yang paling aku sayang daripada ibu bapanya. Berdebar tak tau nak cakap apa. Macam-macam doa aku baca supaya abah umi dia dapat terima aku. Abah dia sambut aku depan pintu rumah. Jumpa lagi yer kita kata abah dia. Aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Banyaklah yang kami borak petang tu. Abah umi dia banyak cerita pasal D masa kecil sampailah besar sekarang. Tujuan aku datang petang tu pun aku belum beritahu. Tapi mungkin D dah cakap sebab tu abah umi dia bercerita pasal D jer. Sekali abah umi dia tanya aku bila nak buat majlisnya..terus aku terkejut. Haaa...maknanya setuju lah ni yer saya dengan D. Saya belum beritahu tujuan saya datang lagi ni. Pakcik makcik pun tak kenal saya lagi. Abah umi dia tersengih-sengih jer sambil cakap yang dia orang dah siasat dah yang aku ni siapa. Takkanlah dia nak jodohkan anak dia dekat orang yang dia tak kenal asal usulkan. Adoiiii....betul jugakkan. Abah dia pun tanyalah kenapa tak beritahu awal dulu niat aku. Kalau ada orang datang nak mintak anak mereka, mereka buat mudah-mudah jer. Aku cakaplah yang masa tu awal sangat lagi. D pun muda sangat masa tu kan. Aku rasa nak melompat gembira tak tahu nak cerita eh. Tiba-tiba aku rasa sebak. Aku boleh termenangis depan abah umi dia. Nasib baiklah masa tu abah umi dia jer yang ada. Umi dia pun cakaplah Asif kenapa menangis?..ni kan berita gembira. Tak makcik...saya gembira sangat..saya menangis sebab dah lama dah saya tungu dia. Dengan abah umi dia sekali sebak petang tu. Tunggu dia memang 3 tahun tapi sebelum tu aku membujang jadi teruna tua sebab dia jugak. Tunggu dia besar dulu. Lama kan..So dipendekkan cerita sebenarnya aku dah nikah dah dengan D awal tahun ni. Dah hampir 5 bulan dah kami di satukan sebagai suami isteri.
Pada hari aku jumpa abah umi D untuk mintak izin nak peristerikan D, aku cakap yang aku nak buat majlis pernikahan kami segera boleh tak??dan abah umi dia setuju. Selepas beberapa kali berbincang, kami dua belah keluarga sepakat aku dan D akan di nikahkan semasa D cuti semester sebelum ramadhan hari tu. Sekarang ni aku lah lelaki yang paling gembira dapat hidup bersama dengan orang yang paling aku cinta. Masa kami dah jadi suami isteri aku tanyalah D kenapa dia terima aku?..yerlah sebab aku dah berumur kan..D cakap masa kali pertama aku confess dekat dia tu dia selalu teringat dekat aku. Dia bukan suka aku pun awalnya. Sebab aku dah berumur, dia muda lagikan... tak pernah fikir pun nak kahwin awal. Tapi katanya dia tak pernah lupakan aku. Kami jumpa di mall yang dia bersama dengan umi dia tu, dia terkejut sangat eh tengok aku tiba-tiba ada dekat depan. Katanya jatung dia jadi berdebar. Dia jadi gagap dan terketar ketar. First time dia rasa macam tu. Aku katalah itu tanda jatuh cinta sayang...aaaa dia dah menafikan dia dah jatuh cinta dengan aku. Tak nak mengakulah kononnya. Dia cerita dia banyak buat solat sunat supaya kalau ada jodoh dengan sesiapa bagi Allah mudahkan urusan. Waktu umi minta nak pergi kedai aku tu, dia rasa tak sabar sebenarnya dia nak tengok aku. Sebab dah lama tak jumpa kan. Bila sampai kat sana dan aku ada dia pulak yang rasa nak balik sebab terlalu berdebar-debar, lagi-lagi bila kami bertentang mata dan dia rasa lagi apa yang dia rasa macam jumpa aku masa dekat mall dulu. Entah macam mana dia terdetik kalau aku mesej dia lagi untuk peristerikan dia, dia akan bagi aku peluang. Itu yang bila aku mesej dia semula nak jumpa dia kata okey tu.
Dia senang dengan semua hal tentang aku. Dulu waktu kerja dengan aku dia anggap aku sebagai seorang abang je. Sekarang dia fikir dia patut bagi aku peluang. Dia tak nampak kekurangan aku yang boleh di tolak katanya. Dia kata aku ada semua ciri-ciri suami yang dia nak. Aku pun cerita jugaklah yang aku rasa terhadap dia dari mula. Dia bagi tahulah yang kesian dengan aku kan..lama dia tolak aku 3 tahun. Masalah sekarang ni bukan 3 tahun pun...39 tahun aku cakap kat dia. Dia cakap alah bukan lama pun kan...Lepas ni dia janji akan selalu ada dengan aku jadi isteri yang solehah yang cantik yang comel alahaiiiii sayang sangat...korang tau tak aku tak pernah boleh nak bercakap hati ke hati macam ni dengan dia sebelum nikah. Selepas dia setuju untuk jadi isteri aku pun kami tetap macam biasa. Tak pernah ada luahan hati ke hati apa semua tak der. Aku berbalas mesej dengan dia pun hanya berkenaan dengan hal perkahwinan kami je. Memang betul-betul kami bercinta selepas nikah. Sweet kan?...aku bersyukur tak terhingga Allah kurniakan aku perempuan sebaik dia. Aku tak pernah terbayang pun yang aku akan bernikah dengan seorang yang aku sangat cintai sepenuh hati aku. Sekarang isteri aku yang comel giler tu tengah exam final. Ini semester last dia. Korang tolong doakan dia boleh jawab dengan baik dan lulus cemerlang eh. Aku malas dah nak taip ni. Panjang gila dah rasa cerita ni. Aku rindu isteri aku sebenarnya nak kacau dia tapi dia tengah study...jadi aku terfikirlah nak tulis kisah cinta aku ni. Doakan kami dapat zuriat cepat yang comel-comel macam kami berdua ya. Terima kasih sayang abang yang cantik yang comel yang manja yang sudi terima abang sebagai suami. Abang akan sentiasa mencintai sayang sehingga akhir hayat abang. Cerita dari Asif bukan nama sebenar.
THE END
*************************************************************************************
P/S1: Hutunggglahhhhhh girl tu kan dapat seorang lelaki yang sangat mencintai dia.
P/S2: Sesiapa yang ada crush tu jangan putus asa bila dah confess tapi kena reject, tengok brader ni steady jer tunggu 3 tahun T____T
P/S3: Sesiapa yang masih bujang tu maybe korang punye partner still sekolah lagi T____T
0 Comments:
Post a Comment