Tik Tok Stories 2: Ooohhhhhh Kau Tolak Lamaran Aku yerr!!!

Sumber Cerita : Tik tok @mrs_shaz

Panggil aku Joyah bukan nama sebenar. Nama IC aku moden sikit. Tapi aku suka nama Joyah ni mungkin sebab kena dengan perwatakan aku yang macam makcik-makcik bawang ni lah kata kawan-kawan aku. Okey sebelum aku mula cerita, aku nak pesan dulu tau dekat korang. Aku share ni sebagai pengetahuan jer tau dan peringatan untuk korang supaya jangan terjebak dengan benda-benda syirik macam ni. Dosa besar yer.

Korang pernah dengar tak pasal minyak dagu. Okey meh sini aku nak story tentang kejadian ni yang pernah berlaku dalam keluarga aku 20 tahun yang lalu. Aku anak sulung dari sebuah keluarga yang sederhana. Adik beradik aku ramai tapi tak perlulah aku beritahu berapa jumlahnya. Takut korang tak larat nak kira sebab ayah aku kahwin 3. So kisahnya setiap kali cuti sekolah aku dan jugak beberapa orang lagi adik beradik aku yang besar-besar sikit ini akan di hantar duduk dengan nenek dekat kampung. Di sebuah negeri di pantai timur. Mungkin sebab bapak aku nak bagi mak rehat seketika dari mengasuh kami yang bermacam peel dan ragam ni. Tapi aku tak kisah memang saat ini aku nanti-nantikan sebab aku suka kat kampung. Boleh mandi parit tangkap ikan tepi sawah sambil main basikal dengan kawan-kawan dan sepupu sepapat dekat kampung.

Dekat rumah tu, nenek aku duduk sekali dengan mak saudara aku yang bongsu. Maksu aku yang di kenali dengan panggilan cik tipah kat kampung tu. Berumur 25 tahun masa tu dan dia seorang janda anak dua. Dia antara wanita yang tercantik dalam kampung tu tapi Cik Tipah ni dia tak berminat nak kahwin lagi dan dia dah tolak banyak lamaran sebenarnya selepas dia berpisah dengan bekas suami dia dulu. Berpisah sebab apa tu aku tak taulah. Sebab masa tu pun aku masih kecil lagi. Cik Tipah ni dia nikah muda. Seingat aku dia tak sempat ambil SPM pun masa tu. Dalam ramai-ramai lelaki yang datang meminang dan lamaran di tolak tu ada seorang lelaki ni yang sangat marah dan dia tak puas hati bila lamarannya di tolak.

Dengar cerita katanya dia pergi jumpa bomoh siam untuk dapatkan juga cik tipah ni. Kalau korang ingat lagi kan zaman dulu-dulu kan orang suka gantung gambar dalam rumah kan. Sekarang ni aku rasa ramai kot yang dah tak buat. Bila dah tahu hukum hakamnya. Wallahhualam-lah. 

So nak di jadikan cerita pada suatu hari, rumah nenek aku di pecah masuk dan ada beberapa keping gambar hilang tanpa di sedari. Pada awalnya memang tak der sesiapa pun yang perasan sebab semua dok fokus check harta benda apa yang hilangkan. Memang lansung tak terfikir pasal gambar. Seminggu kemudian cik tipah aku demam panas dan bermulalah episod hitam dalam hidupnya bila dia selalu mimpi seorang lelaki datang memanggil namanya tapi dia tak tak dapat tengok wajah lelaki tu dengan jelas. Dan dalam masa yang sama memang ada seorang lelaki selalu duk lalu lalang kat rumah nenek aku ni sambil tersenyum setiap kali tengok cik tipah aku. Aku panggil dia jebon lah yer.

Cik Tipah kemudian bagi tahu nenek aku yang dia dah jatuh cinta pada Jebon. Sebab dah lalu sangat dekat depan rumah padahal Jebon ni pernah masuk minang dia dulu dan dia dah pernah tolak dah lamaran lelaki tu sebelum ni. So nenek aku peliklah kan kenapa pula cik tipah ni tiba-tiba berubah hati dan beria sangat nak kahwin dengan Jebon. Nenek aku tak setujulah sebab dia rasa macam ada something wrong somewhere.

Jadi pada satu malam tu cik tipah hilang dari rumah dan tak balik-balik sampailah esok hari. Nenek aku start risau dah lepas tu dia mintak Pak Teh aku iaitu abang pada cik tipah ni untuk cari cik tipah di sekitar kampung. Tapi tak jumpa kemudian nenek bagi tahu pak teh cuba cari kat rumah si Jebon tu sebab dia memikirkan yang ada kemungkinan cik tipah aku ni pergi dekat sana kan dan ternyata betul. Bila sampai je kat rumah Jebon tu ada kelibat cik tipah. Kelihatan cik tipah sedang duduk termenung dekat atas kerusi manakal masa tu Jebon dah larikan diri dah. Bila nama cik tipah ni di panggil dan bahunya di sentuh dia terkejut dan dia menjerit jerit panggil nama Jebon jer. Bila Pak Teh aku bagi tahu dekat adik dia dia dah terkena buatan orang dah ni kan. Terus cik tipah tolak pak teh lepas tu dia berlari keluar rumah tu sambil panggil-panggil nama Jebon. Nasib baik pak teh datang dengan tiga orang kawan-kawan dia so terpaksalah bergelut bertungkus lumus untuk pegang cik tipah ni untuk di bawa balik ke rumah.

Sampai kat rumah pak teh ikat tangan dan juga kaki cik tipah sebab tak nak dia melarikan diri. Masa tu dia meronta ronta. Aku yang masih kecil masa tu hanya mampu menangis dan aku panggil-panggil je nama cik tipah. Tapi cik tipah tak layan pun. Dan dia terus menjerit memanggil nama lelaki tu saja dengan muka yang bengis. Nenek panggil pak imam kat kampung tu untuk tengok keadaan cik tipah yang dah tak terkawal dah macam orang gila. Lepas tu pak imam tu pun bacakanlah ayat Al-Quran dan kemudian mandikan cik tipah dengan air bacaan berkenaanlah. Seketika kemudian cik tipah diam dan dia rebah. Kata pak imam cik tipah ni terkena minyak dagu dan agak sukar untuk di sembuhkan. Berkemungkinan dia akan pergi cari lagi si Jebon tu. So perlu ada seseorang yang kena di tugaskan untuk jaga cik tipah dengan rapi. 

Tiga hari cik tipah berkurung dalam bilik tanpa makan minum. Dia diam jer merenung dinding. Puas dipujuk, tapi dia tetap diam. Sesekali nampak dia menitiskan air mata, nenek dan pak teh aku menangis jer tengok keadaan cik tipah. Seorang wanita yang cantik dan baik sebelum ni mula menjadi tak waras dan perlukan penjagaan rapi. Malam tu pak teh pergi solat kat masjid dan nenek pula tengah masak untuk makan malam. Tiba-tiba cik tipah menjerit dan berlari keluar bilik. Aku yang masa tu ditugaskan untuk mengawasi depan pintu bilik cik tipah tak sempat nak buat apa-apa. So aku dengan nenek dan juga beberapa orang kakak dan abang aku cepat-cepat pergi kejar cik tipah tapi tenaga nenek yang tak kuat tu dan juga badan aku yang kecil ni tak dapat memegang cik tipah. Dia terus melompat ke tangga dan hilang di dalam gelap malam. Sebaik saja pak teh aku balik dari masjid nenek terus suruh cari cik tipah dekat rumah Jebon dan ternya memang dia ada dekat situ. Mencari lelaki yang di cintainya tu namun rumah tu kosong. Puas di pujuk akhirnya cik tipah berjaya di bawa pulang. 

Pak imam pun panggil seorang ustaz dari negara jiran yang tak jauh pun dari rumah nenek aku. Seberang sungai jer. So ustaz ni datanglah tengok cik tipah. Kata ustaz tu ilmu hitam minyak dagu ni agak payah nak rawat dan sebenarnya ramai dah meninggal akibat lambat berubat. So selama dua hari ustaz tu berubat cik tipah di bacakan ayat Al-Quran tanpa henti bersama dengan jemaah masjid akhirnya cik tipah sedar dan sembuh tapi tak sepenuhnya. Dia tak lagi ceria macam biasa selalu termenung dan  menangis. Selepas kejadian tu nenek aku selalu teman cik tipah ajak dia mengaji Al-Quran sama-sama, ajak dia pergi solat jemaah di masjid sampailah akhirnya ada suatu hari tu seorang jemaah masjid ni berkenan dan masuk meminang cik tipah. Cik Tipah pun menerima baiklah lamaran tu dan alhamdullilah sampai sekarang cik tipah dah hidup bahagia dah dengan suami barunya tu dan suami dia jugak banyak belajar ilmu untuk melindungi keselamatan cik tipah bagi menggelakkan benda ni berulang. Cerita dari Joyah bukan nama sebenar

 

Sekian.

    


0 Comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.