Tik Tok Stories 1: Jatuh Cinta dengan Staff Sendiri

Assalamualaikum,

Baru-baru ni i kemaskan balik my blog ni. I bagi susun cantik biar teratur. Mana yang tak perlu i buang, mana yang best i tambah. Biar nampak sedap mata memandang...ermmmm dekat mata i lah...mata korang i tak tau...hahaha...


Nampak tak petak kuning tu? i buat tab categorized kan post. I tambah 1 tab tik tok stories sebab kadang2 bila fyp lalu kat tik tok tu macam seronok pulak untuk di ceritakan balik dekat blog...

Yang petak colour biru sebelah kanan tu plak khas untuk bisnes homestay i...

Okey, baru-baru ni ada lalu dekat FYP tik tok kisah cinta mamat ni yang buat i rasa nak pindah pluto jer dia punyer cerita tu...sweet sangat...i dengar pun senyum2 jer...macam drama pulak citer dia haiiiiihhh...

Meh i share kisah dia kat sini...

************************************************************************************

Tajuk: Jatuh Cinta dengan Staf Sendiri
Cerita dari :iium confession
Diceritakan semula: Tiktok @mrs_shaz
 
Aku Asif umur 39 tahun. Aku ada sebuah kedai jual barangan elektrik. Aku nak cerita tentang bagaimana aku boleh jatuh hati pada staff aku yang aku namakan dia "D" yang berumur 25 tahun sekarang ini. Beberapa tahun yang lepas aku ada buka jawatan kosong. Dalam ramai-ramai yang memohon itu takdelah budak sekolah. Maksud aku perempuan yang berusia antara 25 ke 23. Aku kan dah berumur, jadi bagi aku umur awal dua puluhan itu masih budak. Macam biasa aku suruh 2 orang budak perempuan yang aku pilih tu mula kerja minggu depannya.

Satu hari tu aku dapat mesej daripada seorang budak perempuan yang aku namakan dia D. Aku tak kenal dia lagi masa ni. Dia tanya ada lagi ker kerja kosong?. Aku balaslah kerja kosong dah tak der. Kami dah dapat staff baru dah. Aku mintak maaf dan doakan dia dapat kerja lain yang lagi bagus. Setakat tu jelah kami berbalas mesej.

Pada hari pertama masuk kerja untuk staff baru kami yang dua orang tu, salah seorangnya tak datang. Aku PM, call semua tak balas. Geram pula aku dengan budak ni. Tak serius betul nak kerja eh. Aku pun teringat pada D. Aku teringat dia sebab masa dia PM aku tanya kerja kosong tu, ayat dia sopan dan sangat teratur. Ada salam, ayat dia tersusun, tak ada short form yang serabutkan mata dan last sekali pun dia bagi salam siap doakan lagi perniagaan aku bertambah maju. Dalam hati aku masa tu terdetik mesti budak ni baik orangnya. Sebab jarang orang nak balas macam ni. Aku tak sangka budak ni yang akan mengubah hidup aku lepas ni.

Aku pun PMlah D. Aku tanya dia masih berminat lagi ke nak kerja. Sebab ada staff baru yang tak datang. Rezeki awaklah kalau awak nak. D cakap dia masih cari kerja lagi dan dia setuju nak kerja dengan aku. Tapi dia hanya boleh kerja sekejap jer. Kalau dia dapat sambung belajar katanya dia nak berhenti. Dia beritahu aku siap-siap kalau aku setuju pasal hal ni. Aku pun kata boleh janji dia nak berhenti bagi tahu jer nanti. Aku suruh dia masuk kerja esok terus. Dia setuju. Lagipun katanya dia bosan duduk rumah.

Hari pertama jumpa D, kecil molek je orangnya. Rendah lebih kurang takat dada aku jer. Tinggi dalam 150 cm berat dalam 45 Kg macam tu lah. Pakaian dia simple. Ber blouse panjang, skirt dan bertudung bawal labuh. Dia ni bekas budak sekolah agama, berkulit putih macam aku ada lesung pipit di pipi kiri. Muka ada mix sikit cantiklah orangnya dengan penampilan gaya muslimah tu. Padangan pertama aku pada dia hanya sekadar seorang budak perempuan lagi. Walaupun dia cantik aku anggap dia adik-adik jer. Yalah dah badannya kecilkan. Umur pun baru 21, aku pulak bukannya muda lagi adiklah bagi aku.

Bila dah masuk 3 bulan dia kerja dengan aku kerja semua bagus. Prestasi kerja kehadiran semua tip top. Aku senang dengan dia. Apa aku suruh cepat jer dia buat. Ramai-ramai staff aku dia antara staff yang paling bagus pernah kerja dengan aku. Dia pun peramah orangnya. Tapi still jaga ikhtilat. Dia tak pernah pandang aku atau pun mana-mana lelaki betul-betul. Dia selalu tundukkan pandangan bila bercakap. Kalau aku dan dia macam dekat jer dia akan menjarakkan dirinya dengan aku. Kalau staff lain tak der tinggal aku dan dia je dalam kedai, dia akan duduk jauh dari aku. Cakap pun sepatah dua yang perlu jer. Aku pun faham dia perempuan yang menjaga semua tu. Kalau masa ada staff lain dia bolehlah cakap banyak dengan aku. Kadang dia bergurau dengan aku. "bos, bila nak kahwin?, jangan lama-lama bos. bos bukan muda lagi"..aku gelak jer. Masa ni aku belum jatuh cinta lagi dengan dia.

Ini part bila aku jatuh cinta dengan dia. Masa tu tingal sebulan lagi dia nak berhenti kerja. Alhamdullilah dia dapat sambung degree di universiti di utara tanah air. Lepas dia bagi tahu aku yang dia nak berhenti kerja lagi sebulan, aku mula jadi tak keruan. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku. Aku rasa sedih. Tak pernah-pernah ku rasa sedih bila staff-staff aku berhenti sebelum ni. Tiba-tiba time budak seketul ni aku rasa macam sedih, pilu semua tu aku ni dah kena "sifir" ker ape dengan budak ni kan..Aku banyak soal diri aku hati aku kenapa aku rasa macam ni. Kau ni sayang kat dia ker Asif??budak lagi tu??kau sedar tak dia masih budak??..ya budak tu buat aku rasa tak aman, tak selesa semua ada. Kedai aku yang beraircond pun boleh jadi berpeluh kalau D tu ada. Sejak dari tu aku dah tak focus lagi dah. Hari-hari yng tinggal tu aku rasa macam meratap dia akan pergi. Dalam hati jerlah. Takkanlah aku nak meratap beriakan. yang paling sedih, aku tak tahu kenapa aku jadi tergagap bila bercakap dengan dia. Dia pernah tegur aku. Bos! kenapa bos tergagap?..malu aku weiii. Aku tergagap sebab kaulah budak!..nak jer aku cakap macam tu kan. Ada tu aku nak bagi dia buku jualan. Sekali tangan aku macam terketar-ketar. Dia pandang aku pelik jer. Jem hidup aku ek. Memang sah aku dah gila teruk dah ni. Aku gilakan D.

Dia masa tu belum nampak lagi ciri-ciri kewanitaan ialah umur baru 21 kan. Macam budak lagilah. Gaya budak sekolah agama. Gitulah dia. tak bergaya lansung.Tapi aku tak tau kenapa hati aku jadi begitu berdebar-debar dengan dia sejak kebelakangan ni. Ada jer kawan-kawan perempuan aku sebaya aku yang begitu feminin, bergaya dan lain-lain. tak ada pulak aku tertarik dengan mereka. Kali terakhir aku suka seseorang masa aku umur awal 20 an. Masa aku belajar di universiti. Cinta monyet jerlah. Sempatlah aku couple dengan si monyet tu 2 tahun sebelum dia curang. Aku tak kahwin sampai sekarang bukan sebab ex aku tu. Tak kuasa aku nak fikir ex aku lama-lama. Entahlah jodoh aku tak tau sesat ke mana. Dah hampir nak jadi teruna tua dah aku tunggu. Ker D ni jodoh aku?? Patutlah aku dah nak tua bangka dia baru nak muncul.

Dia pun berhenti kerja dengan aku. Ya Allah aku rasa hidup aku macam tak bermaya. Aku dah tak boleh tengok dia lagi dah. Lima bulan jugaklah dia kerja dekat kedai aku. Aku mula tak der mood nak pergi kedai. Kalau aku dekat kedai aku terbayang jer dia pernah duduk kat situ.Dia berdiri layan customer dekat situ. Mana-mana dekat sudut kedai tu aku terbayang macam dia ada lagi. Aku tahu yang aku dah jatuh cinta dengan satff aku tu. Aku rindu sangat kat dia. Macam mana aku nak bagi tahu dia yang aku dah angau sangat dekat dia. Mesti dia tak boleh terima aku kalau aku cakap yang aku suka dia. yerlah aku dah berumur lagi sikit nak 40. Tapi aku ni takderlah nampak tua. orang selalu kata aku muda dari umur sebenar. Kawan-kawan kata aku ni muka jambu. Dengan berkaca mata lagi menampakkan aku ni spesis cute. Kata merekalah. Ada orang teka umur aku masih 20 an. Padahal aku ni dah 36. Aku ada masalah uban. Orang lain tumbuh uban lewat. Aku masa akhir 20 an lagi dah beruban. Awal 30 an uban aku dah banyak dah. Ini dah akhir 30 an dah lagilah memutih kepala aku. Lagilah menampakkan aku macam tua. D tu dahlah badan kecik macam budak sekolah dah gamaknya. Aku ni pulak dah macam bapak orang dengan rambut beruban gini. Tinggi aku 180 cm, berat aku 85 kg. Dah macam gergasi dengan budak kecik tu. Sesuai ker aku dengan dia. Jangan nak tanya eh kenapa aku tak warnakan rambut aku. Aku suka rambut aku beruban putih. Nampak sangat bergaya.

Aku dah mula jadi macam cacing kepanasan. Aku fikir macam mana aku nak confess perasaan aku. Aku risau bila dia belajar kat sana nanti takut di pikat orang lain. Yerlah dia kan comel gila. Jadi aku tekad aku mesej dia aku ajak nak jumpa. Tapi dia tak nak jumpa aku. Dia kata mesej jer kalau ada apa-apa yang nak di bagi tau. Aku kata kena jumpa jugak. Senang nak cakap depan-depan. Tapi dia masih tak nak. Adoiii jem!..So aku pun teruslah confes dalam whatsapp. Dia baca tetapi berhari-hari dia ignore mesej aku. Aku PM dia semula. Aku tanya kenapa dia senyap. Esoknya baru dia balas. Dia cakap saya tak tau nak cakap macam mana dengan bos. Bukan sebab saya dah ada boyfriend. Saya memang tak der boyfriend. Saya tak pernah couple seumur hidup saya. Saya rasa bos tak boleh macam ni. Saya nak kejar cita-cita saya. Saya tak sesuai dengan bos. Bos memang baik sangat tapi maaf saya tak boleh balas perasaan bos. Aku cakaplah dekat dia yang aku bukan nak ajak dia kahwin segera. Dia boleh belajar lama mana dia nak. Cuma berilah aku peluang untuk tunggu dia. Bukan nak ajak couple ker apa. Tapi dia tak balas dah. Tak lama lepas tu dia block nombor aku. Aku mesej pun 1 tick sampai ke sudah. Gambar profile pun dah lesaplah. Menangis tak berlagu beb. Memang aku menangis. Keluar air mata jantan aku. Aku kena rejectkan. Aku ni memang jenis keras orangnya. Tapi bila kena reject dengan dia ni membuatkan aku sakit. Tak pernah aku rasa sesakit ni. Mandi tak basah, tidur tak lena.
 
Walaupun aku dah berumur tapi aku tak der rasa nak kahwin sebab tu aku relax jer selama ni. Aku pun tak der suka sesiapa selama ni. Ada yang nak serius dengan aku. Aku tak nak aku tak berminat. Siapa yang suka aku, aku akan cakap kita kawan jer. Aku tak suka buat orang sedih. Bagi aku sayang seseorang tu tak salah. So aku akan cakap kita kawan jer. Aku tau sakit kena reject. Dulu masa form 5 aku pernah kena reject. Sampai berkawan pun dah tak boleh dah. Segala kebaikan aku terus dilupakan. Dia anggap aku macam orang asing. Hanya kerana aku confess jer. Sakitnya yer terluka tanpa darah ni. Jadi aku takkan buat orang macam tu.Aku juga takkan paksa diri aku untuk terima orang. Aku sejenis orang yang susah nak sukakan orang. Kalau dah suka hmmm jadi macam ni lah.

Setahun berlalu lepas dia berhenti kerja aku pun diam jer. Aku tau rumah D dekat mana. Nak jer aku jumpa abah umi dia masuk meminang. Tapi tulah aku tak naklah serbu macam tukan. Aku nak D boleh terima aku dulu baru aku buat step-step yang lain. Aku ada tanya orang sekampung dia tentang keluarga D. Abah umi dia orang yang berkerjaya. Abah dia pensyarah. Umi dia pula kerja kerajaan. Jarak rumah dia dengan aku hanya dalam 20 minit jer. Aku pernah terserempak dengan D masa dia cuti semester di mall dekat sini. Dia keluar dengan umi dia. Aku tegur dia pun sebab aku terlalu dekat dengan mereka. Dia terkejut yer tengok aku. Aku pun terkejut juga tengok dia. Nak lari dah tak boleh dah sebab dah terlalu dekat. Jadi aku tegur jerlah. Dia kenalkan aku sebagai  bekas bos dia pada umi dia. Aku masa tu dah rasa berpeluh-peluh dah. Ada tergagap sikit masa aku cakap dengan dia dan umi dia. Mall yang sejuk tu tiba-tiba aku rasa panas jer. Lepas jer dia orang pergi aku cepat-cepat blah cari nyawa. Macam melayang eh nyawa aku dengan berpeluhnyer. Aku duduk dalam kereta dengan perasaan sangat terkejut. Ya Allah aku rindu gila dekat dia. Setahun baru jumpa dia. Aku perasan yang D pun gelabah tengok aku. Dia pun siap tergagap lagi masa bercakap dengan aku. Apa kes kan.
 
Masa berlalu macam tu jer. Kami tak pernah berjumpa lagi lepas tu. Kadang aku pergi mana-mana aku selalu intai-intai manalah tahu kot kot ternampak dia. Aku pun tak pernah cuba contact dia. Aku tak nak dia pikir yang aku nak kacau dia. Nanti lagi rumit hubungan kami. Aku pun tak tau dia dah unblock whatsapp aku ke belum. Aku macam biasalah rasa rindu yang kuat dan rasa sayang yang teramat tak pernah hilang pun. Hanya mampu doa jer semoga dia dan aku di pertemukan semula dan ada jodoh kami. Perit juga gila bayang ni. Aku tahu akaun social media dia. Yerlah dia buat nama dia senang jer aku jumpa. Tapi aku tak nak follow dia. Aku tak nak dia fikir yang aku ni stalk dia. Hanya kadang-kadang bila aku rindu aku search akaun-akaun social media dia aku tengok post dia gambar dia. Dia masih lagi enjoy dengan life dia sebagai student dengan kawan-kawan dia. Happy jer aku tengok. Dia pernah bagi tau aku yang dia takkan couple ataupun ada boyfriend. Dia tak nak buat dosa bercinta sebelum nikah. Dia nak kahwin terus. Bercinta lepas kahwin katanya. Aku pun tak kuasalah nak bercintakan dengan umur aku yang dah lewat aka teruna tua ni. Kalau jumpa sesiapa yang aku berkenan aku nak ajak nikah terus. Mama aku pun dah bising nak menantu. Abang long, Kak ngah dan adik aku 2 orang lagi pun dah selamat semuanya ada keluarga masing-masing dan dah beranak pinak pun. Aku jer yang masih single. Aku tahu mesti dia takut aku ajak nikah. Sebab aku kan dah berumur. Dia pulak muda lagi. Aduhhhh sesak dada aku ni. Tak pernah aku suka orang sampai macam ni sekali. Dulu masa aku bercinta dengan ex aku, takder pulak aku rasa berpeluh terketar tergagap. Aku sah positif terkena penyakit angau ni. Aku dah gila bayang. Aku rindu sangat kat dia. Nak contact dia tak berani pulak. Aku tak tau apa yang perlu aku buat. Aku tanak paksa dia untuk sukakan aku. Aku risau kot-kot dari ada harapan sikit jadi tak der harapan lansung. Jadi aku biarkan dia dengan harapan Allah jaga dia dari jantan-jantan lain.

Awal tahun lepas aku sajalah lalu area rumah dia. Kata orang tengok bumbung pun jadilah. Aku buat 2 3 kali jugaklah perangai ni. Yalah rindu punya pasal kan. Tapi dia bukan ada pun. Dia dekat universiti sana. Alang-alang dah masuk waktu solat aku singgahlah masjid berdekatan rumah dia. Aku jumpa abah dia datang solat. Terkejut aku. Aku pernah tengok gambar keluarga D. Jadi aku camlah itu abah dia. Aku pergi salam dengan abah dia lepas dah selesai solat. Abah dia tanyalah aku orang mana. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Yalah masa solat tadi sebaris pendek je makmum. Bukannya waktu solat maghrib ker apa kan. Ini waktu asar. Berapa kerat je orang kampung datang. Semua pun orang tua. Aku je yang muda sikit. Aku cakaplah yang aku lalu kawasan ni. Kebetulan dah masuk waktu jadi aku singgah solat. Padahal aku pergi tengok rumah dia tadi. Maafkan saya pakcik. Tengah aku berborak dengan abah dia tu sambil berjalan keluar pintu masjid sekali aku tengok umi dia tengah tunggu abah D dekat tangga masjid. Alamak mati aku!. Mesti umi dia cam aku. Memang betul umi dia masih cam aku. Dia kata eh! macam kenal?..Kawan D kan?..Aku terus gelabah biawak ya. Haah makcik saya Asif kawan D..Aaaa ini abah D kata umi dialah. Lahhhh abah D ker? Kecik dunia ni boleh jugak saya kenal dengan abah umi D. Dia ada ker makcik dekat rumah?...D belum cuti semester lagi sekarang. Nanti free datanglah jalan-jalan ke rumah yer. Ya makcik, InsyAllah..saya akan pergi ke rumah makcik bawak rombongan nanti. Tapi jawapan tu dalam hati aku jelah. Aku rasa bahagia giler boleh jumpa abah dan umi dia. Patutlah D tu baik bagus perangainya cakap sopan rupanya abah umi dia pun bagus. Rasa macam level harapan aku makin tinggi sikit lepas jumpa abah umi dia.

3 Tahun aku lemas dalam bayangan D. Yerlah jumpa apa pun tak bolehkan. Memang aku tergila-gila dekat bayang dia jer lah. Last aku jumpa dia yang dekat mall tu. Lepas tu tak pernah jumpa lagi dah. Satu hari tu, nak di jadikan cerita masa tu aku duduk check stok dekat belakang. Staff aku panggil aku cakap ada orang nak jumpa. Terkejut rasa nak pengsan aku bila ternampak D. Rupanya umi dia suruh panggil aku. Dia nak beli periuk elektrik. Umi dialah yang suruh D bawa dia ke kedai aku. Mesti D tu tak mau. Tapi dia tak boleh melawan kan. Diakan anak yang baik.Aku terkejut tengok D. Macam nak luruh jantung aku. Lama betul tak jumpa dia. Aku rindu giler dekat dia. Umur dia dah 24 masa ni. Dia sangat cantik eh dah tak der rupa budak lagi dah. Semakin lawa orang nyer. Apa lagi auto jadi gelabah berdebar berpeluh ketar-ketar gagap cukup semua simptom penyakit gila anak dara orang datang serentak. Aku tak tahu muka aku masa tu macam mana. Mesti muka aku merah. Tak pun pucat. Aku tengok D dia pun gelabah biawak juga tengok aku. Muka dia jadi merah bila aku pandang dia. Aku tak pasti umi D dan staff aku perasan ataupun tidak wajah kami berdua. Suasana tiba-tiba jadi janggal yang teramat. Aku rasa macam nak lari menyorok. Aku kuatkan hati melayan umi dia. Dia cuma diam je tengok aku layan umi dia. Ada 1 moment yang aku tak boleh lupa bila umi dia bayar dekat aku resitnya umi dia suruh dia ambik. Aku tengok muka dia sambil hulur resit sekali dia jeling aku tajam eh. Mungkin dia geram dengan aku sebab merenyam sukakan dia kot.

Lepas sehari dia datang kedai aku tu, aku tak boleh duduk diam. Macam mana aku nak buat dia sukakan aku. Aku nak sangat jumpa dia. Cakap dengan dia secara berdepan. Kalau dia reject aku, aku nak dia reject aku depan-depan. Dia dah nampak matang sekarang. Mungkin hati dia dah berubah boleh terima aku. Apa salahnya aku tanya dia sekali lagikan. Aku dah penat dah tanggung rindu. Sayang dekat dia bertahun tahun macam tak der kesudahan. Sebenarnya aku memang tunggu dia. Yerlah manalah tau kot-kot lepas dia habis belajar nanti hati dia terbukak untuk aku kan. Aku cubalah mesej dia. Dia dah tak block aku dah. Mesej aku dah blue tick. Aku pun mesej dia bagi tahu nak jumpa dia hari dan waktu dan kat mana tu aku bagi dia yang tetapkan. Aku okey jer. Dan dia balas mesej aku beberapa jam lepas tu. Dia kata okey. Lusa jumpa dekat mall. Cuma dia nak bawak dua orang kawan dia untuk teman. Aku setuju janji dia boleh jumpa aku kan.
 
Sejak tu aku tak boleh nak tidur. Jadi tak senang duduk semua ada. Aku takut dengan keputusan yang akan aku dengar dari dia. Sebenarnya aku takut nak terima kalau dia tolak aku. Aku dah terfikir dah kalau dia tolak aku, aku mungkin akan tunggu dia lagi sampai dia terbukak hati. Teruk juga aku ni kan. Memang teruk penangan cinta dia terhadap aku.

Hari yang di tunggu dah tiba. Aku awal-awal lagi dah bertolak. Dia nak jumpa aku di restoran dalam mall tu. Aku masuk je restoran tu dia dah ada dengan kawan-kawan dia rupanya. Tiga orang kawan dia bawak eh..ramai...bertambah guguplah aku jadinya. Semua dah macam ustazah termasuklah D. Aku tau D memang perempuan muslimah. Bertudung labuh kejap pakai bawal kejap pakai shawl. Kami semua duduk semeja. Aku bagi salamlah. Assalamualaikum...saya lewat ker?..Waalaikummusalam...eh tak..Kami yang awal encik kata mereka. Aku sarankan kami makan dulu sebelum cakap hal yang serius. Selesai kami makan aku pun mula bercakap. Aku punya berdebar tu tak tau nak cakap apa. Seram sejuk jadinya. Sekali kawan baik dia tanya aku. Encik Asif, boleh saya tahu umur Encik Asif?..Aku cakaplah umur aku dah 38 dah tahun ni. Dia orang pun terkejutlah cakap Eh! kenapa rambut encik dah beruban banyak dah?..Umur tak derlah tua mana...muka pun muda lagi. Aku gelak jerlah. Aku cakap yang aku ni banyak fikir kot tu yang rambut aku cepat beruban. Memang ramai orang tanya pasal rambut aku. Aku tetap dengan pendirian aku takkan warnakan rambut. Aku suka begini. Teringat abah umi D pun pernah tanya umur aku masa aku jumpa mereka dekat masjid dulu. Sebab aku banyak beruban kata mereka. Abah D cakap muda sangat lagi. Uban bukan masalah pun asal bukan penyakit. 
 
Okey kembali kepada situasi dalam restoran tadi aku pun beritahulah tujuan aku nak jumpa D hari tu. Aku memang ikhlas nak serius dengan dia. Aku nak peristerikan dia aku cakaplah yang aku dah lama tunggu dia sejak dia umur 21 lagi. Dan aku tak kisah dia nak belajar ker nak kejar apa ker nak kejar cita-cita ker aku takkan jadi penghalang untuk semua tu. Aku hanya nak dia terima aku jer sebagai suami dia. Aku tengok D tenung jer air dalm gelas kat depan dia tu. Mungkin dia tengah fikir nak hadam apa yang aku cakap. Semua tekun dengan apa yang aku cakap dengan kawan-kawan dia sekali senyap. Aku pun tanyalah boleh ker?? sambil pandang D. Kawan-kawan dia termasuk aku semua tengok D. D, ko dengar tak Encik Asif tu cakap apa?..Dia macam terkejut. Dia kata dengar. Dia tak der masalah pun dengan aku umur aku dan sebagainya. Dulu masa dia tolak aku tu sebab dia memang terkejut sebab yerlah masa tu dia muda sangat lagi. Dia pun tak pernah terfikir nak nikah semuda tu. Sekarang dia dah 24 dah. Nak tak nak kena juga fikir pasal jodoh katanya. Lagi pun tengah tahun depan dah nak habis belajar. Nanti abah umi dia pasti carikan dia jodoh atau ada orang akan datang meminang nanti. Lepas tu dia pun cakaplah dekat aku. Boleh ker aku bercakap dengan abah umi dia pasal hal ni. Kalau abah umi dia okey dia setuju untuk terima aku. Ya Allah gembira betul yer aku dengar. Aku kata insyaAllah aku akan jumpa dengan abah umi dia bercakap pasal ni nanti.
 
Selepas sebulan dari hari yang kami jumpa tu aku mesej D aku mintak izin nak datang rumah dia jumpa abah umi dia. Masa tu dia dah masuk belajar semula dah. Aku pergi seorang diri je ker rumah D. Aku macam tak percaya yang aku dalam situasi sekarang ni. Nak minta izin untuk beristeri kan seorang gadis yang paling aku sayang daripada ibu bapanya. Berdebar tak tau nak cakap apa. Macam-macam doa aku baca supaya abah umi dia dapat terima aku. Abah dia sambut aku depan pintu rumah. Jumpa lagi yer kita kata abah dia. Aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Banyaklah yang kami borak petang tu. Abah umi dia banyak cerita pasal D masa kecil sampailah besar sekarang. Tujuan aku datang petang tu pun aku belum beritahu. Tapi mungkin D dah cakap sebab tu abah umi dia bercerita pasal D jer. Sekali abah umi dia tanya aku bila nak buat majlisnya..terus aku terkejut. Haaa...maknanya setuju lah ni yer saya dengan D. Saya belum beritahu tujuan saya datang lagi ni. Pakcik makcik pun tak kenal saya lagi. Abah umi dia tersengih-sengih jer sambil cakap yang dia orang dah siasat dah yang aku ni siapa. Takkanlah dia nak jodohkan anak dia dekat orang yang dia tak kenal asal usulkan. Adoiiii....betul jugakkan. Abah dia pun tanyalah kenapa tak beritahu awal dulu niat aku. Kalau ada orang datang nak mintak anak mereka, mereka buat mudah-mudah jer. Aku cakaplah yang masa tu awal sangat lagi. D pun muda sangat masa tu kan. Aku rasa nak melompat gembira tak tahu nak cerita eh. Tiba-tiba aku rasa sebak. Aku boleh termenangis depan abah umi dia. Nasib baiklah masa tu abah umi dia jer yang ada. Umi dia pun cakaplah Asif kenapa menangis?..ni kan berita gembira. Tak makcik...saya gembira sangat..saya menangis sebab dah lama dah saya tungu dia. Dengan abah umi dia sekali sebak petang tu. Tunggu dia memang 3 tahun tapi sebelum tu aku membujang jadi teruna tua sebab dia jugak. Tunggu dia besar dulu. Lama kan..So dipendekkan cerita sebenarnya aku dah nikah dah dengan D awal tahun ni. Dah hampir 5 bulan dah kami di satukan sebagai suami isteri. 
 
Pada hari aku jumpa abah umi D untuk mintak izin nak peristerikan D, aku cakap yang aku nak buat majlis pernikahan kami segera boleh tak??dan abah umi dia setuju. Selepas beberapa kali berbincang, kami dua belah keluarga sepakat aku dan D akan di nikahkan semasa D cuti semester sebelum ramadhan hari tu. Sekarang ni aku lah lelaki yang paling gembira dapat hidup bersama dengan orang yang paling aku cinta. Masa kami dah jadi suami isteri aku tanyalah D kenapa dia terima aku?..yerlah sebab aku dah berumur kan..D cakap masa kali pertama aku confess dekat dia tu dia selalu teringat dekat aku. Dia bukan suka aku pun awalnya. Sebab aku dah berumur, dia muda lagikan... tak pernah fikir pun nak kahwin awal. Tapi katanya dia tak pernah lupakan aku. Kami jumpa di mall yang dia bersama dengan umi dia tu, dia terkejut sangat eh tengok aku tiba-tiba ada dekat depan. Katanya jatung dia jadi berdebar. Dia jadi gagap dan terketar ketar. First time dia rasa macam tu. Aku katalah itu tanda jatuh cinta sayang...aaaa dia dah menafikan dia dah jatuh cinta dengan aku. Tak nak mengakulah kononnya. Dia cerita dia banyak buat solat sunat supaya kalau ada jodoh dengan sesiapa bagi Allah mudahkan urusan. Waktu umi minta nak pergi kedai aku tu, dia rasa tak sabar sebenarnya dia nak tengok aku. Sebab dah lama tak jumpa kan. Bila sampai kat sana dan aku ada dia pulak yang rasa nak balik sebab terlalu berdebar-debar, lagi-lagi bila kami bertentang mata dan dia rasa lagi apa yang dia rasa macam jumpa aku masa dekat mall dulu. Entah macam mana dia terdetik kalau aku mesej dia lagi untuk peristerikan dia, dia akan bagi aku peluang. Itu yang bila aku mesej dia semula nak jumpa dia kata okey tu. 
 
Dia senang dengan semua hal tentang aku. Dulu waktu kerja dengan aku dia anggap aku sebagai seorang abang je. Sekarang dia fikir dia patut bagi aku peluang. Dia tak nampak kekurangan aku yang boleh di tolak katanya. Dia kata aku ada semua ciri-ciri suami yang dia nak. Aku pun cerita jugaklah yang aku rasa terhadap dia dari mula. Dia bagi tahulah yang kesian dengan aku kan..lama dia tolak aku 3 tahun. Masalah sekarang ni bukan 3 tahun pun...39 tahun aku cakap kat dia. Dia cakap alah bukan lama pun kan...Lepas ni dia janji akan selalu ada dengan aku jadi isteri yang solehah yang cantik yang comel alahaiiiii sayang sangat...korang tau tak aku tak pernah boleh nak bercakap hati ke hati macam ni dengan dia sebelum nikah. Selepas dia setuju untuk jadi isteri aku pun kami tetap macam biasa. Tak pernah ada luahan hati ke hati apa semua tak der. Aku berbalas mesej dengan dia pun hanya berkenaan dengan hal perkahwinan kami je. Memang betul-betul kami bercinta selepas nikah. Sweet kan?...aku bersyukur tak terhingga Allah kurniakan aku perempuan sebaik dia. Aku tak pernah terbayang pun yang aku akan bernikah dengan seorang yang aku sangat cintai sepenuh hati aku. Sekarang isteri aku yang comel giler tu tengah exam final. Ini semester last dia. Korang tolong doakan dia boleh jawab dengan baik dan lulus cemerlang eh. Aku malas dah nak taip ni. Panjang gila dah rasa cerita ni. Aku rindu isteri aku sebenarnya nak kacau dia tapi dia tengah study...jadi aku terfikirlah nak tulis kisah cinta aku ni. Doakan kami dapat zuriat cepat yang comel-comel macam kami berdua ya. Terima kasih sayang abang yang cantik yang comel yang manja yang sudi terima abang sebagai suami. Abang akan sentiasa mencintai sayang sehingga akhir hayat abang. Cerita dari Asif bukan nama sebenar.

THE END
    
*************************************************************************************

P/S1: Hutunggglahhhhhh girl tu kan dapat seorang lelaki yang sangat mencintai dia.
P/S2: Sesiapa yang ada crush tu jangan putus asa bila dah confess tapi kena reject, tengok brader ni steady jer tunggu 3 tahun T____T
P/S3: Sesiapa yang masih bujang tu maybe korang punye partner still sekolah lagi T____T
 
 

 
 


Apa nak jadi dengan sifat simpati dan empati orang sekarang?

Assalamualaikum,

Baru -baru ni kita di kejutkan dengan berita kematian arwah Nur Farah Kartini Abdullah yang mati di bunuh oleh orang yang di kenalinya. I tak nak ulas pasal motif pembunuhan yada yada semua tu...itu polis punya kerja dan abang arwah pun sebut mereka serahkan pada pihak polis sepenuhnya tentang kes ini.

 

Apa yang i nak ulas adalah komen-komen netizen setiap kali post pasal kes ini di media sosial. I baca setengah-setengah komen tu rasa menyirap okey...ada yang pandai-pandai buat motif sendiri. Wujud pulak puak-puak menyokong pembunuh dan ada juga menyokong arwah macam korang ingat ni match bola sepak ker apa? Sampai siap bergaduh okey dalam komen tu nak menegakkan point2 yang dia buat tu betul. Wahhhhh hebattt sangat ni...bila tengok profile kemain free palestine, Allah is the best, letak qot2 islamic???Tengok kau sendiri pun topeng kat social media. Want to looks good in front of people. Bila tulis ikut sedap tekak kau kan. haihhhhh geram ni!

Ada satu post article wartawan tulis "Isteri suspek tiap-tiap hari menangis, Mohon orang ramai faham-kata abg ipar suspek" Lepas tu ada komen pulak tak payah menangis sebab jantan tu!...i baca wadehek ko??Ko ingat dalam situasi tu dia menangis sebab jantan tu semata mata ker?? Ko ingat menangis tu sebab sedih jer ker?? perasaan dia for sure bercampur baur...sedih,geram,kecewa,terkejut,
fikir keluarga dia, fikir tanggapan masyarakat sekeliling, dan paling penting sekali fikir anak dia baru 8 bulan weiii..

Ada pulak yang komen mana ig isteri dia, nak tengok muka isteri pembunuh dan anak genetik pembunuh??...urut dada i baca okey...ada yang jawab nak buat apa ig isteri dia?? isteri dan anak dia tak terlibat...dia jawab apa tau..."ohhhh dia bunuh anak orang boleh, kita tak boleh kacau anak bini dia??"Ya Allah, tergamaknya tulis macam ni kan..sebab ujian tu bukan kena kat kau...

Itu bab belah suspek. Yang belah arwah pulak ada yang komen, "Dah tau suspek suka kat ko kenapa nak jugak kerja dengan suspek. ko larilah, ni tak dua tahun jugak ko kerja dengan dia."T______T...why people why??ko rumuskan cerita dekat media yang tak tau betul ke tidak lepas tu ko dah buat hukuman macam ni.

Sakit hati wei baca komen-komen yang dah tak der empati macam ni..realitinyer memang wujud yer orang-orang macam ni. Lebih sudu dari kuah, lebih polis dari polis, lebih peguam dari peguam...baca jer dekat social media buat rumusan jatuhkan hukuman. Tulis ikut sedap sebab benda bukan jadi kat ko. Jagalah diri sendiri, jaga anak2, jaga keluarga...Semoga kita semua dalam perlindungan Allah, mati dalam khusnul khatimah dan di jauhi fitnah dunia dan akhirat.

Buat keluarga arwah takziah di ucapkan...semoga roh arwah di tempatkan bersama dengan orang beriman, di hapuskan dosanya, di lapangkan kuburnya...AlFatihah..

Cara Renew Road Tax sendiri

Assalamualaikum,

Hai korang!...Sebenarnya dah beberapa hari entry ni terperap dalam draft.. I taip2...lepas tu backspace balik. Dah 2 perenggan lepas tu...delete balik. Rasa macam tak best pulak...nak buat lawak tapi takut punch line tak jadi...

Tak der benda sangat pun...I cuma nak cerita yang I baru jer renew road tax minggu lepas...itu jer...hahahaha...cuma i nak tunjuk cara-cara macam mana i renew road tax by my self without agent...hehehehe...ehem bolehlah korang jimat 10%...kepada agent-agent di luar sana janganlah maroh...hidup ni keras dik! ihikssss!

Actually i used to be an agent. Lepas i resign from previous company...i ada apply untuk jadi agent for my own business. Dah daftar pun dengan 2 syarikat Takaful....dah submit documents including fees..Turn out tak boleh..sebab previous company registered as agent guna sijil i...Dua2 syarikat Takaful pulak tu...(FYI, nak jadi agent Takaful Am ni kena amik ujian...lepas lulus dapat sijil...Sijil tu boleh jadi agent untuk 2 syarikat takaful)...i dah bagi tau yang i tak bekerja lagi dengan company tu...should dorang mintaklah company tu guna sijil orang lain kan...entah senyap jerrrr...dengan duit2 fee aku bagi tu pun senyap jer...pulanglah balik! huh!

Lepas tu bila pikir-pikir balik nak kena kejar sales bagai...rasa macam malas pulak..hahahahah...i pemalu...ahhhh gitew! Tambah lagi sekarang semua dah di hujug jari...ramai yang luar sana boleh renew secara online sahaja...tak tahu nak renew secara online??meh kakak ajar...hehehe

Okey ni cara i tau..selalunya 2 minggu sebelum road tax nak expired i dah start survey takaful...cara dia...u olls pergi mana2 website Takaful di Malaysia. Tapi kalau u'olls selesa dengan ur previous takaful/insurans..terus jer pergi ke website dorang ok. Tak ingat sebelum ni ambik insurans/takaful company??or Manalah tau sebelum ni dah pernah claim ngan NCD kan...dah tak ingat NCD tinggal berapa?

U'olls boleh check di sini www.mycarinfo.com.my

Then pergi ke bahagian services>>NCD ENQUIRY

 

Kemudian u akan jumpa page ni..dan click jer button yang i dah circlekan tu...Taukan maksud NCD (No Claim Discount)?...Kalau pakai kereta tapi tak tau ncd tu ape..pakai jer kereta sorong!...haaaa gawang tak..tapi korang tau tak NCD korang boleh di pindahkan...Contohnye u ada beli kereta baru...Kereta barukan NCD 0%...U ada kereta 1 lagi dan NCD kereta tu dah pun 55%..so u boleh transferkan NCD kereta lama tu kereta baru...Jadi kereta baru U tu dapatlah NCD 55% dan NCD kereta lama akan kembali ker 0%...Jadi kuranglah sikit bayaran insurans untuk kereta baru tersebut. Tapi make surelah kereta lama tu market value dia murahlah...dalam rm20k...ni kereta lama pun market value still RM100k...tak berbaloi lah pulak insurans kereta baru murah sampai masa nak renew road tax kereta lama sama mahal dah yang baru tu...ahhh gitewwww...and make sure jugak kereta tu sama owner...jangan nak beli kereta baru untuk anak or scandal ehhh...gurau-gurau...hehehehe...pakai ncd kereta atas nama u...nop tak boleh...Tapi transfer mentransfer ni kita tak boleh buat sendiri...kena melalui agen atau pun u terus boleh pergi direct ke pejabat takaful or insurans korang...Okey! lepas dah click button biru tu... u akan jumpa page ni pulak

Masukkan No plate kereta and no IC, check button Yes dan click dekat yang i circle tu..

Ni contoh i punya..

iSearch pulak untuk u tau ur previous takaful/insurans kereta...manalah tau tetiba hilang ingatan tahun lepas aku amik insurans ape eek....Macam i lah...buat online tak print cover note...lepas tu lupa..aku amik insurans apa eek tahun lepas...bahaya ni..di buat breakdown, nak call tow truck tak tau nak call takaful mana..Okey then, u tekan button GO

Macam biasa masuk u'olls punyer details yang dia mintak...dan tekan button "enquire"

Ni lah hasilnya. Previous takaful i adalah takaful ikhlas. Untuk new agent ni cara untuk u tau u punyer customer previous takaful/insurans. Kadang2 previous insurans/takaful tak update NCD...NCD kereta dah 55%...tapi dalam sistem agent tu still NCD lama....so u'oll kena call takaful/insurans lama untuk update NCD dalam sistem...

Okey settle bab NCD...yang ni if u saja2 nak cuba or nak tau NCD u berapa...nanti bila kita pergi website takaful ni semua details dah ada dah...so jom kita pergi ke website takaful pulak...

First of all, i akan tunjukkan dekat website Takaful Ikhlas di sini https://www.takaful-ikhlas.com.my/

Once u dah bukak website ni

Dekat front page terus dah ada quotation motor takaful. Make sure u orang dalam tab "private car" yer. Kalau u'olls nak renew untuk motosikal boleh pergi ke tab "Motorcycle". Macam biasa masukkan u punyer details dan nombor kereta. Selalunya kita yang awam ni, beli kereta register pakai ic. Jadi masuklah no ic. Macam abang-abang askar/polis dorang pakai no badan. I pernah dapat customer askar. I nak check NCD kereta dia, pergi dekat myinfo masuk no ic lansung tak dapat detect. Keluar error vehicle not found. Bila i contact dia balik mintak no tentera barulah jumpa. Macam tu jugak kalau kenderaan tu berdaftar as kereta company masukkan no business (refer pada geran). Bila dah masukkan semua details bolehlah click button "Quick Quote" tu............

*Korang, masa awal perenggan I cakap minggu  lepas kan? Sebenarnya dah terperap dalam draft sebulan T_______T....i nak tunjuk dekat korang contoh quotataion pakai kereta i...tapi tak boleh sebab kereta tu dah renew..dia cakap kena check tahun depan...hahahaha...dah menggagau aku nak cari kereta mana ni nak di buat contoh...Ada 1 kereta bapak i beli guna nama i...jadi i pakai kereta tu untuk di jadikan contoh. Di sebabkan kereta tu lagi dua bulan lebih road tax expired...pun tak boleh tengok quotation...kita boleh renew road tax kan 2 bulan sebelum tarikh tamat...jadi i tunggu betul2 dua bulan baru boleh check quotation tu...hahahah gigih tak haku ni??...Actually dalam web takaful ikhlas tu boleh tunjuk quotation tu tapi secara general berapa fee dia...tapi i nak tengok secara detail breakdown harga tu...paham ke tidak??? meh i tunjukklah...kenapa gigih jugak aku nak explain pasal ni...T______T.....uhhhhwaaaaaaaa jomlah sambung!*

Lepas u'olls dah tekan button quick quotes, u akan dapatlah fee untuk renew insurans/takaful seperti gambar di bawah 


Okey tengok dekat bahagian summary. Tulah maksud i breakdown harga yang takaful bagi. Nampak tak circle kuning tu...tu adalah harga discount 10% setiap insurans/takaful akan bagi u kalau u buat sendiri macam yang i ajar ni or u buat dekat pejabat dorang sendiri. If u buat melalui agent or pos office ker...u takan dapat 10% sebab 10% tu akan di bagi kepada agen. Jadi lagi besar u punya sum cover lagi besar lah u dapat penjimatan.

Bila u dah dapat harga ni, u tekan button continue dekat bawah tu.


Sama macam gambar sebelum ni, yang berubah dekat bahagian kiri. Dekat situ dia tunjukkan market value kereta u. So sistem akan suggestkan harga dorang. Nampak slide bawah tu? Dekat situ u boleh slide ke kiri kalau u rasa nak kurang kan sum covered atau slide kanan u rasa nak tinggikan lagi value kereta u. Ingat yer market value adalah harga kereta u mengikut pasaran semasa, masa u tengah renew. Di buat kereta u alami kecelakaan (Nauzubillah Min Zalik) dalam masa 6 7 bulan selepas renew dan "total loss" u tak semestinya dapat RM 9,100 tadi...maybe rendah lagi sebab kereta ada susut nilainyer.

Coverage type macam dalam gambar kat atas adalah comprehensive. Comprehensive tu maksudnya 1st party. Takaful/insurans ni dia ada nilai paling minimum untuk 1sty party. Contoh macam takaful/insurans itu nilai paling minumum untuk comprehensive adalah RM8k, u punyer kereta market value dalam RM7k, so u takan dapat 1st party u akan dapat bukan 2nd party yer u akan dapat TPFT Third Party Fire Takaful. TPFT ni pun ada nilai minimum dia jugak. Katalah nilai minimum dia RM6k. Kereta u harga dia bawah lagi daripada  RM6k tu...Takaful memang tak amik sebab kereta-kereta ni di kira berisiko tinggi. Selalunyer ni untuk kereta-kereta lama. Untuk kereta-kereta lama ni ada company insurans apa yang ambil, i tak ingat pulak. 

Antara kelebihan comprehensive aka first party ni adalah perkhidmatan towing. Kalau kereta u kemalangan ker, breakdown ker..takaful akan cover towing ke bengkel berdekatan atau bengkel pilihan u mengikut jarak yang takaful tu bagi...Ingat hubungi panel takaful/insurans korang okey...jangan simply ambik towing yang memang dah stanby tu unless u willing to paid...

Macam ni.....


Okey beralih pulak ker sum covered tadi. Ni pulak contoh kalau i letak harga sum covered paling minimum

 

Perbezaan fee antara sum covered market value RM9k dengan RM8K adalah RM 14.39

Okey sekarang kita bandingkan dengan harga paling maksimum RM10K

Eh dapat harga samalah....Tapi cuba tengok kat bahagian sum covered tu. Tadi dapat market value kan...sekarang dah tukar jadi agreed value. Maksud Agreed Value ialah harga tu u as owner and takaful agreed kereta u harga tu. If kereta u total loss (Nauzubillah Min Zalik) u tetap akan dapat RM10K tanpa kira harga nilai semasa kereta tersebut. Haaaa dia berbeza dengan market value tadi...

Lepas u dah berpuas hati dengan fee yang dia bagi...bolehlah klik button continue

U akan di bawa ke page Add on. Dekat sini u boleh tambah perlindungan pada kereta u. Windscreen untuk cermin. Cermin ni bukan semata-mata cermin hadapan sahaja yer...tingkap atau sunroof termasuk sekali. Special Perils tu pulak perlindungan daripada bencana alam...contoh banjir ker atau tanah runtuh ker...Itu kalu u guys nak ambik...kalau tak nak ambik jangan klik mana2. Kalau nak suruh pihak takaful renewkan road tax sekali. U guys tekan button road tax tu. I hari tu road tax buat sendiri. Bawah dari special perils tu ada lagi tambahan tapi panjang sangat malas aku nak screen shot bawah lagi...korang baca lah sendiri


Kemudian, bila u dah settle dekat add onn tu boleh lah tekan continue. Next page adalah u punyer personal details. Masukkan segala details yang dia mintak tu...then bolehlah tekan continue...


Dekat bahagian summary page ni dia akan listkan balik semua details yang u dah isi. u kena check balik samada yang u isi tu betul atau perlu tukar...Kalau tukar klik jer edit balik. Bila semua dah okey bolehlah click dekat bahagian Declaration of Agree & Agreement then tekan PAY. 

Once ur payment dah received akan keluar satu page suruh download u guys punyer takaful cover note. Atau pun cover note tu dia akan emailkan kat u. So bolehlah u print or save dekat folder.

Dalam setengah jam macam tu u guys bolehlah pergi ke pos office untuk renew road tax pulak. Dekat kaunter tu nanti cakap jer nak renew road tax. Nanti dorang akan tanya dah ada takaful/insurans...kalau dorang tak tanya u kepochi jer i dah ada takaful/insurans yer...*flip tudung/hair*

Nanti dorang mintak no ic or ic dan nombor kenderaan. Kalau u sendiri owner, bayar road tax and service charge dorang sahaja...kalau bukan owner, akan ada extra charge RM5...ni dululah masa i jadi agen dulu. Lepas tu kan sekarang ni pakai digital road tax...dorang akan tanya nak pakai digital ker?..Time i nak renew road tax hari tu, i tak tau kenapa kalut sangat dok fikir mana aku letak ic aku??lepas tu duk puas fikir bila last i ada keluarkan ic...then kakak kaunter tanyer ni renew digital yer???aku nganggukkan aje...Dalam hati dah cemas ic aku hilang weiiii...kakak tu nampak aku macam kalut dia cakap tak per baca jer nombor ic....rupanyer ic ada jer dalam wallet tu...wallet tu ada 1 compartment letak kad yang kita boleh keluarkan sekali dia punyer case tu...so kalu org mintak kita boleh keluarkan dengan case tu sekali....bongoknyer aku...i simpan dalam tu..actually wallet tu sebenarnyer baru tukar...eheh!

Then dah bayar semua, kakak tu keluarkan resit ni jer...


 

lepas tu i cakap eh ni jer?? kakak tu jawab..Haah...digital kan? I jawab macam mana nak tengok road tax tu...kakak tu jawab tengok kat myjpj apps...then i berlalu pergi, confuse..dah lah debar ingat ic hilang tu baru nak surut...lepas tu tambah lagi ke"confuse"an....hahahaha

I tau sekarang ni tiada road tax...pakai digital....but i'm expecting this kind of thing


 

Ingat dapat macam ni...macam road tax motor tu...hahahaha...road tax kereta lama kat cermin pun i tak tanggal lagi...dah macam janggal pulak biarkan cermin tu togel gitu jer....

Ini cara yang renew road tax dekat pos office...kalau cara myeg pulak...first of all kena lah pergi website dia disini

klik dekat bahagian JPJ Check and Paid Road Tax

 

 

klik dekat button renew road tax


Kalau yang belum register kena register dulu klik dekat "Create Account"...yang dah ada register sebelum ni bolehlah "Login"...kalau lupa bolehlah klik yang mana satu yang u lupa "FORGOT PASSWORD" atau "FORGOT 1MID USERNAME"....kalau lupa dua2...register jerlah balik semula

Bila dah log in u akan terus di bawa ke page ini. Bolehlah click di bahagian car road
tax renewal

Dekat sini u masukkan details apa yang dia nak...Lepas tu bolehlah tekan proceed.


I boleh tunjuk sampai step sini saja...bila i tekan proceed dia kata i tak renew insurans lagi. Tak per uolls ikut jer instruction dia bagi..senang jer

Okey sekarang kita totalkan harga takaful dengan road tax tadi...Harga takaful malaysia tadi RM292.47 + Road Tax RM70 (harga road tax mengikut cc kereta u)+ Pos Office SC RM 2.50Total = RM 362.47

Okey sekarang kita pergi check pulak dekat etiqa...mula2 uolls pergi dekat website dia dekat sini...https://etiqa.com.my/v2/homepage

klik dekat bahagian car


Click dekat button "Apply Online & Save 10%"

 

Macam biasa isikan detail seperti yang di minta


Ni adalah quotation yang takaful etiqa bagi. Untuk sum covered RM 8900.00...fee yang di kenakan RM302.32

Jadinyer Takaful Etiqa RM 302.32 + Road Tax RM 70 + Pos Office SC RM 2.50 Total = RM 374.82

Okey ini adalah 2 contoh takaful yang i bagi...Uolls boleh lah pergi mana2 website takaful yang lain untuk bandingkan harga..atau pun takaful yang korang suka...

Nak tunjuk lebih...ni pun makan dua hari mat aku nak buat entry ni...tak kuasa...tapi ni salah satu cara macam mana korang nak renew road tax secara sendiri tanpa agen...

Habis tu kalau tak der agen ni macam mana?..kalau apa2 berlaku dekat kereta aku, cam ner aku nak claim...jangan risau,...uolls boleh jer terus contact Takaful mintak advice dorang or korang bawa dokumen (ic, gambar kemalangan) dan report polis terus ke panel worksyop..dekat sana dorang akan settlekan...panel worksyop boleh refer dekat website takaful yang u ambik.

 

Masa i nak buat entry ni bila tengok2 dekat myeg...dorang pun boleh compare harga takaful/insurans macam gambar yang i tunjuk ni

Jadinyer sekarang ni macam-macam cara untuk renew road tax dah...tak macam dulu, kena ada geran...kena pergi agent baru boleh renew road tax...Bjak tu pun kiranyer agent jugak...cuma dorang banyak jadi agen atau wakil insurans untuk company takaful/insurans...tu yang dorang develop sistem untuk memudahkan orang berurusan berkenaan pembaharuan road tax.

Tapi korang kena ingat tau...make sure korang clearlah kereta korang dari saman...kalau tak memang tak boleh renew road tax korang...Masa i jadi agent selalu terkena jugaklah benda ni...dekat JPJ status okey...bila pergi pos office tak lepas sebab ada saman...bila macam ni kita orang akan call pihak takaful untuk batalkan cover note...

Macam mana nak check saman..korang pergi ke myeg semula..log in macam biasa

Bila sampai page ni boleh lah click dekat kotak merah yang i tunjuk tu

 
Masukkan Nombor IC, pilih kategori dan tekan submit/hantar


kalau ada saman dia akan listkan saman yang u ada

Okey korang semoga apa yang i share ni sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan uolls atau sedikit knowledge berkenaan pembaharuan road tax kereta korang...akhirnya aku dah boleh publish pun entry ni...yahoooooo!

semoga kita berjumpa di next entry....bye!

 



Unboxing mengharapkankan syurga

Assalamualaikum,

Just a short update..

Baru saja lepas tengok live Ustazah Asma Harun. Ustazah bersiaran dari sebuah masjid di Klang dengan tajuk ceramah pergorbanan (tajuk panjang, tapi i tau context dia berkenaan korbanlah...sebab i masuk dah separuh live) sempena bulan depan nak raya haji ni kan...

Di penghujung ceramah itu, Ustazah mengajak semua audience termasuk dalam live untuk buka satu bungkusan yang di terima beliau selepas ceramah dari satu kawasan di Kedah. Okey selingan, hebatnya orang berdakwah ni kan, di mana yer mereka ini mendapat energy yang sebegitu hebat untuk menyampaikan ilmu, menyampaikan dakwah. Rasa baru dua tiga hari lepas tengok live ustazah dari sabah..Lepas tu bila dia ke Kedah? Dengan tiap2 hari ceramah, tiap2 hari bercakap. Tu belum lagi pagi2 dalam pukul tujuh macam tu dah buat live...Masyaallah...semoga Allah bagi kesihatan yang baik untuk mereka2 yang berdakwah ni

Okey balik pada cerita tadi. Bungkusan itu di beri oleh seorang wanita pada ustazah dan dia cakap Ustazah dalam tu ada emas. Ustazah gambarkan wanita tu berpakaian biasa-biasa sahaja dengan beg lusuhnya. I yang tengok live ustazah tu dalam hati yok yo ah lah dalam tu ada emas. Bungkusan tu di balut dengan plastik hitam dalam kotak. Lepas tu hati I berbisik lagi...di buat bukak2 ada katak ker ada bangkai ker..hahahaha...(ko ingat macam dalam drama Ali Setan)..manalah tau ada orang niat hati busukkan...Orang2 yang berdakwah ni ramai juga yang tak suka. Sebab ustazah ada bercerita yang dia dah di banned di stesen2 TV. Kesian kan? Yang Alif Aziz and skandal dia tu sapa nama Sarah? tak kena banned pulakkan?Eh?....

Masa tengah tengok Ustazah tu bukak bungkusan kan...berdebar jugak hati ini...kemudian ustazah keluarkan satu kotak berwarna purple bertulis habib. Kemudian keluar lagi beberapa bungkusan plastik jernih yang dalam tu kandungan dia emas. E.M.A.S ...yer korang.. Nampak ustazah pegang setiap bungkusan tu terasa berat. Jenis emas Padu pulak tu T_____T...I rasa anggaran ada dalam RM100K ke atas. Dalam kotak habib tu tadi ada satu sepucuk surat. Bila I nampak emas2 tu semua terus terasa sebak and terus menangis. Taip ni pun berair mata ni...MasyAllah baiknya hati hamba Allah ni.

Wanita tu cerita dalam surat yang di tulis. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami berusia 49 tahun. Beliau selalu mengikuti live Ustazah Asma untuk kuatkan hati setelah kematian suami. Beliau mengamalkan solat, doa2, zikir sebagaimana yang Ustazah ajarkan. Alhamdullilah, amalan yang dia buat dia hidup dengan tenang dan redha dengan apa yang berlaku. Emas2 tu arwah suami yang belikan dari awal perkahwinan mereka. Dia pakai emas2 tu untuk tontonan suami dia. Sekarang bila suami dia dah tak der...dia simpan dan tak pakai lagi. Ustazah Asma ada buka suatu penempatan di Seremban yang bernama "Perkampungan Hijrah". Perkampungan ini di buka dengan hasil sumbangan orang ramai, sumbangan dari perniagaaan Ustazah sendiri. Pernah sekali dalam live ustazah ada tunjuk kawasan perkampungan tersebut yang sedang di bangunkan. Macam2 yang ada di situ. ada masjid, kawasan perumahan, pusat dakwah, kolam renang, kolam ikan dan berbagai lagi. Ada beberapa tempat belum siap kerana dana tidak mencukupi. 

Jadi semasa Ustazah pergi ke Kedah ceramah, wanita tu turun sekali dan sampaikan emas2 dia pada ustazah untuk di wakafkan untuk pembangunan Perkampungan Hijrah. MasyaAllah...besarnya sumbangan beliau. Sumbangan tu satu hal dan macam mana hati dia tekad untuk bagi semua emas-emas tu dengan berharap untuk ke syurga Allah. Ya Allah, aku ni nak bersedekah kadang-kadang berkira jugak sebab rasa diri ni pun tak berapa nak cukup ni kan nak bersedekah pada orang lain. Jahil nyer aku. Sedangkan yang memberi rezeki tu Allah. Apa yang wanita tu buat betul2 membuka mata I. Wanita ni dah sampai tahap tak ade apa yang perlu di kejarkan di dunia ini. Yang dia harapkan apa yang di akhirat nanti...harapkan syurga Allah. MasyaAllah...






 

  

 

 

Terpaksa Update

Assalamualaikum..

Sebenarnya tak der mood nak update..something happened today..tapi di sebabkan checklist ni

Maaf tulisan buruk, tapi orangnya lawa (bagilah chance nak up kan mood sikit) T___T

Rasa loser pulak sebab tak habis tick T___T. Yer saya tak hafal surah Al-Mulk. Maafkan saya, saya jahil. Pagi tadi tgk live Ustazah Asma, Al-Mulk adalah perisai dari seksaan kubur, Sebabkan banyak dosa...kat "bawah" sana nanti tiada sapa nak tolong dah. Marilah menghafal #siscuba

Yang update shopee tu, I ada kedai kat situ. Lama dibiarkan aja. Tup2 semalam ada order. Rasa nak update balik gambar bagi lawa2..kalau nak tengok click lah link ni shopee zarina . Masa menaip ni i tak update pun lagi. Kan i cakap tak der mood.

Yang booking.com...nak kena update harga and nak letak gambar baru sebab i ada ubah2 sikit kat homestay. Masa i menaip ni pun i tak update pun lagi...uwaaaaa tak der mooodddddd..tak tau kenapa mood ni. Dari semalam asyik nangis sebab rindu arwah mak T______T sakit!

Semalam ada lalu FYP dekat tik tok..tengok balik...sejuk sikit hati ni...ringkas, padat dan menusuk.

Tik tok dari brother ni 

Credit: Imran Zaki

I taip transcript dia dekat sini yer. Or korang boleh pergi dekat tik tok dia. Dia dah buat sampai juz 30

Jom sama2 refleksi diri!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Refleksi Juz 1: Memaknai ketundukan dan Penyerahan

Selamat datang ke juzuk 1

Sebuah pintu masuk, untuk kita belajar permulaan ini

Tunduk sepenuhnya kepada Allah SWT

Dan juga rendah hati sesama kita

Kita melihat dalam juzuk 1 ini

Kita akan melihat ada surah Al-Fatihah dan juga surah Al-Baqarah

Di awal ini, kita akan nampak landskap surah Al-Fatihah itu sendiri ialah doa

Sebuah ketundukan

Sebuah Penyerahan sepenuhnya kepada Allah SWT

Kita meminta kepada Allah


Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan

Menunjukkan bahawasanya kita memang dalam keadaan ketidakmampuan

Keterbatasan tak cukup apa-apa dalam hidup pun memang tak ada apa-apa

Kita perlukan Allah, kita perlu menyembah, kita perlu tundukkan diri

Dan bahkan penggunaan     Ù†َسْتَعِينُ   -  Ù†َعْبُدُ

Menunjukkan kami itu ialah sisi bahawasanya kebersamaan kita, untuk sama-sama rendah hati tunduk kepada Allah SWT

Dan surah ini kita juga bersama-sama memohon hidayah


Al-Mustaqim bukan hanya maksudnya jalan yang lurus supaya kita tidak terkeluar daripada landasan ia juga maksudnya kita boleh berhadapan dalam kehidupan ini apa sahaja benda-benda berat

Al Mustaqim maksudnya kita berdiri kukuh berdepan dengan sesuatu

Jadi ibaratnya kita meminta kepada Allah, bimbinglah kami supaya boleh berdepan dengan apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup dalam keadaan kita boleh kukuh berada dalam landasan yang tepat

Kemudian pada Al-Baqarah

Bermula dalam keadaan kita belajar Alif Lam Mim

iaitu sebaris huruf muqatta'ah

Yang mengajar kita tentang mengakui keterbatasan dan ketidaktahuan, kita tak tahu apa

Dan kitab ini


Tak ada ragu lansung dalam kitab ini

Tak ada ragu-ragu lansung dalam Al-Quran

dia akan menunjukkan jalan, dia akan memberikan hidayah kepada kita

Dan dalam surah Al-Baqarah kita bertemu tentang kisah-kisah macam mana orang menanggapi hidayah

Ada kisah ada cerita tentang orang munafik

Al-Baqarah ayat 9 & 10

Ada cerita tentang Nabi Ibrahim, Nabi Adam AS

Yang mana mereka ini menerima hidayah, mereka mengakui kesalahan kesalahan

Contohnya macam Nabi Adam As mengakui kesalahannya

kemudian kita akan jumpa juga berkenaan dengan Firaun dan juga bani israel

yang melihat hidayah dalam keadaan mengetepikan dan berpaling daripada hadiah yang Allah SWT beri

Jadi inilah pintu masuk kita dalam surah Al-Fatihah dan juga Al-Baqarah

yang kita belajar untuk tunduk sepenuhnya, menyerah sepenuhnya

dan menjadi orang yang mengakui keterbatasan

mudah mudahan, kita dapt mengerti serba sedikit daripada juzuk pertama ini

InsyaAllah kita akan lihat pulak juzuk ke-2 esok hari

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~E N D~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok bye

*tak der penutup sebab tak der mood.




Che Kun

Assalamualaikum...

Mat Ri Ye!

How's your raya everybody?...I sama sahaja macam last 3 years...yang penting well spend with my family...Time macam ni lah dapat berjumpa dengan semua family members. Ada ker yang dapat soalan2 bonus plus menikam-nikam jiwa tu? Haahahaha...I ada...bila ingat balik mmglah sakit hati. Tapi bila pikir balik memang mulut dia style cakap lepas tanpa menghiraukan perasaan orang lain, and hidup dia tak derlah best sangat. So just remind my self one day adalah tu bahagian dia nanti. Itu pun memang dah ada, tapi dia tak sedar..hahahaha...Well, bila makin berusia ni ada benda yang perlu kita fokuskan. Benda2 remeh, kita tengok, tapis and tak penting dalam hidup just let it go! Fokus sekarang adalah diri kita. Kita bersaing dengan diri kita sendiri okey people? 

Okey sekarang berbalik pada tajuk di atas. I adalah seorang kdrama addict. Cerita-cerita melayu memang i tak berapa nak layan. Especially bila jalan cerita orang kaya jatuh hati pada yang miskin, kawin and pak mak mertua tak setuju bermulalah tragedi dalam keluarga. Itu belum lagi tetiba ex tunang mai, ex kekasih datang kacau..cliche okeyyyy cliche!

But somehow, nowdays kdrama not fun anymore :(...entahlah tengok 1st episode, 2nd episode terus tak continue...rasa cepat bosan....even yang tengah popular sekarang pun sampai episode 4 sahaja. Last drama korea yang i tengok sampai habis and memang  tertunggu jugak new episode is cerita "Tell me that you love me".

Drama ini mengisahkan seorang lelaki bisu jatuh cinta pada seorang perempuan yang normal. Mereka berdua ni ada struggle dalam kehidupan masing2. But they get heal when they are together. Macam dorang ni support each other lah gituuuu. Tapiiiiii...dah dramakan mesti ada tapiiiii...lama kelamaan, when they go through their relationship....they got communication issue that lead to miss understanding..time tu jugaklah ex lelaki ni kembali dalam hidup lelaki ini..perempuan tu pulak dalam diam bestfriend dia suka dia...sounds cliche kan??but they execute very well... Macam, bila i berada dalam kedudukan perempuan tu i paham...same goes with that guy...Yerlah ko bisu..sedikit sebanyak mesti rasa rendah diri tu ada dengan kekurangan ko...That lady pulak nak explain but susah...penyampain yang kau nak sampaikan pakai dengan bahasa isyarat which is u not mastered in it...nak tulis jenuhhh jugak..dan melalui penulisan jugak susah nak letak emosi dalam tu...Tapi jangan risau cerita ni happy ending..Siapa2 yang suka slow burn drama boleh layan...siapa yang suka fast pace, this is not for you...u'll find it so bored...Pelakon lelaki ni memang the best lah...dia buat i betul2 percaya yang dia bisu...So sad dia tak nominated dalam baeksang award. Susah kot kena belajar bahasa isyarat semua...dah lah dia tiada dialog ...i mean dialog dia pakai bahasa isyarat..and emosi dia sampai..Kadang2 award dalam korea ni bias jugak...Nama actor Jung Woo Sung. Dia Berlakon dalam movie "A moment to remember " partner dia Son Ye Jin wife Hyun Bin..Movie ni pun best jugak and get ready box of tissue because it is so sad. 

 

Tell Me that You Love Me | Rotten Tomatoes 

 

I don't know...maybe i prefer cerita yang touch to reality kot...Maybe faktor umur mainkan peranan..And nowadays i'm in kdrama slump....Lepas tu bila bosan nak layan drama apa ni...tengok balik hindustan...dah raya ni kuch kuch hota hai depa dok tayang balik...Ni pun baru lepas layan kabhi kushi khabi gam...dah 88 juta kali tengok pun still nangis...T_____T

Jadi masa bulan puasa, dok pikir cerita apa yer nak layan time sahur ni kan....nak elak dari mengantuk sebenarnya sebab malas nak sambung tidur lepas sahur...sambung kalu terlajak sampai zohor aku tidur nanti...masa tengah browse dekat astro tu ternampak poster drama khunsa ni...padahal poster tunjuk biji mata jer masing2..hahahaha..tertarik pulak nak tengok..memang terus segar bugar biji mata tengok cerita dia nok!

KHUN:SA - Che Khun Che Nisa | sooka
Sekarang ni baru sampai episod yang biji mata nombor empat tu...hahahahah...Mata2 semua ni adalah watak yang sama cuma berbeza usia...

The best watak che kun ni si adik kecik ni...first mata tu...pandai dia berlakon weiiii....nak2 bila dia bawa watak lembut...hahahaha menjadi! Adik Mikail Noah ni (i google okey nama dia) dia berlakon natural sangat...mimik muka dia semua mengenalah emosi dia...bila dia kena pukul ngan bapak dia...dengan aku2 pun menangis sekali...T____T..Drama ni i kenal Sherry Alhadad, Ahzan rani, Nadia Aqilah dan kakak Wan jusoh tu Laila Nasir ( I google jer tak tau nama), Zarina Zainuddin...setakat ni pelakon-pelakon yang i familiar...Yang lain semua pelakon baru ker???Nape dorang semua pandai berlakon???Kalau jahat tu jahat sangat perangai nyer...yang paling geram si Wan Jusoh tu...Kepala batu sangat! Sherry tu ingat kan watak komedi jer dia bawa...dia boleh buat i benci sangat ngan perangai Cik Ton tau...geram aku! kurang kasih sayang sangat!...applause to all the cast! dorang berlakon natural and yang penting berani matilah muka pun tak make up...kalau ada watak yang make up pun tak ada heavy sangat no bulu mata pelesu..mak suka! kening zarina and sherry on point satu garis..hahahahah so dulu2!

Pengarah Budak ijat ni memang i suka kalu dia buat drama...last i tengok drama "Cina Buta" yang ungku ismail dan nad zainal berlakon tu...yang tu pun best...kelakau...

Pengarah ni kata drama ini di inspirasikan dari kisah benar...kalau betullah..ujian hidup che kun/che nisa ni memang hebatlah...dan dia memang insan yang hebat insan yang terpilih sebab tu Allah uji dia..cuma flaws cerita ni dialog yang di gunakan bukan zaman 60s 70s gitu...dialog macam cakap harian kita zaman sekarang ni...mungkin nak viewers lagi paham dengan apa yang nak di sampaikan kot...By the way so far 9/10 for me..

Anyway, ada tau pasal khunsa yang di daftarkan sebagai lelaki dan akhirnya berjaya tukar pada wanita semasa beliau dewasa. Beliau adalah Kartina Sari Binti Abdul Karim. Cerita ni berlaku pada tahun 1970 an. Semasa lahir dia di daftarkan sebagai anak lelaki dan di namakan Fauzi Bin Abdul Karim.

Beliau adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya membuat pembedahan menukar jantina. Pembedahan di jalankan di Singapura. Cuma i macam confuse jugaklah..Khunsa ni dia ada 2 organ lelaki dan perempuan. Bila dia sebut pembedahan menukar jantina tu macam pembedahan organ buatan pulak. Kenapa tak letak statement "Membetulkan" organ dalaman wanita dan buang organ lelaki? 

Kakak Si Kartina pun sebut adik dia memang berkelakuan seperti perempuan sejak kecil dan menjadi obvious bila dia menginjak ke umur 13 tahun...which is dia tak nak bergaul dengan budak lelaki lain. Tapi tak der pulak mention dia ada keluar haid atau tumbesaran pada payu dara ker apa?


sumber: https://negaramerdeka.com/sebelum-sajat-ini-kisah-yang-pernah-menggemparkan-negara-46-tahun-lalu/
 

"Pada masa ini saya telah menjadi seorang perempuan dan keadaan saya seperti perempuan"..Perempuan ni satu jer beza dengan lelaki. Dia ada "RAHIM"..bukan Rahim Bin Sulaiman tapi organ aka Uterus. Tapi tiada satu pun bacaaan i mention pasal ni....T____T...dia memang ada organ ini atau selepas tukar jantina doktor buat untuk dia??


sumber:https://lobakmerah.com/48-tahun-lalu-timb-mufti-johor-pernah-izinkan-wanita-trans-kahwini-lelaki-ini-kisah-sari-kartina/

Kenapa benda sepenting ini ambil masa dalam 3 jam saja untuk buat keputusan??? Harap2 dia betullah khunsa...Semoga Allah ampuni dosa kita semua..Amin.....Harap tak derlah golongan2 *ehem* ini claim them as Khunsa...

Macam i cakap sebelum ni teknologi sekarang membuatkan info sangat mudah di dapati di hujung jari sahaja. Kadang2 i ada baca orang review pasal movie best ada yang tulis pasal "BL"...i pikir ape benda alah BL ni rupanya "Boys Love" movie pasal "pelangi" okey...So pada yang ada anak2 yang meningkat remaja sekarang ni , your guys as parent...your job is tough doh!

Semoga Allah melindungi kita semua....Aminnnnnn


Powered by Blogger.